bab 47

366 20 1
                                    

"ASTAGHFIRULLAH AL-AZIM... Mia!!!" Jerit Aunty Syida sehingga bergema rumah mewah itu.

Tengku Najihah terkocoh-kocoh untuk mendapatkan Aunty Syida, begitu juga dengan Tengku Syed Idris.

Dahlia Arissa menggeleng-gelengkan kepala. Gila dahsyat orang tua tu kejutkan anak dia. Aku rasa mesti dinding rumah ni koma dua minit sebab terkejut, sempat lagi Dahlia Arissa berkata dengan hatinya. Mug diletakkan ke dalam singki.

"Ya Allah, apa nak jadi dengan kamu ni, Tengku Syed Adam!!!" Kali ini Tengku Najihah pula menjerit.

Mendengar sahaja nama suaminya disebut, pantas dia berlari menuju ke hadapan. Jantungnya tiba-tiba berlari laju apabila melihat Aunty Syida, Tengku Syed Idris dan Tengku Najihah menyerbu masuk ke dalam bilik Damia. Dengan perasaan ingin tahu memaksa dia menapak ke bilik Damia.

Prangg!! Termos jatuh berkecai di atas lantai. Air panas tertumpah betul-betul di hadapan kaki Dahlia Arissa di muka pintu bilik Damia. Kepalanya terasa dihempap dengan batu besar apabila melihat suaminya berada di atas katil Damia. Hatinya pula bagai disayat-sayat apabila melihat pakaian Tengku Syed Adam dan Damia bertaburan di atas lantai. Damia duduk di atas katil sambil menyelimuti tubuhnya dengan selimut. Tangisan Damia juga sudah bergema. Tanpa menunggu lama, Dahlia Arissa terus berlari menuju ke biliknya tanpa menyedari kakinya sudah pun melecur akibat terkena air panas tadi.

Telefon bimbit dicapai lalu mendail nombor papanya, Tan Sri Mohktar. Setelah bercakap tidak sampai seminit, dia membuka almari. Beg pakaian dikeluarkan, dia memasukkan segala keperluan anaknya. Bajunya turut diganti dengan jean dan T-shirt lengan panjang. Tudung disarungkan di kepala. Dia perlu membuat semua itu dengan pantas. Setelah memastikan segala keperluan anaknya dibawa bersama, dia terus merapatkan dirinya pada Tengku Syed Muiz yang masih nyenyak tidur. Dan saat terpandang wajah anaknya itulah membuatkan air matanya jatuh berderai.

"Kita kena pergi dari sini, sayang," katanya dalam sedu. Pantas tubuh anaknya dirangkul. Beg pakaian sederhana besar itu dibawa sekali.

Di ruang tamu, Tengku Syed Idris sedang mengurut dahinya. Tidak menyangka dengan apa yang dilihatnya sebentar tadi.

Tengku Najihah tidak henti-henti menangis manakala Aunty Shida masih meleteri anaknya. Damia masih di dalam biliknya manakala Tengku Syed Adam terlentok di sofa setelah dipakaikan baju oleh Tengku Najihah.

"Lia... Dahlia dengan Muiz nak pergi mana?" tanya Tengku Najihah kepada menantunya yang sudah menuju ke pintu utama.

Tengku Syed Adam sudah berdiri dan laju sahaja kakinya mendapatkan Dahlia Arissa.

"Lia kena pergi, ibu, abah. Izinkan Lia," pinta Dahlia Arissa perlahan.

"Sayang..." panggil Tengku Syed Adam lemah apabila dia ternampak bayang Dahlia Arissa tidak jauh darinya.

"Kita perlu berbincang, Dahlia." pantas sahaja Tengku Syed Idris berkata.

Dahlia Arissa menggeleng-gelengkan kepala.

"Mama tak kira, kau kena kahwin jugak dengan Adam!" jerkah Aunty Syida lalu keluar dari bilik Damia. Dia hanya berpura-pura marah kerana ini semua sudah pun mereka rancang dengan begitu rapi sekali.

Semakin erat Dahlia Arissa memeluk anaknya apabila mendengar kata-kata daripada Aunty Syida. Tengku Syed Adam berkahwin dengan Damia? Tidak mampu untuk dibayangkan. Ketika itu juga kereta Tan Sri Mokhtar masuk ke perkarangan rumah.

"Papa..." rintih Dahlia Arissa apabila Tan Sri Mokhtar memeluknya bersama Tengku Syed Muiz.

"Kita balik, sayang," kata Tan Sri Mokhtar tanpa memberi ruang untuk Tengku Syed Idris dan Tengku Najihah bersuara.

Kereta Tan Sri Mokhtar meluncur laju, selaju air mata Dahlia Arissa yang membasahi pipinya.










DANIEL AMRIZA mengepal-ngepal penumbuknya. Peristiwa lama berulang lagi dan kali ini lebih teruk berbanding sebelumnya. Maisarah mengambil Tengku Syed Muiz lalu dibawa masuk ke dalam biliknya. Air matanya turut mengalir laju apabila melihat esakan Dahlia Arissa di sofa. Sayu hatinya mengenangkan nasib yang menimpa adik iparnya itu.

"Waduh, kakinya kenapa sih?" tegur bibik apabila melihat kaki Dahlia Arissa sudah pun merah. Dia juga turut dikejutkan oleh Maisarah sebentar tadi. Air kosong disuakan kepada Dahlia Arissa.

Tan sri Mokhtar dan Daniel Amriza pantas memandang ke arah kaki Dahlia Arissa.

"Ya Allah, macam mana boleh jadi macam ni?" tanya Tan Sri Mokhtar lalu membelek kaki Dahlia Arissa. Walaupun tidak teruk, tetapi perlu diberi rawatan segera.

Dahlia Arissa yang masih menangis itu langsung tidak menjawab. Dia seakan-akan tidak mampu lagi untuk berkata-kata. Hatinya terlalu hiba. Air kosong yang diserah oleh bibik tadi diminum separuh.

"Amri, kita bawak Dahlia ke klinik sekarang. Pergi bagitahu Maisarah dan minta dia jaga Muiz kejap," arah Tan Sri Mokhtar.

Daniel Amriza berlari menuju ke tingkat atas. Tidak lama menunggu dia sudah pun turun lalu mengendong adiknya ke kereta.

"Bik, kunci semua pintu," pesan Tan Sri Mokhtar sebelum keluar.

Bibik mengangguk. Hatinya turut dipaut hiba tatkala melihat gadis sebaik Dahlia Arissa tidak henti-henti dihujani dugaan. Kesian kamu, sih! Bisiknya perlahan.















Vote nyah :))

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now