🌻BAB 49🌻

7.4K 249 84
                                    

“ABANG kena pakai hensem-hensem.” tutur Liyyan sambil memakaikan kopiah putih ke atas kepala Aariz. Kemudiannya, jubah yang disarung suaminya itu dirapi-rapikan agar lebih kemas terletak.

“Kenapa? Dengan family je kut, buat BBQ lagi. Nanti abang nak kena bakar-bakar, comot juga.” balas Aariz diterpa rasa hairan. Wajah si isteri dipandang dengan senyuman geli hati. Macam-macam perangai isterinya ini.

“Ya, sayang... Liy tahu tapi abang kenalah kemas juga. Baru sedara Liy tahu abang ni suami orang, bukannya sekadar kawan Liy je. Dahlah sepupu-sepupu Liy tu ramai perempuan.” kata Liyyan dengan sedikit cebikan. Tangannya diletak ke atas bahu si suami sambil membalas renungan itu.

Aariz tidak mampu menahan tawanya. Matanya yang sedikit berair diusap.

“Abang bukannya hensem pun. Tak ada naklah. Orang kampung je.” ujar Aariz menyakinkan Liyyan. Hidung isterinya ditarik manja.

“Nak kata tak hensem tu, hensemlah juga... ada rupalah suami Liy ni. Danial pun kalah. Syahiran lagilah.” puji Liyyan, ikhlas.

“Amboi, mention nama orang lain nampak.” Aariz memicing pandangannya.

“Dah abang rendah diri sangat. Jangan rendah diri, cukuplah rendah hati ya.” ujar Liyyan menepuk lembut pipi kanan Aariz.

Kepala digeleng perlahan sambil dia menatap wajah itu. Salendang yang dikenakan isterinya dibetulkan agar lebih menutup bahagian hadapan. Terasa amat bersyukur dengan perubahan isterinya kini yang lebih menjaga aurat di hadapan orang lain.

“Dah, jom keluar. Diorang dah mula riuh kat luar tu.” Aariz mengajak. Tangan Liyyan di bahunya terus diraih dan digenggam kemas sebelum menapak keluar dari bilik.

“Amboi, pasangan ni mengalah pengantin baru.” tegur ibu saudara Liyyan, iaitu kakak kepada Dato Kamal. Tersenyum melihat anak perempuan adiknya itu yang sudah semakin sihat seperti sediakala.

“Kami pun pengantin baru juga walaupun dah agak basi sikit.” Liyyan berseloroh. Genggaman tangan Aariz dilepaskan seraya dia menyertai Datin Leena yang sedang menyusun pinggan di meja panjang.

Sementelah, Aariz mengambil tugas membakar bersama Kasyaf dan Khairan. Malam itu keluarga besar Dato Kamal berkumpul bagi meraikan kehadiran ahli keluarga baru. Mudah kata, sesi perkenalan antara saudara-mara yang lain.

Sesekali Liyyan mengerling ke arah Aariz yang sibuk membakar sambil tangannya ligat menghidangkan makanan di atas meja. Turun dari pondok, dia kembali membantu Athira yang sedang membancuh air untuk ahli keluarga yang lain.

“Dah siap ke?” tanya Athira.

“Dah.” Liyyan tersenyum lebar. Athira turut mengukirkan senyuman.

Ketika ahli keluarga sudah mulai menikmati makanan, Liyyan menarik lengan Aariz sedikit menjauh. Aariz yang terpinga-pinga hanya menurut dengan rasa hairan.

“Kenapa, sayang?” tanya Aariz separa berbisik.

“Pusing.” suruh Liyyan sambil membuat gerakkan jadi agar memusing menghadap ke depan.

Tanpa sebarang rungutan, Aariz memusing memandang ke depan walaupun hatinya diserbu dengan pelbagai tanda tanya. Tiba-tiba pandangannya bertukar gelap dan tangan terus naik menyentuh mata.

“Eh...”

“Jangan buka.” Liyyan melarang sambil mengikat perlahan ikatan di belakang kepala Aariz.

“Laa... kenapa?” Aariz menoleh dengan mata yang tertutup.

“Jangan buka je. Jom ikut Liy.” tutur Liyyan sambil memaut kemas lengan Aariz.

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now