🌻BAB 20🌻

3.7K 211 21
                                    


“HARI ni Liyyan pergi jumpa Datin Azita seorang ya, mama ada hal pula nak kena urus.” ujar Datin Leena sambil mengenakan perhiasan di tangannya. Si anak yang kusyuk mengadap kerja hanya dipandang sekilas cuma.

Cancel jela, mama... kan lebih senang. Liy pun banyak kerja nak kena siapkan ni.” balas Liyyan malas. Kepalanya sedikitpun tidak diangkat memandang Datin Leena yang berdiri di hadapannya.

“Mana boleh! Kamu kena pergi juga jumpa Datin Azita. Mama nak janji dengan dia yang kamu akan jumpa dia tengahari nanti.” Serta-merta suara Datin Leena berubah tegas. Tiada kelembutan yang dia lontarkan. Kornea mata kembali memandang tepat ke arah anaknya.

“Buang masa je semua ni. Liy bukan nak kahwin pun.” tutur Liyyan tenang. Dia benar-benar malas mahu keluar bersama dengan Datin Azita. Tiada kepentingan langsung.

“Apa kamu cakap? Tak nak kahwin?” Datin Leena berlabuh di hadapan Liyyan. Komputer riba yang menjadi tatapan anaknya terus dikatup. Pantang dia sedang bercakap, anaknya tidak memberi perhatian.

Liyyan terus memandang Datin Leena dengan wajah tegang. Komputer ribanya kembali dibuka. Dia mendengus perlahan.

“Ulang sekali lagi apa kamu cakap tadi?” soal Datin Leena tegas. Matanya sudah mencerlung tajam.

“Liy tak nak kahwin dan tak akan kahwin dengan si Danial tu. Liy tak pernah bagi apa-apa persetujuan untuk perkahwinan ni. Danial tu yang terlalu beria-ia. Dia nak kahwin dia punya pasallah tapi bukan dengan Liy.” Bertubi-tubi patah perkataan yang lahir dari mulut Liyyan. Hatinya sudah mulai menggelegak. Fikirannya penat kerana terus ditekan dan dipaksa. Dia bukannya robot untuk mengikut segala kemahuan orang-orang di sekelilingnya.

“Jangan harap! Ya atau tidak, kamu tetap akan berkahwin dengan Danial tepat pada tarikh yang dah ditetapkan. Jangan sesekali kamu nak malukan keluarga kita ni. Faham!” Datin Leena sudah melenting. Anaknya ini tidak boleh diberi muka sama sekali. Suka membantah kata-kata orang tua. Kuat melawan.

Liyyan menggeleng kepala sambil matanya memandang tepat ke wajah bengis Datin Leena. Sudahlah kepalanya mulai berdenyut sejak tadi kerana tak cukup tidur.

“Kalau mama nak teruskan juga, silakan tapi jadikan sebagai kenduri tahlil sebab Liy tetap dengan keputusan Liy. Yang akan berkahwin tu Liy, bukannya mama jadi mama tak ada hak untuk aturkan dengan siapa Liy nak kahwin. Ni soal masa depan Liy, mama.” tutur Liyyan cuba mengawal nada suaranya namun dia juga terpaksa bertegas dan berkeras. Dia tidak akan mengalah sama sekali.

“Kamu cabar mama?” Terkesima Datin Leena dengan kata-kata dari anaknya sendiri. Tidak disangka itu yang dituturkan dari anak yang dia lahirkan.

“Liy tak cabar tapi Liy bagitahu keputusan Liy. Liy dah besar, dah dewasa jadi biar Liy sendiri yang aturkan perjalanan hidup Liy ni macam mana atas kemahuan Liy sendiri. Biar Liy sendiri yang corakkan dan mama dah boleh berehat dari terus nak mencorakkan perjalanan kehidupan Liy. Kalau mama boleh corakkan jalan kehidupan mama sendiri tapi kenapa Liy tak boleh? Arwah nenek dulu tak pernah halang apa mama nak buat dan nak pergi mana. Tapi, kenapa anak mama ni mama tak boleh biarkan macam mana arwah nenek biarkan mama pilih jalan mama sendiri dulu?” ujar Liyyan panjang lebar. Hampir semput dibuatnya.

“Kamu jangan samakan kehidupan mama dengan kamu sebab zaman kita dah berbeza. Dulu dan sekarang dah tak sama. Mana kamu nak dapat lelaki sebaik Danial tu di zaman sekarang ni?” Pangkah Datin Leena. Membara hati tuanya dengan sikap anaknya yang kian menjadi-jadi dan keras kepala.

Tawa Liyyan meledak tika mendengar kata-kata Datin Leena. Lelaki sebaik Danial? Agaknya mama dah kena bomoh dengan Datin Azita tentang segala ‘kebaikan’ tentang diri Danial yang sebenar. Jauh panggang dari api. Ibarat macam langit dengan bumi. Dia sendiri gayat mahu membandingkan.

Ku Pilih Dia (✓)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang