🌻BAB 27🌻

3.2K 217 31
                                    


“LEPAS ni hasil lakaran awak akan terwujud. Awak boleh tengok dan berbangga, itulah design yang awak lukis dengan tangan awak sendiri.” ujar Syahiran sambil matanya memandang ke tapak binaan yang sudah memulakan projek. Liyyan yang berdiri di sebelahnya dipandang.

Bibir Liyyan mengukir senyuman. Walaupun projek masih baru dimulakan, tetapi hatinya terasa berdebar. Sangat berbeza dari hasil kerjanya sebelum ini. Mungkin kali ini kliennya adalah dari syarikat berpengaruh dan hebat kerana itu rasa itu sedikit berbeza. Terselit sedikit rasa bangga kerana designnya menjadi pilihan.

“Saya sangat berharap semua ni berjalan dengan lancar dan tiada sebarang masalah. Design yang dilakar sama persis seperti dalam pelan. Tiada cacat cela. Tiada kekurangan.” ucap Liyyan, penuh pengharapan.

“Jangan risau. Kontraktor sangat teliti dengan apa yang Bumi Hijau mahukan. Kita berdua akan terus memantau sehingga projek ni siap sepenuhnya nanti.” balas Syahiran seraya berjalan ke kereta.

Liyyan turut membuntuti langkah Syahiran ke kereta lelaki itu. Belakang leher yang berpeluh dilap sebaik saja memasuki ke dalam perut kereta. Terasa sedikit nyaman setelah berpanas di luar.

“Awak lapar tak?” tanya Syahiran sambil menghidupkan enjin.

“Mestilah, dah tengahari kut.” jawab Liyyan bersahaja. Siapa yang tidak lapar setelah berkeringat di bawah terik matahari sehingga angka tepat tunjuk pukul 1.

Jawapan bersahaja mengundang tawa kecil Syahiran. Gadis itu sentiasa berterus-terang. Sentiasa jujur tika menjawab.

“Okey, saya nak bawa awak makan di tempat yang special. Makanan kat situ memang the best.” ujar Syahiran memulakan pemanduan keluar dari tapak binaan itu.

“Wah! Tak sabar pula nak rasa.” ujar Liyyan lalu mengusap perut yang sudah berbunyi. Lapar amat.

Syahiran tersenyum kecil.

“Saya yakin awak pasti suka. Awak ada pantang larang tak kalau nak makan?” tanya Syahiran ingin tahu. Masih mahu mengorek identiti gadis itu.

“Tak ada. Semua makanan saya makan asalkan halal dan kena dengan selera saya. Tapi saya juga suka mencuba makanan yang aneh-aneh.”

“Aneh-aneh? Macam mana tu?” Dahi Syahiran berkerut. Liyyan dikerling dengan hujung mata.

Maybe ulat sagu goreng tepung.”

“Ops! Saya rasa geli tekak.” Syahiran mulai rasa mual. Malahan, wajahnya lebih banyak berkerut.

Tawa Liyyan meledak. Wajah lelaki itu menggelikan hatinya.

“Awak kena try. Sedap tau.”

Stop it, Liyyan... jangan sebut. Kejap lagi saya nak makan pasta.” Syahiran menggeleng kepala berkali-kali. Bawah lehernya diurut perlahan.

Terkekeh Liyyan ketawa.

“Awak pernah makan ke ulat tu?” tanya Syahiran penasaran.

“Taklah, lagipun ianya tidak halal kan untuk orang Islam.”

Syahiran mengangguk. Setelah hampir setengah jam, mereka tiba di restoran mewah. Terpegun seketika Liyyan jadinya. Dirasakan tidak sesuai pula untuk mereka yang baru pulang dari tapak binaan.

“Awak nak makan kat sini ke?” tanya Liyyan ingin kepastian. Ragu-ragu pula jadinya.

“Ya, untuk seseorang yang istimewa macam awak.” ungkap Syahira seraya keluar dari kereta. Pintu sebelah Liyyan dibuka.

Liyyan terkebil-kebil memandang Syahiran. Dirasakan lain pula perasaannya saat ini.

“Silakan Liyyan Lashira.” seru Syahiran dengan nada romantis.

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now