SUDAH tiga hari Amir Haikal ke Singapura kerana urusan perniagaan. Dahlia Arissa pula masih berkira-kira sama ada hendak bekerja di syarikat papanya atau di spa kepunyaan mamanya yang sudah mempunyai lima cawangan itu.
"Hai Topeng! Topeng dah makan ke? Tengok muka kau ni macam orang yang kurang kasih sayang je? Ke kau ada problem? Tak nak bagitau aku?" Tanya Dahlia Arissa bersungguh-sungguh.
"Mai rasa Topeng tu tak ada problem tapi Kak Lia tu yang ada problem," tegur Maisarah sambil membawa semangkuk makanan untuk Topeng.
"Kenapa pulak Mai cakap macam tu?"
"Yang Kak Dahlia pergi cakap dengan kucing sampai macam tu sekali, kenapa? Macam la kucing tu faham..." Balas Maisarah lalu menghulurkan makanan kucing itu kepada Dahlia Arissa.
"Kak Lia tahu la dia ni kucing. Tak faham satu apa pun yang Kak Lia cakap. Tapi tak salah rasanya kita bercakap dengan dia ni, kan Topeng? Kak Lia kesianlah tengok si Topeng ni. Dia seekor je kat rumah ni. Tak ada kawan. Erm, Kak Lia rasa Kak Lia nak belikan kawan baru untuk Topeng, la. Tak lah dia sunyi sangat, kan?"
"Ikut suka hati akak lah... Tapi lepas ada kawan dia nanti, Mai rasa tak payah la Kak Lia nak sembang dengan dia pulak sebab dia dah ada kawan untuk bersembang," usik Maisarah lalu berlalu ke dapur.
"Kau tengok tu Topeng, dia saja nak bagi hint nak cakap yang aku ni gila bercakap dengan kau. Eh, bukan gila tapi tak betul," rungut Dahlia Arissa sambil membelai bulu kucing Parsi yang bernama Topeng itu. Topeng tidak menghiraukan kata-kata Dahlia Arissa kerana makanan yang ada di hadapannya itu lebih menarik perhatiannya.
"Dahlia, mama nak pergi jumpa Tengku Najihah. Lia nak ikut tak?" Tegur Puan Sri Melati sambil mencapai kunci kereta.
"Dah nak gerak, mama baru nak tanya. Merajuk la macam ni. Eh, tapi kejap. Mama nak jumpa siapa tadi?"
"Tengku Najihah, ala... Ibu Syed Adam. Dia pun dah balik Malaysia. Dahlia tak nak jumpa dia ke?" Terang Puan Sri Melati.
Dahlia Arissa segera menggeleng. Huh! Jumpa Tengku Kayu tu. Jangan mimpi! Nehi! No way!
"Kalau macam tu tak apalah, mama pergi dulu. Petang nanti Abang Amir balik, maybe dia datang dengan Syahfina sekali. Jadi Dahlia jangan pergi mana-mana tau," sempat Puan Sri Melati mencium dahi anaknya itu.
KUNCI kereta Honda Accord dicapai lantas dia menuju ke dapur. Kelihatan bibik sedang menyiang ikan.
"Bik, mana Mai?" Tanya Dahlia Arissa. Sempat dia mencapai dua biji buah anggur di dalam bakul yang terletak di atas meja.
"Mai perginya ke pasar. Kenapa ya?"
"Tanya jelah bik. Lia nak keluar ni. Mungkin Lia tak makan dekat rumah. Bibik masak untuk bibik dengan Mai jelah ya. Bye, bye Rossa!" Usik Dahlia Arissa lalu berlalu pergi.
"Waduh, Dahlia panggil aku Rossa! Ngak nyangka ya, umur sudah mahu masuk empat puluh tahun kok bisa sama cantik dengan Rossa?" Kata bibik sambil tersenyum-senyum.
Baru sahaja Dahlia Arissa menghidupkan enjin kereta, dia ternampak kereta Myvi biru masuk ke perkarangan rumah. Kelihatan Maisarah keluar lalu mengeluarkan barang-barang yang telah dibelinya.
Nak buat kenduri ke apa? Bukan main banyak lagi si Mai ni beli barang dapur? Soal Dahlia Arissa di dalam hati. Pantas dia keluar dari kereta.
"Mai beli barang dapur ni, nak cukupkan setahun makan ke apa ni?" Tanya Dahlia Arissa sambil membelek barangan yang berada di dalam plastik.
YOU ARE READING
C | BAD LIAR [✔] + COMPLETED
General Fiction~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~ ∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶ Penipuan, perayuan, keinginan... Semua menjadi satu. "Yes, Memang abang rindu Lia. Rindu sangat" ujar Amir Haikal. "You make's problem, such a bad liar. I hate you" "Aku tengok kau bukan...