“CIK LIYYAN, Dato panggil turun makan bersama.” beritahu Dewi yang hanya menurut perintah.
“Saya ada kerja nak buat.” ujar Liyyan tanpa mendongak kepala memandang Dewi. Kerjanya lebih penting.
“Baiklah.” patuh Dewi seraya berlalu turun ke dapur semula.
Tidak sampai tiga minit, kelibat Dewi kembali menyapa. Kali ini Liyyan mengangkat kepala dan memandang. Hairan.
“Ada apa lagi?” tanya Liyyan ingin tahu. Tumpuannya mulai terganggu.
“Dato suruh turun makan bersama juga. Dato suruh cik tinggalkan kerja sementara waktu kerana ada perkara yang mahu Dato sampaikan pada cik.” Dewi memberitahu dengan agak jelas tentang tujuan asal.
“Time makan pun nak bincang ke?” gumam Liyyan garu kepala. Fikirannya mulai melayang, berfikir. Aneh rasanya. Ajak makan malam bersama berselit dengan makna tersirat.
“Cik Liyyan,” panggil Dewi masih belum berganjak.
“Nanti saya turun.” jawab Liyyan. Malas mahu melayan.
“Cik harus turun sekarang.” balas Dewi lagi.
“Harus kan? Jadi sekejap lagi pun boleh turunlah.” ujar Liyyan tanpa rasa bersalah. Perkara apa sangat yang hendak dibincangkan jikalau bukan pertunangannya. Dia sudah lali dengan arahan itu kebelakangan ini.
“Wajib.” kata Dewi sepatah sambil memandang Liyyan.
Liyyan terus mendengus. Wajah Dewi direnung dengan silangan tangan ke dada. Tak puas hati betul dia dengan si Dewi ini. Main wajib sunat harus pula.
“Awak ni maid ke bodyguard?”
“Saya hanya menurut perintah Dato, cik.”
“Awak kerja dalam rumah ni jadi awak kena ikut arahan saya jugalah. Bukan Dato je yang awak kena ikut.” balas Liyyan lagi. Tak faham betul dia dengan fungsi si Dewi. Pembantu rumah tapi tak nampak gaya macam itu pun.
“Tapi Dato yang bayarkan gaji saya jadi saya tetap kena ikut perintah Dato sama Datin.” ujar Dewi lagi. Menyatakan fungsinya.
Liyyan melongo mendengar jawapan Dewi. Amboi! Bukan main jawapan dia. Dasar derhaka pada Puteri Liyyan! Eh, sejak bila pula kau Puteri Liyyan? Liyyan je!
“Dah, pergi turun.” Liyyan terus mengusir. Terasa buang masa saja melayan Dewi yang degil.
“Kita harus turun bersama.”
Liyyan rasa macam nak hentak kepala ke dinding. Kenapa dengan Dewi orang suruhan baba ni?
“Pandai-pandailah saya turun sendiri. Pergi turun sekarang!” Suara Liyyan terus melengking. Hilang sabarnya dengan sikap Dewi.
“Ba... baik, cik.” Tergagap-gagap Dewi menjawab seraya terkocoh-kocoh beredar dari ruangan tamu atas itu.
“Buat naik darah aku je!” Liyyan mendengus seraya bangun dari duduk. Perut yang tadinya kenyang serta merta bertukar lapar. Mahu membaham agaknya.
Dengan langkah terpaksa, Liyyan mengambil duduk bersebelahan Kasyaf, berhadapan dengan Datin Leena dan Khairan. Jarang adakan makan malam bersama keluarga kecuali jikalau ada perkara penting sahaja ia akan dilakukan.
“Panggil sekali tak turun. Kena panggil berkali-kali.” Suara Dato Kamal memecah kesunyian di meja makan itu.
“Liy buat kerja.” ujar Liyyan senada. Garpu serta sudu terus dicapai. Perutnya lapar.
Begitu juga ahli keluarga yang lain mulai menikmati makan malam itu dalam keadaan tenang dan senyap. Tiada suara yang berbunyi mahupun berbual. Seakan sedang makan bersama tuan VVIP yang perlu menjaga aib dan tingkah laku.
![](https://img.wattpad.com/cover/284810434-288-k54271.jpg)
YOU ARE READING
Ku Pilih Dia (✓)
Random- KEKASIH IMPIAN - Mencari seorang hero untuk seorang gadis bernama Liyyan Lashira yang keras kepala, tidak menyabar dan suka bertindak sendiri. Entah siapa yang mampu bertahan dengan gadis seperti itu. Namun, dia sering merasakan dia seorang yang...