SELEPAS makan malam, Dahlia Arissa duduk di ruang tamu bersama mama dan papanya. Seperti biasa, Dahlia Arissa akan bersandar di bahu mamanya. Tan Sri Mokhtar hanya menggelengkan kepala melihat tingkah laku anak bongsunya yang tidak pernah berubah itu.
"Lambat pulak Amir balik malam ni," tiba-tiba Puan Sri Melati bersuara. Siaran Buletin Utama itu hanya menarik perhatian Tan Sri Mokhtar sahaja.
"Dia jumpa client dia lah tu," sahut Tan Sri Mokhtar.
"Jumpa client or ke lain?" Celah Dahlia Arissa pula.
Tan Sri Mokhtar dan Puan Sri Melati berpandangan sesama sendiri sebelum pandangan mereka terhala kepada Dahlia Arissa.
"Tak baik cakap kat Abang Amir macam tu. Mama tak suka tahu," tegur Puan Sri Melati.
"Yalah, sorry!"
"Macam tak ikhlas je mintak maaf tu." Tegur satu suara dari belakang.
Mereka bertiga segera berpaling apabila melihat Amir Haikal sudah pun menghampiri mereka. Tali leher di tangan diletakkan di atas sofa bersama briefcasenya. Dari raut wajah Amir Haikal, jelas kelihatan garis-garis keletihan.
"Lia pernah baca satu artikel ni tau dekat internet. Dalam tu dia ada kata, ikhlas ibarat semut hitam berjalan dekat atas kayu warna hitam pada malam yang kelam. Dia wujud. Dia ada, cuma tak kelihatan. So Abang Amir jangan pandai-pandai je nak cakap sama ada orang tu ikhlas ke tak," sempat lagi Dahlia Arissa menjawab.
"Kamu dah makan, Amir?" Cepat sahaja Tan Sri Mokhtar bertanya sebelum Amir Haikal membalas hujahan Dahlia Arissa.
Puan Sri Melati sudah pun memandang wajah Amir Haikal. Menanti jawapan.
"Belum lagi, pa. Tadi Amir tak sempat nak makan. Banyak sangat kerja dekat office tadi." Adu Amir Haikal secara tidak sengaja. Matanya sempat mencuri pandang ke arah Dahlia Arissa yang leka sedang menonton berita.
"Kalau macam tu, mama suruh bibik panaskan lauk ya," kata Puan Sri Melati lembut.
"Kejap lagi lah, ma. Amir nak naik atas dulu. Nak mandi. Isyak pun belum solat lagi ni." Sejurus mendengar kata-kata Amir Haikal itu, Dahlia Arissa tiba-tiba berdiri. Mereka yang berada di situ kehairanan melihat tingkah laku satu-satunya puteri didalam rumah ini.
"Alamak! Lia belum solat isyak lagi. Lia naik atas dulu. Bye..." Katanya lalu berlari menuju ke tingkat atas.
Amir Haikal dan Tan Sri Mokhtar tergelak melihat gelagat Dahlia Arissa.
PETANG itu, Dahlia Arissa sibuk memberi makan ikan koi peliharaan mamanya. Sejak balik dari Europe, dia belum lagi mempunyai keinginan untuk bekerja. Jadi masanya lebih banyak dihabiskan di rumah.
"La... Kenapa kau tak makan, Kembang? Kau tengok kempis tu, bukan main selera lagi dia makan. Ke kau ada masalah? Kita ni Kembang, kalau ada masalah besar macam mana sekali pun jangan sesekali abaikan kesihatan kita tau. Jadi, kau kenalah makan kalau kau nak fight problem kau tu."
"Sejak bila ikan-ikan ni semua ada nama?" Tanya Amir Haikal yang dari tadi melihat gelagat Dahlia Arissa.
"Baru kejap tadi. Kenapa? Tak boleh ke Lia nak bagi nama dekat ikan-ikan ni semua?" Dahlia Arissa mula menyoal, Amir Haikal duduk disebelah Dahlia Arissa. Makanan ikan ditangan Dahlia Arissa diambil sedikit lalu dibaling kepada ikan-ikan yang kelaparan itu.
"Abang tak cakap pun tak boleh. Abang tanya je."
"Ermmm, Okey! Awal pulak abang balik hari ni? Belum pukul lima lagi. Abang curi tulang ya? Tak baik tau. Kalau nak curi tulang, abang kenalah curi sekali dengan isi-isi dia." Kata Dahlia Arissa sambil tersengih.
"Ada je jawapan Dahlia ni ya. Bukan selalu pun abang balik awal. Lagipun sejak Lia balik ni, makin tak sabar pulak abang nak balik rumah."
"Lia tahu dah. Abang mesti rindu nak tengok muka Lia yang cantik lagi comel ni, kan? Alaa.. Mengaku je abang. Tak payah simpan dalam hati tu. Tak ada siapa pun tahu." Kata Dahlia Arissa sambil menyenggol bahu abang sepupunya itu.
Amir Haikal tersengih. Sememangnya dia rindu pada gadis berlesung pipit itu. Namun gaya Dahlia Arissa yang bersahaja membuatkan dia hanya mampu menyuarakan di dalam hati sahaja.
"Abang nak naik dulu. Apa-apa pun abang memang pun rindukan Lia. Rindu sangat-sangat." Bisik Amir Haikal hampir ke telinga Dahlia Arissa.
Dahlia Arissa terpanar dan kaku.
Vote and comment pls, i nk tahu kelemahan i kt mn... klu ade typo maaf
YOU ARE READING
C | BAD LIAR [✔] + COMPLETED
General Fiction~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~ ∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶ Penipuan, perayuan, keinginan... Semua menjadi satu. "Yes, Memang abang rindu Lia. Rindu sangat" ujar Amir Haikal. "You make's problem, such a bad liar. I hate you" "Aku tengok kau bukan...