bab 25

544 29 0
                                    

PAGI itu ketika hendak bersiap ke spa, telefon pintarnya berbunyi nyaring. Tengku Syed Adam memandang ke arah Dahlia Arissa yang sedang mencari telefon pintarnya yang sudah dimasukkan ke dalam tas tangan.

"Assalamualaikum, pa!" Sapa Dahlia Arissa dengan penuh ceria. Terdengar suara Tan Sri Mokhtar menyambut salam anaknya itu di hujung talian.

"Ni papa nak tanya, Abang Amir ada datang rumah ke?" Tanya Tan Sri Mokhtar.

"Eh, bukan dia dengan Kak Fina datang sekali dengan papa, mama, ke?"

"Memanglah dia orang berdua ikut sama, tapi Amir dah balik dua hari lepas. Fina je masih ada kat sini."

Dahlia Arissa mengerutkan dahi. Tengku Syed Adam yang baru sahaja memanaskan enjin kereta masuk semula ke dalam rumah lalu duduk di sebelah isterinya. Ingin juga dia tahu perkembangan ibu bapa mertuanya di sana.

"Tak de pun Abang Amir datang sini. Tapi kenapa Abang Amir balik cepat, pa? Mummykan baru lepas operate?" Soal Dahlia Arissa tidak puas hati. Satu keluhan keluar daripada mulut papanya membuatkan hatinya tiba-tiba menjadi tidak enak.

"Amir dah ceraikan Fina."

"What?" Bergema suara Dahlia Arissa di dalam rumah mewah itu. Tengku Syed Adam juga terkejut mendengar jeritan Dahlia Arissa.

"Itulah yang terjadi, Lia. Nanti papa dengan mama balik, papa ceritakan semuanya. Sampaikan salam papa pada Adam." Tan Sri Mokhtar mengakhiri perbualannya.

Baru malam tadi aku berbual panjang dengan mummy, tapi mummy tak ada pulak cakap pasal perkara ni... Dahlia Arissa berbicara di dalam hati.

"Kenapa sayang?" Tanya Tengku Syed Adam.

"Abang Amir dah ceraikan Kak Fina."

"Eh, biar betul. Tapi kenapa?" Tengku Syed Adam mula tidak senang duduk. Dia tahu Amir Haikal antara pesaing terdekatnya untuk mendambat hati Dahlia Arissa selain daripada Khalil Asyraf.

"Kenapa I tengok you ni gelabah semacam je?" Pelik pula dia melihat wajah tampan Tengku Syed Adam berkerut seribu.

"Abang nak tau je," jawab Tengku Syed Adam ringkas. Sempat lagi dia mencapai tangan isterinya lalu dikucup mesra. Wangi. Dahlia Arissa hanya membiarkan walaupun getar di dada mula terasa.

"Papa tak cakap pun tadi punca benda tu jadi. Tapi kalau ada masalah sekalipun, janganlah sampai bercerai-berai. Isy, takut I fikir pasal benda tu," bahas Dahlia Arissa lalu memasukkan semula telefon pintarnya ke dalam tas tangan.

"Tau tak pe. Abang pun tak nak benda macam tu jadi kat hubungan kita," luah Tengku Syed Adam perlahan. Dahlia Arissa segera memandang ke arah suaminya. Tanpa diduga, tangan Tengku Syed Adam diraih.

"Walaupun I ni belum terima you sepenuhnya, tapi I tak pernah pun terfikir hubungan kita akan berakhir macam tu. Sumpah, tak pernah!" Akui Dahlia Arissa dengan jujur. Walaupun dia belum dapat menerima Tengku Syed Adam dalam hidupnya, tetapi dia sentiasa mahukan hubungan mereka berkekalan.

Pengakuan Dahlia Arissa itu melapangkan hati Tengku Syed Adam. Tanpa menunggu lama, satu ciuman singgah di pipi kiri Dahlia Arissa.

"Apa ni?" Dahlia Arissa terkejut dengan tindakan drastik suaminya itu.

"Kiss. Abang geram sangat tengok sayang."

Wajah Dahlia Arissa merona merah. Walaupun pernah melalui fasa bercinta dengan Tengku Syed Adam, namun dia tidak pernah merasakan perasaan seperti ini. Perasaan malu tetapi bahagia. Tambahan mereka berdua amat menjaga batas pergaulan ketika mereka bercinta suatu ketika dahulu.

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now