TAN SRI MOKHTAR dan Puan Sri Melati tidak putus-putus bertanya dengan Daniel Amriza tentang keputusan yang telah dibuat oleh anak bujang mereka itu. Mereka berdua tidak menyangka kepulangan mereka disambut dengan berita baik. Dahlia Arissa antara insan yang paling gembira mendengar keputusan itu. Maisarah yang turut ada bersama hanya bersuara apabila ditanya.
"Kalau macam tu, tak lama lagi Lia dah dapat kakak ipar. Esok jugak Dahlia bawak Mai pergi cari kain untuk buat baju akad nikah nanti," kata Dahlia Arissa dengan penuh semangat.
Maisarah hanya tertunduk malu. Terserlah keayuannya pada saat itu.
"Eh, dia pulak yang semangat," tegur Tan Sri Mokhtar sambil tergelak. Dia dan isterinya sememangnya berkenan dengan Maisarah. Tambahan mereka suami isteri bukanlah antara golongan yang mementingkan pangkat dan keturunan dalam memilih menantu. Asalkan anak mereka bahagia, itu sudah memadai.
"Mestilah, pa. Dulu kan Lia tak sempat nak merasa semua ni," jawab Dahlia Arissa sambil berseloroh. Namun kata-katanya itu memberi kesan kepada mereka yang ada di situ. Serta-merta mereka semua diam. Dahlia Arissa pula terpinga-pinga.
"Eh, kenapa pulak ni? Dahlia ada salah cakap ke?" Tanya Dahlia Arissa perlahan. Muka mamanya ditatap lama. Mohon penjelasan.
"Jangan sebut benda yang dah lepas. Mama tak suka," tegur Puan Sri Melati sambil mencubit pipi Dahlia Arissa.
"Ops! Sorry. Apa-apa pun... Tahniah, abang! Tahniah, Mai! Lia happy sangat untuk kau orang berdua. Tak sabarnya nak dapat kakak ipar."
Daniel Amriza yang duduk di sebelah Dahlia Arissa pantas memaut bahu adik kesayangannya itu.
"Thanks! Abang pun doakan tak lama lagi adik abang yang paling cantik ni pulak yang kahwin," doa Daniel Amriza sambil tersenyum.
"Amin!" Serentak sahaja Tan Sri Mokhtar, Puan Sri Melati dan Maisarah mengaminkan doa Daniel Amriza. Akhirnya mereka semua tertawa.
DAHLIA ARISSA akhirnya mengambil alih spa kepunyaan mamanya apabila puas dipujuk oleh Tan Sri Mokhtar dan Puan Sri Melati. Tambahan pula Puan Sri Melati ingin menumpukan sepenuh perhatiannya kepada keluarga.
"Macam mana dengan spa? Semua okey?" Tanya Puan Sri Melati kepada Dahlia Arissa yang baru sahaja melabuhkan punggung di sofa. Dahlia Arissa menarik nafas panjang. Ingatannya kembali berputar kepada peristiwa yang berlaku di spa mamanya tadi.
Hari pertama menjaga spa mamanya itu, dia sudah pun berjumpa dengan wanita itu. Kalau di KLCC tempoh hari, dia sempat lagi mengelak, tetapi di spa mamanya tadi, dia langsung tidak dapat melarikan diri. Akisyah Nabilah! Gadis yang entah apa-apa bagi Dahlia Arissa. Tergedik-gedik macam mintak penampar! Geram betul dia melayan kerenah model yang perasan popular itu.
"Bagi lah dia berehat dulu. Macamlah nanti-nanti tak boleh tanya," tegur Tan Sri Mokhtar kepada isterinya itu membuatkan Dahlia Arissa tersedar daripada lamunan.
"Everything's fine. Just Lia tak sangka pulak perempuan tu loyal customer mama," jawab Dahlia Arissa lalu melentokkan kepalanya di sofa.
"Siapa?" Tanya Puan Sri Melati.
"Akisyah Nabilah! Lia macam nak hentak je kepala dia tadi. Nasib baik staf dah cakap awal-awal yang dia tu pelanggan tetap dekat situ. Dah lah berlagak semacam. Lia tahu lah dia tu model, popular yang tak sepopular mana, tapi janganlah dia sesuka hati kaki buruk dia tu nak maki-maki staf kita," rungut Dahlia Arissa. Dalam matanya masih lagi terpejam rapat lagi sempat juga di berseloroh.
"Ya ke? Papa tak tahu pulak yang dia tu pelanggan tetap dekat spa kita. Mama Lia ni pun, tak pernah nak bagitau papa," celah Tan Sri Mokhtar pula. Sempat dia menjeling isterinya.
YOU ARE READING
C | BAD LIAR [✔] + COMPLETED
Ficção Geral~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~ ∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶ Penipuan, perayuan, keinginan... Semua menjadi satu. "Yes, Memang abang rindu Lia. Rindu sangat" ujar Amir Haikal. "You make's problem, such a bad liar. I hate you" "Aku tengok kau bukan...