HANYA tinggal tiga hari sahaja lagi mereka akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Bulan Ramadan kali ini amat bermakna dalam hidup Dahlia Arissa kerana dia berpuasa sebagai isteri orang berbanding sebelum ini. Persiapan raya pula sudah hampir siap sepenuhnya.
"Dah nak habis puasa ni tapi aku tak period lagi. Tanda-tanda nak period pun tak ada," adu Dahlia Arissa kepada Qirah dan Kate yang sedang membuat rawatan kuku kaki dan tangan di spanya.
"Kau pregnant kut?" Qirah serkap jarang.
"Haahlah, baik kau pergi check klinik," sahut Kate pula.
"Betul jugak. Lepas ni teman aku pergi farmasi, aku nak beli..."
"Puan Lia, ada orang nak jumpa dengan puan," tegur seorang pekerjanya membuatkan kata-katanya terhenti di situ sahaja tanpa dapat disudahkan.
"Siapa?"
"Maaf puan, saya pun tak kenal." Sopan sahaja gadis yang memakai tag nama Liyana itu menjawab.
"Aku pergi jumpa orang tu kejap," beritahu Dahlia Arissa kepada dua teman baiknya. Mereka berdua hanya mengangguk.
"Kau ni bila pulak nak pakai tudung? Aku tengok Lia tu bukan main ayu lagi bila bertudung," tegur Kate kepada Qirah. Terkejut juga mereka berdua tadi apabila melihat perubahan pada teman baik mereka itu.
"Belum sampai seru lagilah," jawab Qirah sambil tersengih. Giginya yang putih itu jelas kelihatan.
Kate mencebik. Alasan!
"Nak pakai tudung pun nak kena tunggu seru ke?"
"Mestilah amoi, nanti pakai tudung tapi tak ikhlas tak guna jugak, kan? Bagi aku masa, okey?"
"Aku harap tuhan pun bagi kau masa," sindir Kate bersahaja.
Qirah masih macam tadi, tetap tersenyum. Dasar manusia tak makan saman, desis Kate di dalam hati. Walaupun dia berbangsa Cina dan beragama Kristian, tetapi dia tahu rambut merupakan salah satu aurat orang Islam.
"Kau datang sini tadi naik apa?" Soal Kate secara tiba-tiba. Menukar topik perbualan. Takut nanti Qirah terasa pula dengan tegurannya tadi. Tak pasal-pasal kurang pahala puasa si Qirah ni nanti.
"Lia ambik aku dekat rumah tadi. Dia bawak kereta Adam. Naik Porsche beb!"
"Mana Honda dia?"
"Ala, Honda tukan mama dia punya. Bila mama dia dah ada kereta lain, dia gunalah kereta tu. Dia tu mana sangat memilih kereta ni. Lagi satu, kereta sendiri pun dia tak ada. Macamlah kau tak tau."
"Tapikan kat rumah dia dah ada beberapa biji kereta. Tinggal pilih je nak pakai yang mana. Lagi-lagi sekarang ni dia dah berkahwin dengan Adam. Anak jutawan tu beb! Huh, tak dapat aku bayangkan kehidupan dia sekarang ni. Dahlah keluarga mertua dia baik gila, dapat pulak suami handsome macam Adam tu. Beruntung betul dapat jadi macam dia, kan?" Panjang lebar Kate berhujah.
"Kita pun beruntung dapat kawan macam dia, kan?"
"Tau tak pe," sambut Kate sambil tersenyum.
Mereka berdua sememangnya senang dengan sikap rendah diri Dahlia Arissa. Walaupun mereka berdua juga tergolong dalam keluarga orang senang, tetapi kesenangan Dahlia Arissa belum dapat mereka tandingi. Tetapi tidak pernah timbul sebesar zarah pun sifat cemburu dalam hati mereka sehingga membuatkan persahabatan mereka bertiga dapat bertahan sehingga ke hari ini.
