bab 68

374 20 0
                                    

PETANG itu, Damia menemui Syahfina di hospital. Dia baru dapat tahu Syahfina terlantar di hospital pada pagi tadi setelah seminggu temannya itu kemalangan. Keadaan Syahfina juga semakin membaik, cuma perubahan Syahfina membuatkan Damia mula menaruh curiga.

"Sampai hati kau tak cakap dekat aku yang kau accident. Nasib baik aku terdengar perbualan Adam dengan Lia pagi tadi. Patut pun aku call kau banyak kali tapi tak dapat-dapat," rungut Damia sambil menyandarkan tubuhnya di kerusi. Syahfina hanya tersenyum.

"Maaflah, phone aku rosak masa accident tu," akui Syahfina.

Damia merengus kasar.

"Lain macam je aku tengok kau ni."

Syahfina menarik selimut sehingga ke paras dada.

"Apa yang lainnya?"

"Tu yang kat kepala kau tu."

"Maksud kau, tudung ni?"

"Yalah. Sejak bila pulak kau join aku jadi ustazah ni?" sindir Damia.

Temannya itu tidak menjawab sebaliknya hanya terus menguntum senyum. Dada Damia mula berdebar-debar. Takkan dia ni dah berubah hati kut? Kalau dia bocorkan rahsia aku macam mana? Gila!

"Kau... kau ni ada plan lain ke sampai nak bertudung segala?" Bergetar lontaran suara Damia.

"Lebih kurang macam tulah," balas Syahfina bersahaja. Dia memang mempunyai rancangan yang lain tetapi bukanlah rancangan kotor macam yang dia lakukan sebelum ini. Mendengar kata-kata Syahfina itu membuatkan Damia menarik nafas lega.

"Baguslah kalau macam tu. Aku cuma takut kau dapat hidayah je. Tapi bila difikir balik, orang macam kita ni tak layak kut dapat hidayah daripada tuhan?" Damia sudah pun tergelak selepas menghabiskan kata-katanya.

Syahfina hanya mampu beristighfar di dalam hati. Allah itu Maha Penyayang, Mia. Aku harap satu hari nanti kau akan dapat hidayah macam yang aku dapat ni, doa Syahfina di dalam hati.











KERIUHAN di pasar malam itu tidak menjejaskan perbuatan antara Tengku Syed Adam dan Dahlia Arissa. Sesekali jari-jemari mereka berdua bertaut untuk mengelak daripada terpisah. Mata Dahlia Arissa sudah meliar mencari buah delima. Ini semua gara-gara dia terbaca tentang buah tersebut di akhbar siang tadi.

"Rasanya tak adalah sayang," kata Tengku Syed Adam setelah mereka sampai di penghujung pasar malam yang khemahnya berbaris panjang itu.

Dahlia Arissa tidak menjawab, sebaliknya dia terus menuju ke sebuah gerai buah-buahan. Dia mencuit lengan suaminya lalu menunjukkan buah delima yang berlonggok di situ.

"Alhamdulillah, ada jugak." Lafaz Tengku Syed Adam sambil menghampiri gerai tersebut.

Dahlia Arissa mula memilih beberapa biji buah delima. Suaminya pula sudah ligat bersembang dengan pak cik yang menjual buah delima itu.

"Orang rumah mengidam ke?" tanya pak cik itu sambil mengerling ke arah Dahlia Arissa. Tengku Syed Adam sudah pun tergelak.

"Yalah kut." Selamba sahaja Tengku Syed Adam menjawab.

Hampir terjojol mata Dahlia Arissa mendengarnya.

"Patut pun. Anak yang pertama ke?" Berminat pula pak cik itu hendak tahu tentang pasangan yang kelihatan sepadan itu. Meletus lagi tawa Tengku Syed Adam.

"Dah nak masuk yang kedua pun, pak cik," bisik Tengku Syed Adam perlahan. Takut didengari pembeli lain yang turut memilih buah delima di situ.

Dahlia Arissa menyerahkan buah delima yang dipilihnya kepada pak cik itu. Sementara pak cik itu membungkus buah tersebut, dia merapatkan tubuhnya dengan Tengku Syed Adam.

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now