bab 16

508 31 0
                                    

WAJAH Khalil Asyraf berubah apabila melihat kelibat Amir Haikal di situ. Tadi dia ternampak Maisarah ke surau dan sebab itu dia terus mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Dahlia Arissa yang diingatkan hanya bersendirian.

"Assalamualaikum," Khalil Asyraf memberi salam.

"Waalaikummussalam," jawab Amir Haikal dan Dahlia Arissa serentak.

"Lia macam mana sekarang? Dah makin okey?" Tanya Khalil Asyraf lalu duduk di kerusi di sebelah katil Dahlia Arissa.

"Alhamdulillah, dah makin okey," jawab Dahlia Arissa dengan suara mendatar. Nasib baik Amir Haikal ada, jika tidak pasti dia tidak selesa berduaan dengan Khalil Asyraf.

"Eloklah kalau macam tu. Abang tengok muka Lia pun makin pucat ni," ujar Khalil Asyraf lalu tangannya ingin menyentuh pipi Dahlia Arissa. Namun Dahlia Arissa sempat mengelak. Amir Haikal terbatuk kecil melihat kelakuan Khalil Asyraf.

"Err... Maaf. Kalau Lia masih tak sihat, tak payah lah datang kenduri malam esok. Kesian pulak abang tengok keadaan Lia macam ni," lembut sahaja suara Khalil Asyraf. Menutup malu yang menyerbu di wajah apabila dia terlalu berani ingin menyentuh pipi Dahlia Arissa sebentar tadi.

Aku memang tak ingin pun nak pergi! Meluat tau tak tengok muka kau ni! Marah Dahlia Arissa di dalam hati.

Amir Haikal mengatur langkah menuju ke sofa yang tidak jauh dari situ. Dia tidak mahu mengganggu perbualan antara Dahlia Arissa dan Khalil Asyraf walaupun dalam hatinya menyampah dengan kedatangan Khalil ke situ.

"Tengoklah macam mana nanti. Lagipun uncle ada datang malam tadi dengan Khalisha. Uncle pun cakap kalau masih tak sihat, tak payah datang," jawab Dahlia Arissa sambil tersenyum hambar. Mangkuk bubur tadi di ambil dan ketika itu Khalil Asyraf mengambil mangkuk di tangan Dahlia Arissa sehingga tangan mereka bersentuhan. Dahlia Aeissa tergamam. Hati Amir Haikal mula terasa panas.

"Biar abang tolong basuhkan untuk Lia," selamba sahaja Khalil Asyraf berkata. Ketika itu, Dahlia Arissa sempat memandang ke arah Amir Haikal yang sedang memerhati Khalil Asyraf dengan tajam. Kedudukan Khalil Asyraf yang membelakangi Amir Haikal menyebabkan Khalil Asyraf tidak sedar dengan perubahan pada wajah Amir Haikal itu.

Baru sahaja Khalil Asyraf ingin bersuara setelah kembali dari mencuci mangkuk bubur tadi, sekali lagi pintu bilik dikuak dari luar. Mereka semua menyangka Maisarah yang akan masuk, namun sekali lagi wajah Amir Haikal berubah. Begitu juga dengan wajah Khalil Asyraf. Kali ini lebih kelat daripada tadi.

"Kenapa you tak bagitau I yang you demam panas sampai masuk hospital ni? Susah sangat ke nak bagitau I?" tanya Tengku Syed Adam sebaik sahaja terpandang Dahlia Arissa yang sedang bersandar di atas katil. Kehadiran Khalil Asyraf serta Amir Haikal di situ langsung tidak dihiraukan.

"Kenapa I nak bagitau you pulak?" Dahlia Arissa pula menyoal.

Tanpa sedar Tengku Syed Adam sudah pun duduk di birai katil. Dekat sekali dengan Dahlia Arissa. Khalil Asyraf terus mengangkat punggung lalu menuju ke sofa. Duduk tidak jauh dari Amir Haikal.

"You taukan, I sayangkan you. I tak nak hilang you lagi sekali." Dengan penuh ikhlas Tengku Syed Adam berkata. Dahlia Arissa menarik nafas panjang.

"Tengku Syed Adam, I ni cuma demam panas je, bukannya nak mati..."

"Jangan nak sebut pasal mati, Lia! Abang tak suka!" Tiba-tiba Amir Haikal mencelah. Wajahnya kelihatan tegang.

"Tengok tu, ramai yang sayangkan Rissa. Jadi lepas ni jaga diri tu baik-baik sikit. Banyak sikit rehat. Jangan tidur lambat. Jaga pemakanan," pesan Tengku Syed Adam panjang lebar. Dahlia Arissa tergelak. Tercuit juga hatinya dengan kata-kata Tengku Syed Adam itu.

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now