🌻BAB 48🌻

5K 227 47
                                    

PELAN di tangan dipandang sekilas sambil memerhati ke arah kerja-kerja yang sedang dilakukan oleh tukang-tukang yang diupahnya. Dia berpuas hati dengan hasil kerja dari tangan-tangan itu yang kemas tanpa sedikitpun cacat cela yang kini sudah masuk ke fasa akhir.

Dari arah belakang, Aariz mendekati sekujur tubuh yang sedang berdiri tegak itu. Sedikitpun tidak berkalih ke belakang. Langsung tidak menyedari kepulangannya. Sepasang mata itu begitu fokus hanya ke hadapan.

“Sayang,” Aariz berbisik dari belakang lalu bibirnya dilabuh di pipi mulus itu sekilas.

“Hesy, abang ni... bila balik?” tanya Liyyan tidak lagi berwajah serius. Tangan Aariz terus dicapai dan dikucup. Pelan di tangan kembali digulung.

“Lima minit dah abang jadi pemerhati. Liy je ralit betul.” ujar Aariz sambil turut memandang ke hadapan. Bahu isterinya dipaut.

“Liy rasa Liy lebih sesuai jadi arkitek untuk treehouse daripada bangunan.” ujar Liyyan sambil memeluk pinggang Aariz dengan sebelah tangannya. Kini pondok di atas pokok belakang kediaman Dato Kamal pula yang menjadi mangsanya.

Aariz tergelak kecil.

“Kenapa?” tanya Aariz ingin tahu alasannya.

“Sebab setakat ni dah dua buah treehouse yang Liy buat. Satu di kampung, satu di sini. Tapi kat sini lagi besar dari kat rumah parents abang sebab kat sana secara random je Liy reka.” kata Liyyan lalu tertawa sendiri. Habis sudah dua batang pokok bucida kesayangan Dato Kamal dia bina pondok di atasnya.

“Berapa orang boleh naik atas tu dalam satu masa?”

“Kalau 20 orang naik pun tak runtuhlah sebab kukuh. Kat atas tu boleh juga kalau nak buat mini ofis ke sambil-sambil tengok langit waktu malam. Beranda atas tu Liy akan letak meja kayu. Kalau waktu petang sikit, best sebab berangin sambil minum teh panas. Akan nampak bukit kat sebelah sana tu. Akan jadi romantik bila waktu malam, sebab Liy dah plan macam mana nak deko lampu-lampu kat atas tu nanti.” jelas Liyyan serba ringkas tentang perancangan.

“Wah, menarik! Tapi sejak bila kesayangan abang ni romantik?” ujar Aariz lalu menoleh ke arah isterinya.

“Liy memang romantiklah, abang je yang tak tahu.” cebik Liyyan seraya melangkah ke arah gazebo. Melepaskan lelahnya yang sedikit di situ.

Berdekah Aariz ketawa sambil membuntuti langkah Liyyan. Lalu, duduk bersebelahan isterinya itu.

“Hari ni Nuwaira tu tak datanglah.” ujar Liyyan. Tiba-tiba teringat pula dia pada bodyguard muslimahnya itu.

“Oh, terlupa pula abang nak beritahu Liy. Nuwaira dah tak jadi bodyguard Liy lagi.” beritahu Aariz.

“Kenapa?” tanya Liyyan berkerut wajah.

“Sebab semua orang-orang Ithar yang dia bersubahat dah kena tangkap. Jadi Nuwaira pun dah selesai tugas dia kat rumah ni. Tapi masih ada lagi orang-orang baba yang perhatikan dari jauh. Takut kalau masih ada yang kita tak perasan kan.” jelas Aariz sedikit sebanyak.

Liyyan mengangguk faham.

“Tapi comellah Nuwaira tu. Berkenan pula tengok dia.” tutur Liyyan sambil mengimbas semula sepanjang gadis itu berada di rumah ini. Sentiasa serius dan menjawab bila hanya perlu sahaja.

“Hah, berkenan?” Aariz memandang Liyyan. Biar betul isterinya ini?

Liyyan terus menjeling tajam. Duduknya terus menghadap Aariz. Jari telunjuk terus diangkat, memberi amaran. Dia memicing wajah itu dalam-dalam.

“Jangan salah tafsir eh! Liy berkenan untuk Khairan, kalau boleh nak dijadikan adik ipar. Bukannya untuk abang. Jangan nak menggatal sangat.”

Jari telunjuk Liyyan terus Aariz katup ke dalam genggaman itu semula lalu digenggam tangan isterinya. Jikalau dulu ada batas tetapi tidak sekarang.

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now