AIR yang dingin diceduk dan disiram ke bahunya sambil fikirannya melayang memikirkan sesuatu. Hingga saat ini dia masih berfikir perkara yang sama. Keresahan hatinya usah ditanya. Amat khuatir memikirkan masa depan.“You ni tak sejuk ke mandi sungai lama-lama? I ni dah menggigil you tahu tak.” tegur Aariz dari belakang. Berjalan menolak air menuju ke arah Liyyan yang duduk bersila di atas batu.
“Tak sejuk pun. You je manja tak boleh tahan sejuk.” balas Liyyan kembali ke alam nyata. Air sungai terus dicurah ke wajah.
“Bukannya I tak tahan sejuk tapi you tu kulit cap gajah.” kutuk Aariz selamba.
“Kurang ajar!” Liyyan tergelak. Batu kecil sebesar ibu jari di tepinya terus dicapai dan membaling ke arah Aariz. Geram.
Tok! Tepat ketul batu itu benar-benar terkena di dahi Aariz. Agak kuat bunyinya sehingga lelaki itu mengaduh. Terduduk dia di dalam air yang agak cetek.
Liyyan yang melihat terus meletus dengan tawa. Mulutnya terlopong. Tak menyangka sasarannya mengena.
“Aduh, sakit!” Aariz mengosok dahinya yang terkena batu.
“Padan muka!” Liyyan ketawa besar. Namun, dia tetap bangun dan berjalan ke arah Aariz yang sudah terduduk. Kesian.
“Benjol.” kata Aariz sambil menekan-nekan dahinya. Bukanlah sesakit mana kerana hanya batu kecil yang menyinggah di dahinya.
Liyyan masih ketawa. Dia melutut di hadapan Aariz dan dahinya ditiup perlahan. Dia usapnya perlahan dan kucup hangat. Rasa bersalah kerana telah menyakiti suaminya itu. Wajah yang sudah menyengih itu ditatap kemudiannya, geram pula rasa. Mengada!
“Tak sakit dah.” Laju Aariz memberi reaksi. Serta merta tersengih lebar. Pinggang Liyyan dipeluk. Pipi mulus itu terus dicium pantas.
“Menyampahlah dia ni!” Liyyan mencebik, kedua pipi itu ditepuk. Drama sungguh suaminya ini.
Giliran Aariz pula yang ketawa. Tempurung yang yang dijadikan gayung dicapai dari tangan Liyyan. Dia bingkas berdiri.
“You duduk, I mandikan you.” ujar Aariz memegang bahu Liyyan menyuruh duduk.
“I bukannya budak kecik.” Liyyan mencebik. Tetapi dia tetap duduk di atas batu di dalam air. Bersila seperti sedang melakukan yoga.
“Siapa cakap you budak kecik?” balas Aariz. Air sungai diceduk lalu dijirus ke atas kepala isterinya dengan perlahan.
Liyyan menayang muka menyampah. Matanya dipejam sambil meraup wajah hingga ke rambut panjangnya.
“Lepas ni you kena mandikan I hari-hari.” ujar Liyyan. Tersengih sendiri.
“Amboi, demand!” kata Aariz, tergelak.
“Apa salahnya ratukan isteri. Bak kata you, kutip pahala.” tutur Liyyan lagi. Terkekeh dia ketawa.
“Iyelah, sayang... patik menurut perintah. Patik akan mandikan tuanku setiap hari.” kata Aariz. Air sungai diceduk lagi dan jirus berulang kali. Rambut panjang isterinya terus disisir dengan jari.
“Macam tulah suami beta.”
Selesai mandi, mereka terus naik ke atas semula. Tubuh yang menggigil diselimut dengan tuala tebal. Siapa kata dia tak sejuk? Dia bukannya kulit cap gajah!
“Sampai pucat you main air.” Aariz geleng kepala. Tuala di bahu isterinya dibetulnya. Seolah mengurus anak kecil saja lagaknya.
“Air free jadi kita kena manfaat dengan baik.” tutur Liyyan. Bahu Aariz yang sudah berpaling ke depan ditepuk dari belakang.
YOU ARE READING
Ku Pilih Dia (✓)
Random- KEKASIH IMPIAN - Mencari seorang hero untuk seorang gadis bernama Liyyan Lashira yang keras kepala, tidak menyabar dan suka bertindak sendiri. Entah siapa yang mampu bertahan dengan gadis seperti itu. Namun, dia sering merasakan dia seorang yang...