PETANG itu Tengku Syed Adam dan Dahlia Arissa singgah di bazar Ramadan sebelum balik ke rumah. Jam yang baru sahaja menunjukkan pukul empat setengah petang membuatkan bazar itu kelihatan sedikit lengang. Awal lagi.
"Sayang nak makan apa?" Tanya Tengku Syed Adam.
"Abang nak makan apa?"
"Kita tanya dia, dia tanya kita balik pulak." Balas Tengku Syed Adam sambil tersenyum.
"Abang ni Lia tanya betul-betullah."
"La, sayang ingat abang ni tak betul ke?" Sakat Tengku Syed Adam.
"Abang!!!" Hampir sahaja Dahlia Arissa mahu menjerit di situ. Nasib baik dia masih dapat mengawal lontaran suaranya.
Tengku Syed Adam sudah pun ketawa melihat muka Dahlia Arissa masam mencuka. Lantas bahu isterinya itu dipaut. Kelihatan mesra sekali.
"Sorry, erm... Abang nak beli putu bambu, air tebu, ayam percik, tauhu sumbat, buah gula melaka...."
"Biar betul abang ni?" Bukan main terkejut lagi Dahlia Arissa mendengar keinginan suaminya itu. Mengidam ke apa?
"Tak adalah. Abang nak beli putu bambu dengan apam balik je. Kedai hujung tu buat sedap. Jom!"
Sewaktu mereka berdua menuju ke kedai yang menjual putu bambu itu, Tengku Syed Adam disapa oleh seseorang. Dari alunan suaranya jelas kedengaran sapaan itu datangnya daripada seorang perempuan.
"Ya Allah, aunty! Bila aunty balik sini?" Tengku Syed Adam terus mencapai tangan perempuan yang sebaya dengan ibunya.
"Dua hari lepas. Baru malam tadi aunty jumpa ibu dengan abah kamu. Erm, ni isteri Adam, ya? Cantik orangnya," ujar perempuan yang masih kelihatan bergaya itu.
"Sayang, ni Aunty Syida. Adik susuan ibu. Kira dah macam adik-beradik ibulah. Aunty, ni Dahlia Arissa, isteri saya yang paling saya sayang," seloroh Tengku Syed Adam sambil tersengih.
Dahlia Arissa sempat menjeling manja kepada suaminya. Tangan dihulur kepad Aunty Syida.
"Apa khabar, aunty?" Sapa Dahlia Arissa sambil mencium tangan tangan Aunty Syida yang sudah pun tersenyum memandangnya.
"Baik. Erm, dahlah orangnya cantik, nama pun cantik. Sepadan dengan Adam." Aunty Syida masih lagi memujinya. Dahlia Arissa sudah tersenyum malu.
"Biasa jelah aunty..." Balas Dahlia Arissa. Segan pula dipuji sebegitu.
"Okeylah, aunty nak pergi beli makanan. Raya nanti jangan lupa datang rumah," pesan Aunty Syida sebelum meninggalkan pasangan suami isteri itu.
"Wah, masih vogue lagi Aunty Syida tu kan, abang?" Puji Dahlia Arissa sambil mengikuti langkah suaminya menuju ke gerai menjual putu bambu.
"Dia memang jenis orang yang jaga makan."
Dahlia Arissa hanya mengangguk. Timbul rasa kagumnya pada wanita yang dipanggil Aunty Syida itu. Anak-anak dia mesti cun macam mak dia, bisiknya dalam hati.
Shaa nak vote korang semua :)))
YOU ARE READING
C | BAD LIAR [✔] + COMPLETED
General Fiction~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~ ∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶ Penipuan, perayuan, keinginan... Semua menjadi satu. "Yes, Memang abang rindu Lia. Rindu sangat" ujar Amir Haikal. "You make's problem, such a bad liar. I hate you" "Aku tengok kau bukan...