bab 36

387 25 0
                                    

BANGUN daripada tidur selepas solat subuh tadi, Dahlia Arissa terus muntah. Beberapa kali dia masuk ke dalam bilik air. Tengku Syed Adam yang sudah siap mandi dan berpakaian itu sesekali menjeling ke arah Dahlia Arissa yang baru sahaja keluar dari bilik air. Hatinya mula diusik perasaan gelisah.

"Okey ke tak ni?" Tanyanya lalu duduk disebelah Dahlia Arissa. Isterinya tidak menjawab sebaliknya terus berbaring di atas katil.

"Abang turun kejap ambilkan sarapan untuk sayang ya?" Terus hilang marahnya pada Dahlia Arissa apabila melihat wajah isterinya itu sedikit pucat. Dahlia Arissa tetap membatukan diri.

"Kak Lia tak turun sarapan ke?" Tanya Maisarah yang sedang menuangkan susu panas ke dalam gelas Daniel Amriza. Tan Sri Mokhtar dan Puan Sri Melati sudah pun keluar bersama Dato' Mukriz dan Datin Melur untuk menghadiri majlis rumah terbuka di rumah Dato' Kamal.

"Dia macam tak sihat je. Asyik muntah-muntah," beritahu Tengku Syed Adam tanpa berselindung. Wajah Daniel Amriza berkerut seribu. Kenapa pulak dengan adik aku tu?

"Pembawaan budak kut?" Duga Daniel Amriza.

Tengku Syed Adam mengangkat bahu. Dulang berisi nasi goreng dan susu itu lantas diangkat menuju ke tingkat atas. Namun di pertengahan anak tangga terdengar suara Maisarah bertanya lagi.

"Malam tadi Kak Lia ada makan dengan Abang Adam tak? Sebab malam tadi dia beria sangat nak makan dengan Abang. Kalau tak ada, mungkin perut dia masuk angin tu."

Tengku Syed Adam menelan air liur. Kakinya melangkah laju menuju ke bilik. Rasa bersalah mula mengusai dirinya. Apa yang dah aku lakukan ni?

"Sayang..."

Mata Dahlia Arissa yang tertutup rapat tadi kini terbuka semula. Tengku Syed Adam sudah pun tersenyum manis kepadanya. Dia sudah bertekad untuk memohon maaf kepada Dahlia Arissa. Sememangnya dia yang bersalah kerana terlalu melayan perasaan cemburunya yang bersarang di jiwa.

"Abang nak minta maaf sebab berkasar dengan sayang malam tadi. Abang betul-betul cemburu bila tengok sayang berbual mesra dengan Amir. Abang takut cinta sayang pada abang beralih pada Amir." Akhirnya Tengku Syed Adam mengaku kesilapan diri.

Dahlia Arissa mengusap lembut pipi Tengku Syed Adam. Selepas mencium tangan suaminya selepas solat subuh tadi, hatinya sudah pun sejuk. Peristiwa pada malam tadi dianggap sebagai dugaan pertama mereka sejak berumah tangga. Sedangkan lidah lagi tergigit.

"Lia pun nak minta maaf kat abang. Sepatutnya Lia jaga batas pergaulan Lia sebagai seorang isteri, tapi Lia lupa semua tu," pinta Dahlia Arissa lembut. Rasa bersalah turut menghantui dirinya apabila malam tadi dia tidur membelakangkan suaminya. Tengku Syed Adam terus merangkul tubuh Dahlia Arissa. Erat.

"Abang dah maafkan. Abang sayangkan sayang tau. Sayang sangat-sangat. Dahlah, jom makan. Abang tau sayang tak makan malam tadi. Kesian kat baby dalam tu," ujar Tengku Syed Adam lalu melonggarkan pelukan. Nasi goreng di suap ke dalam mulut Dahlia Arissa. Sesungguhnya memberi dan menerima kemaafan itu amat besar nilainya.









DAMIA mengetap bibir menahan kemarahan yang bersarang di dada apabila Tengku Syed Adam tidak datang beraya di rumahnya. Beberapa kali nombor Tengku Syed Adam dihubungi tetapi tidak dijawab. Mamanya sibuk melayan beberapa orang tetamu yang datang ke rumah mereka.

"Mana pergi abang ni? Dah call banyak kali pun tak jawab-jawab. Masa beraya dekat rumah bini dia dulu, bukan main lagi dia layan aku. Argh! Menyampah betul dengan lelaki macam ni. Dah orang suka dekat dia, dia buat tak tau je! Aku bukan suruh ceraikan bini dia pun, aku nak jadi isteri kedua je. Tu pun susah sangat ke?" Damia mengomel di depan meja solek. Sesekali matanya mengerling pada cermin. Sengaja melihat penampilan dirinya.

"Entah apalah abang gila sangat dekat Lia tu? Sejak dulu lagi sampai sekarang perempuan tu jugak yang dia nak! Elok-elok aku nak dekat dia, dia jual mahal pulak..." Sambungnya lagi. Ketika itu Aunty Syida masuk menghampirinya.

"Apa yang dirungutkan tu?" Tegur Aunty Syida apabila melihat wajah anak tunggalnya yang sudah masam mencuka. Dia duduk di birai katil. Damia terus mendapatkan mamanya.

"Mia tunggu abang, dia tak datang," rajuknya. Aunty Syida membelai lembut rambut anaknya itu. Faham benar perangai anaknya itu.

"Sayang, kita ni kalau nak dapatkan sesuatu, kita kena usaha sikit. Bukan setakat mengomel tak tentu pasal dekat sini," kata Aunty Syida penuh makna.

Damia memandang wajah mamanya. Dia tahu mamanya turut mempunyai agenda untuk mendapatkan Tengku Syed Idris, abah kepada Tengku Syed Adam. Yang penting, mendapatkan harta keluarga Tengku Syed Idris.

"Mama ingat Mia tak usaha ke? Dah banyak kali Mia call dia ma, tapi dia langsung tak jawab. Benci betul!"

"Mia kena dapatkan Adam tu. Kalau mama memang susahlah nak dapatkan bapak dia sebab orang tua tu macam tau-tau je plan kita. Mia pun taukan yang harta dia orang tu tujuh keturunan pun belum tentu habis makan. Mia tak nak ke kahwin dengan anak jutawan? Lagipun mama pasti bini Adam tu tak heran harta laki dia sebab dia orang tu pun sama level je. So, tugas Mia sekarang goda Adam sampai dapat. Tak kira dengan apa cara sekali pun!" Aunty Syida mula meracuni pemikiran anaknya. Damia terus tersenyum.

"Mama jangan risaulah. Ni Damia Farhana. Jangan kata goda Adam, lebih dari tu pun Mia akan buat. Mama tengok jelah nanti." Sampai begitu sekali Damia mengukir kata. Terlalu taasub dengan cinta. Psiko!

Aunty Syida tidak berkata apa-apa. Dia hanya tersenyum lalu meninggalkan anaknya yang sedang rancak merencanakan rancangan.













Shaa nak vote star korang :))

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now