🌻BAB 7🌻

3K 208 53
                                    


JARI jemarinya mengetuk laju permukaan meja seiring dengan otak yang sedang ligat berfikir. Herot-berot bibir itu memberi respon melalui memek wajah. Sesekali dia menyedut minuman yang betul-betul di depan mata.

“Bisinglah kau ni.” Liyyan terus memukul tangan Naura yang masih menggedik.

“Bising-bising pun tapi otak aku masih berfikir.” jawab Naura lalu menatap wajah Liyyan. Tenang benar. Seakan tiada apa yang akan berlaku.

“Cukup kepala otak kau jela yang fikir, tangan tu tak payah gedik sekali. Orang dah mula pandang tu.” ujar Liyyan. Bukan dia tidak perasan sorotan mata dari pengunjung lain. Mungkin terganggu dengan tingkah laku Naura.

“Aku rasa kan Danial tu gilalah.” Bersahaja Naura berkata tanpa mengendahkan teguran Liyyan. Biarlah tapi memang benar itu yang dirasa oleh firasat hatinya.

Spontan Liyyan tergelak. Dia juga memikirkan perkara yang sama. Lagi-lagi dia merasa Danial seakan terdesak sedangkan diri itu mengatakan tidak bersedia pada awalnya dulu. Aneh.

“Kau betul-betul tak setuju? Tak beri kata putus kan?” tanya Naura ingin kepastian lebih kukuh. Jawapan Liyyan penting untuk mencari back up.

“Aku belum hilang ingatan lagi. Mimpi pun tak pernah. Dia je yang syok sendiri. Aku tahulah aku ni cantik.”

“Uwerk! Nak termuntah dengar.” Naura terus membuat gaya ingin termuntah. Namun, benar hakikat itu cuma malas saja mengakui. Nanti Liyyan naik tocang.

Liyyan tertawa senang. Kenal benar dengan sahabatnya yang seorang ini. Begitu kedekut dengan pujian. Susah benar mahu mendengar sebutir pujian dari Naura.

“Amboi! Rancak nampak. Tak tunggu kitorang pun.”

Satu suara menyapa mereka dari belakang. Pantas Naura melambai mesra dan menolak kerusi untuk buah hatinya itu duduk bersebelahan dengannya.

“Hazwan je... untuk I tak ada ke, Naura?” Aariz berseloroh seraya menarik kerusi di sisi Liyyan.

You dah ada Adelia, mana boleh I layan you lebih-lebih. Mampus I kena kejar dengan buah hati pengarang jantung you tu nanti.” tutur Naura mencipta alasan. Gila apa nak curang di depan kekasih hati.

“Oh, kalau Aariz tak ada buah hati you akan layan dialah? I ni macam mana pula?” Hazwan bersuara sambil mencekak pinggang di kerusinya.

“Liyyan kan ada.” Naura menjeling Liyyan. Selamba dia bergurau seperti tiada perasaan apa-apa.

“Banyak cantik kau! Kau ingat apa, aku robot?” Liyyan sudah menjeling tajam.

”Relakslah, Liy... gurau je. Kau ni sensitif benar.” ujar Naura. Pantang dicuit benar sahabatnya yang seorang ini.

“Tunggu ayam jantan bertelurlah nak tengok Liyyan relaks.” Aariz mencelah lalu ketawa mengekek.

“Sampai ke sudah takkan relaks.” Hazwan menambah kata. Satu aliran dengan Aariz.

“Suka nampak.” Liyyan menjeling seorang demi seorang di meja itu.

Try you belajar relaks sikit, Liy... you tu bakal jadi tunang orang tau. Nanti kalau you baran macam ni mak mentua pun lari.” Aariz menepuk-nepuk bahu Liyyan. Mahu menenangkan emosi Liyyan. Mudah sungguh tercuit.

“Bagus sangat kalau mak mentua lari. I tak perlu bertunang, selamatlah I nanti.” Liyyan menyambut kata dengan senang hati. Indahnya jika bicara Aariz jadi kenyataan.

“Kata-kata tu satu doa tau, Liy... relakslah. Jangan emo. Tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan. Relaks.” tutur Aariz memberi nasihat. Wajah Liyyan yang jelas kemerahan sudah dapat ditebak. Gadis itu sedang diamuk emosi.

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now