bab 30

528 29 0
                                    

AMIR HAIKAL mencuri pandang ke arah Dahlia Arissa dan Tengku Syed Adam yang leka bersembang di tepi kolam renang milik keluarga Dahlia Arissa itu. Dia yang duduk di porch biliknya berpura-pura membaca buku namun pada hakikatnya dia ingin melihat gelagat pasangan yang masih di ambang bulan madu itu. Sesekali terdengar gelak tawa Dahlia Arissa. Dia menarik nafas panjang. Kadang-kadang dia selalu membayangkan Tengku Syed Adam itu adalah dirinya. Kenangan dia meluahkan perasaan kepada Dahlia Arissa ketika mereka berada di dapur suatu ketika dulu masih segar diingatan. Kelembutan pipi Dahlia Arissa yang disentuhnya masih lagi terasa.

"Keputusan yang kau ambik tu memakan diri sendiri, bro!" Daniel Amriza yang sedang tercegat di muka pintu bilik sepupunya itu melangkah menuju ke arah Amir Haikal. Daniel Amriza dan Maisarah balik pada petang semalam dan disambut meriah oleh keluarga mereka. Tambahan berita mengenai Maisarah mengandung amat mengujakan semua pihak.

"Mungkin," hanya itu yang dibalas oleh ahli perniagaan muda yang berjaya itu.

Daniel Amriza mengambil tempat duduk di sebelah sepupunya lantas membuang pandangan ke arah kolam renang. Hatinya mengucap syukur kepada Allah kerana memberi senyuman kebahagiaan di wajah adik kesayangannya itu walaupun suatu ketika dulu dialah pembangkang utama Dahlia Arissa rapat dengan Tengku Syed Adam.

"Kau masih mengharap adik aku lagi, kan?" Daniel Amriza sekadar menyerkap jarang. Amir Haikal tidak terkejut dengan soalan itu kerana dia tahu Daniel Amriza sukar untuk dibohongi.

"Entahlah, aku tak pasti. Tapi aku sama sekali tak sangka Dahlia bersetuju berkahwin dengan Adam," jawab Amir Haikal.

Persetujuan Dahlia Arissa untuk berkahwin dengan Tengku Syed Adam masih menjadi persoalan dimindanya. Adakah Dahlia Arissa berkahwin secara terpaksa? Tetapi kenapa mereka kelihatan mesra benar.

"Cinta itu milik Allah, bro. Dia jugak yang aturkan semua ni. Nak tak nak kau kena terima jugak. Sedalam mana cinta kau pada Lia, tapi jangan sekali kau palingkan cinta kau pada-Nya," pesan Daniel Amriza penuh makna. Dia tahu sepupunya itu dalam dilema.

"Insya-Allah."












DAHLIA ARISSA tertidur sehingga tidak menyedari kepulangan suaminya. Tengku Syed Adam yang sudah selesai mandi dan solat asar merenung wajah Dahlia Arissa yang sedang diulit mimpi. Bunyi nyanyian telefon bimbit Dahlia Arissa mengejutkannya. Dahlia Arissa yang masih mamai itu segera mencapai telefon bimbitnya yang sudah pun dihulur oleh Tengku Syed Adam.

"Waalaikumussalam. Ya, saya. Siapa ni? Oh, uncle. Maaf sebab saya tertidur tadi. Adam? Dia ada ni, uncle nak cakap dengan dia ke? Mungkin handphone dia tak de bateri kut. Uncle nak bagitau apa? Innalillah..." Mata Dahlia Arissa yang masih sedikit tertutup tadi kini terbuka luas. Dia mengucap panjang. Tengku Syed Adam kehairanan.

"Sayang, kenapa ni?"

"Kisyah... Dia dah meninggal..." Dahlia Arissa berkata perlahan. Dingin terus tubuhnya apabila terbayang akan sebuah kematian.

Tengku Syed Adam turut mengucap panjang lantas memeluk isterinya. Tengku Syed Adam masih ingat lagi Dahlia Arissa sempat memberi business cardnya kepada papa Akisyah Nabilah sebelum mereka balik dari melawat wanita itu tempoh hari. Dahlia Arissa juga berpesan agar memberitahu segala perkembangan Akisyah Nabilah kepada mereka.

"Abang dah maafkan dia?" Soalan itu keluar dari mulut Dahlia Arissa. Dia mendongakkan kepalanya untuk memandang wajah suaminya.

"Dah. Abang dah maafkan dia," ikhlas sahaja pengakuan Tengku Syed Adam.

Dahlia Arissa mengangguk lemah. Semoga kau tergolong dalam golongan orang yang beriman, Kisyah... Doanya di dalam hati.






















Vote, sumpah bab ni shaa idea kurang sikit. But it's okay as long as shaa update right. ^^

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now