🌻BAB 44🌻

4.1K 230 17
                                    


GADIS yang berdiri di sisinya sejak tadi dipandang atas dan bawah sehingga ke raut wajah yang serius itu. Tangan disilang ke belakang, senang diri. Mata pula hanya dihala ke depan. Tiada garis senyuman yang menghiasi bibir itu. Benar-benar menjalankan tugas yang diamanahkan.

“Kenapa awak diupah jaga saya?” soal Liyyan, hairan. Pelik dengan kehadiran gadis bersut hitam tetapi mengenakan hijab.

“Untuk memantau.” jawab gadis itu, senada.

“Awak nurse ke?” tanya Liyyan lagi. Tidak seperti jururawat bagi pengamatannya.

“Saya bodyguard puan yang diupah oleh dato.” jelas gadis itu serba ringkas. Sedikitpun tidak menoleh ke arah Liyyan sepanjang dia menjawab.

“Bertudung.” komen Liyyan, sedikit kaget dengan penampilan gadis yang tampak masih muda itu.

Bodyguard muslimah.” balas gadis itu, tidak berkecil hati kerana sudah terbiasa dengan bicara sebegitu.

“Oh, boleh ya.” komen Liyyan lagi.

“Tuntutan agama itu wajib. Agensi saya menghormati keputusan saya malah tidak menghalang.” beritahu gadis itu lagi.

Liyyan telan liur. Terasa tertampar dengan bicara gadis itu kerana dia menyedari bagaimana gaya pakaiannya. Cukup dia melihat pakaian-pakaiannya yang tergantung kemas di dalam almari. Kebanyakannya dress pendek. Blaus tanpa lengan. Skirt pendek. Seluar jeans ketat. Tiada baju kurung. Yang terdapat hanyalah dua tiga pasang kebaya moden.

“Awak tak nak duduk ke?” Liyyan mengalih soalan pula.

“Tak mengapa.” Gadis itu menolak.

“Apa nama awak?” tanya Liyyan ingin tahu. Ada juga peneman ketika semua orang sibuk bekerja.

“Nuwaira.”

“Cantik.” puji Liyyan, ikhlas.

“Terima kasih.” Nuwaira menunduk sedikit kepalanya, tanda hormat dengan pujian yang baru diterima.

“Kenapa awak bertugas jaga saya?” tanya Liyyan semula. Kembali penasaran.

“Seperti yang saya katakan tadi, pemantauan jikalau ada sesuatu yang aneh. Demi memastikan keselamatan puan terjamin.” jelas Nuwaira.

“Tapi saya boleh urus diri sendiri.’

“Benar. Tetapi saya hanya menurut arahan. Ini kerja saya.”

“Saya rasa tak ada apa-apa.” gumam Liyyan seraya mengeluh perlahan.

Nuwaira hanya mengerling dengan hujung mata. Tidak berniat mahu membalas atau menjawab apa-apa.

“Tak perlu serius dengan saya. Anggap saja saya kawan awak.” tutur Liyyan. Tidak mahu terasa begitu janggal dan kekok.

“Ini kerja saya, puan.”

“Kenapa susah sangat nak dengar arahan saya?” tanya Liyyan lalu memandang Nuwaira dengan tepat.

“Saya hanya menjalankan amanah.”

“Tapi awak bukan robot.” Sedikit rasa geram menyapa hati Liyyan.

“Benar.”

“Awak tahu guna shopee? Kita kodek-kodek cari barang yang menarik untuk hilangkan bosan.” Liyyan mengajak, cuba mengalih perhatian gadis itu. Telefon pintarnya terus dikeluarkan.

“Tak mengapa. Puan sajalah.”

“Kalau awak menolak, saya pecat awak.” ugut Liyyan. Gadis itu benar-benar tidak tertarik dengan apa yang dikata.

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now