🌻BAB 25🌻

3.4K 212 36
                                    


TUBUHNYA dibuat sedikit regangan sebaik saja bangun dari tidur. Langsir blackout ditolak ke tepi, membenarkan cahaya menembusi ruang kamar. Pintu jendela turut dibuka dan ditolak ke luar. Terasa sedikit dingin terkena sapaan bayu pagi.

Derap kakinya dibawa ke luar bilik. Sepi saja rumah banglo keluarga Aariz itu. Maklum sajalah, adik-beradik sahabatnya itu turut merantau di kota maka tinggal saja Puan Salima dan Encik Syakur.

“Selamat pagi, ummi.” ucap Liyyan bersama senyuman. Tubuh separa baya yang sedang sibuk itu dihampiri. Dia menjenguk ke dalam singki sekilas. Puan Salima sedang membersihkan ikan bilis.

“Selamat pagi, Liyyan. Macam mana tidur? Lena?” tanya Puan Salima menoleh sekilas. Tersenyum melihat cucu Nek Melati. Jiran keluarga suaminya di sini.

“Lena sangat, ummi. Rasa nak sambung tidur lagi.” ujar Liyyan lalu tersengih, tahu ianya tidak sopan. Tetapi, sikap Puan Salima yang lembut membuatkan dia rasa selesa dan senang. Malahan, wanita itu juga yang menenangkan dirinya ketika arwah Nek Melati dijemput Ilahi. Sehingga kini sikap wanita itu masih sama.

Puan Salima tertawa kecil. Tangan Liyyan di tepi singki dicapai dan ditepuk perlahan. Wajah gadis itu dipandang.

“Kamu ni kuat sangat bekerja. Tak berhenti ummi tengok kamu buat kerja siang malam. Siang tolong ummi dengan bapak, malam pula buat kerja kamu. Tak penat ke?” tanya Puan Salima prihatin. Kadangkala hati tuanya berasa belas melihat kerja keras gadis itu seperti tiada hari cuti untuknya. Entah apa yang dikejarkan.

“Tak adalah, ummi. Liy dah biasa kerja hari-hari. Macam inilah Liy kat bandar pun, sama je. Lagipun bila lagi Liy nak tolong ummi dengan bapak kan, sebab Liy sangat-sangat jarang balik sini sejak arwah tak ada.” ujar Liyyan sambil membalas genggaman itu. Bibirnya mengukir senyuman nipis.

“Kamu ni ummi dah anggap macam anak kandung ummi sendiri, sama baya je dengan Aariz tu. Masa kamu kecil-kecil dulu kalau arwah Nek Melati tak ada, ummi yang jaga kamu. Jadi jangan segan silu kalau nak balik sini. Rumah ni sentiasa terbuka untuk kamu. Balik je bila-bila masa yang kamu suka. Lagipun ummi risau juga kamu tidur kat rumah arwah tu sorang-sorang. Bahaya. Kamu tu perempuan.” ujar Puan Salima. Kerjanya kembali diteruskan. Tergendala pula kerana leka berbual.

“Liy pun takut tidur sana, sebab tu Liy datang sini.” kata Liyyan lalu ketawa sendiri. Gerun juga ketika dia singgah dua hari lalu kerana rumah arwah neneknya itu sudah lama tidak didiami.

Puan Salima turut ketawa. Memahami apa yang dimaksudkan anak gadis itu. Biasalah, rumah yang sudah lama ditinggalkan. Sudah lebih sepuluh tahun.

“Ummi nak masak apa ni?” tanya Liyyan. Rambut panjangnya terus disanggul tinggi lalu tangan dicuci bersih.

“Nak masak nasi lemak tapi nak buat sambal dulu. Malam nanti nak hantar ke surau, ada bacaan yassin.”

“Oh. Kalau macam tu, Liy tolong ummi. Boleh Liy belajar masak dengan ummi sekali kan.” Bersemangat Liyyan meminta. Sudah lama niatnya mahu belajar masak tetapi tiada guru yang tepat untuk dituju. Mahu belajar dari Dewi dirasanya tak mungkin. Itu ‘orang suruhan’ baba.

“Boleh sangat-sangat. Anak ummi ni kan tak lama nak jadi isteri orang dah.” ujar Puan Salima berbesar hati. Rasa sedikit terharu dengan permintaan Liyyan.

Sekadar senyuman nipis yang Liyyan hadiahkan. Tiada niat mahu mengiakan kata-kata itu kerana dia juga tidak tahu apa yang akan berlaku nanti. Adakah keluarganya masih mahu memaksanya?

“Apa yang perlu Liy buat ni?” tanya Liyyan pantas. Tidak mahu topik itu menjadi bahan perbualan mereka.

“Kupas bawang besar, lepas tu gunting cili kering. Nanti cili kering tu nak buat sambal tumis ikan bilis.”

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now