BAU sambal sotong membuka selera Tengku Syed Adam yang sudah pun segak dengan baju kemeja berwarna hitam dan dipadankan dengan seluar slack berwarna kelabu gelap. Tali leher yang berwarna hitam berbelang putih itu menyerlahkan lagi ketampanannya. Damia hanya mencuri pandang wajah suaminya. Sememangnya Tengku Syed Adam tergolong jejaka tampan yang boleh meruntuhkan hati mana-mana wanita.
"Muiz mana, ibu?" tanya Tengku Syed Adam kepada Tengku Najihah yang kelihatan berlenggang menghampiri meja makan. Tengku Syed Idris pula berjalan di belakang isterinya.
"Lia ambik kejap tadi," beritahu Tengku Najihah.
Damia menghulurkan pinggan kepada suaminya. Tengku Syed Adam tetap menyambut lalu mencedok sendiri nasi lemak ke dalam pinggannya.
"Siapa yang masak nasi lemak ni?" Tengku Syed Idris pula bertanya sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi.
"Dahlia," jawab Kak Wani yang sedang menuang air kopi panas ke dalam cawan Tengku Syed Idris.
"Good Morning," sapa Dahlia Arissa yang sedang mendukung Tengku Syed Muiz yang juga sudah siap dimandikan itu.
Tengku Syed Adam ternganga melihat isterinya. Dahlia Arissa yang memakai baju kebaya labuh berwarna berwarna hitam itu kelihatan cantik sekali. Tapi kenapa tak pakai tudung? Soal Tengku Syed Adam di dalam hati. Namun matanya tidak lepas-lepas memandang wajah dan leher isterinya itu.
"Sayang nak pergi mana ni?" Laju sahaja Tengku Syed Adam bertanya sambil menarik kerusi untuk Dahlia Arissa. Tengku Syed Muiz yang berada di dalam pelukan isterinya diambil lalu dicium penuh kasih.
"Nak ikut abang pergi office. Boleh tak?"
Terkebil-kebil mata Tengku Syed Adam mendengar jawapan isterinya.
Damia sudah tidak senang duduk melihat keanggunan Dahlia Arissa membuatkan hatinya mengakui dirinya memang tidak setanding madunya. Patut pun ramai lelaki yang tergila-gilakan wanita yang bernama Dahlia Arissa itu.
"Mestilah boleh." Semangat sahaja Tengku Syed Adam menjawab.
Tengku Syed Idris dan Tengku Najihah sudah pun berpandangan sesama sendiri.
Kak Wani mengambil Tengku Muiz bagi memudahkan Dahlia Arissa dan Tengku Syed Adam bersarapan.
"Lia gurau jelah. Sebenarnya, Lia ada meeting pasal nak bukak cawangan baru untuk spa arwah mama tu. Jadi kenalah pakai lawa-lawa," senyum Dahlia Arissa. Tangannya menceduk nasi lemak ke dalam pinggan dan saat itu juga matanya bertembung dengan Damia. Pantas dia mengalihkan matanya.
"Habis tu takkan tak pakai tudung?" Tengku Syed Adam bertanya lagi. Buang tabiat ke apa bini aku ni?
"Kejap lagi Lia pakailah. Lagipun, meetingnya pukul sembilan nanti. Ni baru pukul tujuh lima puluh..." jawab Dahlia Arissa setelah mengerling jam di dinding.
Tengku Syed Adam kembali menjeling isterinya yang sedang berselera makan itu. Dalam masa yang sama dia dapat merasakan Damia leka memerhati dirinya namun dia tidak sama sekali membalas pandangan itu.
DAHLIA ARISSA pelik apabila melihat Tengku Syed Adam mengikutinya masuk ke dalam bilik, sedangkan dia sudah pun menyalami tangan suaminya itu. Dia terus ke meja solek untuk menyikat rambut. Rambutnya mula disikat perlahan.
"Abang ada barang tertinggal ke?" tanya Dahlia Arissa sambil memandang suaminya dari cermin meja solek.
Tengku Syed Adam menggeleng sebaliknya dia terus merapatkan diri kepada isterinya.
YOU ARE READING
C | BAD LIAR [✔] + COMPLETED
Ficción General~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~ ∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶ Penipuan, perayuan, keinginan... Semua menjadi satu. "Yes, Memang abang rindu Lia. Rindu sangat" ujar Amir Haikal. "You make's problem, such a bad liar. I hate you" "Aku tengok kau bukan...