"DAHLIA, mari sini kejap sayang. Ada orang nak jumpa..." Panggil Puan Sri Melati kepada Dahlia Arissa yang sedang leka membuat chocolate moist cake bersama Maisarah di dapur.
"Mama suruh je orang tu datang raya cina tahun depan. Lia sibuk ni," selamba sahaja Dahlia Arissa menjawab kerana sebentar tadi bibik ada memberitahu tentang kedatangan Tengku Syed Adam kepadanya.
"Dahlia Arissa Binti Tan Sri Mokhtar!" Panggil mamanya lagi.
Dahlia Arissa melepaskan sebuah keluhan berat. Dia paling pantang kalau ada orang panggil nama penuhnya. Baginya bila namanya disebut sebegitu pasti orang tersebut tidak suka dengan alasan yang diberikan. Mama ni sama je macam Abang Amir, bentaknya di dalam hati.
"Ada apa datang rumah orang ni? Kalau nak datang pun tunggu masa raya nanti jelah, ke masa rumah terbuka raya deepavali, walaupun rumah ni tak sambut raya deepavali. Ni tak, masa macam ni jugak dia nak datang." Leter Dahlia Arissa sedikit kasar.
Puan Sri Melati sudah menjeling anak daranya itu sebelum mencapai kunci kereta dan terus berlalu. Geram juga dia dengan telatah Dahlia Arissa itu.
"I nak ajak you dinner malam ni," Tengku Syed Adam berterus terang. Comel sahaja wajah Dahlia Arissa yang sudah muncung sedepa itu.
"Siapa pulak yang nak pergi dinner dengan you?" Jawab Dahlia Arissa lalu melabuhkan punggungnya di sofa. Maisarah datang membawa minuman.
"Lain kali kalau dia ni datang rumah, tak perlu bagi dia air." Kata Dahlia Arissa kepada Maisarah.
Tengku Syed Adam hanya tersenyum. Dia tahu Dahlia Arissa masih marah padanya. Namun dia sentiasa berdoa agar Dahlia Arissa boleh menerimanya kembali.
"Arissa, I still sayangkan you lagi. Percayalah," kata Tengku Syed Adam apabila melihat Maisarah sudah berlalu menuju ke dapur.
"Percayalah? You ingat ni lagu Dato' Siti ke? Dah lah, I malas tau nak layan you ni. Empat tahun tak nampak muka you tenang je hidup I, tapi sekarang ni tunggang langgang dah kepala otak I ni sebab you, tau tak?" Kata Dahlia Arissa lalu mencapai air yang dihidangkan oleh Maisarah sebentar tadi. Tengku Syed Adam mengeluh berat.
"Teruk sangat ke I ni dekat depan mata you?" Tanya Tengku Syed Adam.
"Yes, memang you teruk pun!" Jawab Dahlia Arissa. Cepat sahaja dia menjawab. Hati dan perasaan Tengku Syed Adam memang tidak lagi difikirkan.
"Assalamualaikum," tegur Amir Haikal. Salamnya disambut serentak oleh Dahlia Arissa dan Tengku Syed Adam.
"Awal abang balik?" Tanya Dahlia Arissa.
Amir Haikal tidak menjawab sebaliknya dia mengambil tempat di sebelah Dahlia Arissa dan berhadapan dengan Tengku Syed Adam.
"Bik, ambilkan air untuk Abang Amir," jerit Dahlia Arissa. Bergema suaranya di ruang itu.
"Isy! Ada pulak jerit-jerit macam tu," tegur Amir Haikal.
Dahlia Arissa menutup mulutnya sambil tersenyum.
"I nak balik dulu. Malam karang I datang ambik you pukul lapan setengah malam. Jangan lupa tau." Kata Tengku Syed Adam lalu bersalaman dengan Amir Haikal. Dahlia Arissa mencebik.
"Tengoklah macam mana," kata Dahlia Arissa tanpa memandang Tengku Syed Adam.
Amir Haikal hanya memerhati tingkah laku kedua-dua mereka. Namun ada cemburu bertemu di dalam hati apabila Tengku Syed Adam mula memikat Dahlia Arissa semula.
YOU ARE READING
C | BAD LIAR [✔] + COMPLETED
General Fiction~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~ ∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶ Penipuan, perayuan, keinginan... Semua menjadi satu. "Yes, Memang abang rindu Lia. Rindu sangat" ujar Amir Haikal. "You make's problem, such a bad liar. I hate you" "Aku tengok kau bukan...