🌻BAB 28🌻

3.6K 253 81
                                    


UNTUK kali terakhir, penampilannya di hadapan cermin ditilik. Dia hanya bergaya ringkas dengan mengenakan kebaya moden rona light blue. Rambut panjangnya lebih selesa disanggulkan. Seutas rantai emas putih dikenakan ke leher. Tidak mahu terlalu nampak ianya kosong tanpa perhiasan. Wajahnya turut dihiasi dengan solekan ringkas. Waktu malam tiada siapa yang tengok, bukan.

Setelah berpuas hati, beg tangan dicapai. Jam tangan disarung seraya menapak keluar dari kamar. Kakinya dibawa turun ke bawah. Sorotan sepasang mata yang pertama menyinggah di hadapannya. Memerhati dirinya.

“Kamu nak ke mana?” tanya Datin Leena yang sedang elok bersantai di hadapan tv bersama Dato Kamal dan Leyla, anak kesayangan mereka yang baru pulang dari luar negara.

“Keluar.” jawab Liyyan ringkas.

“Dengan siapa?” tanya Datin Leena lagi. Tak puas hati dengan jawapan anaknya.

“Aariz.” jawab Liyyan. Langkah diteruskan ke pintu. Silauan dari pagar menikam kornea matanya. Tanpa membuang masa, dia terus menghampiri kereta yang sudah berada di laman.

Sebaik saja turun dari kereta, Aariz terus menonong ke pintu rumah. Tapi, sepantas kilat Liyyan menahan. Pelik.

You nak ke mana?” Liyyan menghalang jalan Aariz.

“Jumpa mama baba you lah. Minta izin nak bawa you keluar.” ujar Aariz terus geleng kepala. Apa jenis soalan Liyyan tanya.

“Tak payahlah. Buang masa.” Liyyan terus menarik lengan Aariz.

“Kena, Liy. You anak dara orang.” tutur Aariz sedikit tegas. Tangan Liyyan dirungkai perlahan seraya menapak ke pintu dan memberi salam.

Liyyan mengeluh perlahan. Tubuhnya terus dipeluk sambil matanya memandang Aariz yang sedang berbual dengan mama di jenang pintu. Tampak Datin Leena seperti berkata sesuatu dan Aariz pula mengangguk beberapa kali sebelum lelaki itu tunduk menyalami tangan wanita separa baya itu.

“Aariz, cepat sikit boleh tak!” gesa Liyyan dengan dengusan. Dia tidak suka menunggu terlalu lama.

“Saya minta diri dulu, aunty.” ucap Aariz terus berpamitan. Geram dengan gesaan Liyyan yang tidak reti menyabar.

“Jaga Liyyan baik-baik.” Datin Leena memesan. Wajah ketat anaknya jauh di kereta dipandang.

“InsyaAllah.” Aariz senyum dan berlalu. Sempat renungan tajam dihadiahkan kepada Liyyan. Telinga Liyyan ditarik.

“Jom masuk kereta.”

You ni dah kenapa tarik telinga I?” getus Liyyan sambil mengusap telinganya. Pintu kereta Aariz dihempas sekuat hati.

“Tak menyabar.” ujar Aariz sambil memandu keluar dari laman rumah banglo itu.

Liyyan menjeling tajam. Tangannya kembali memeluk tubuh. Dalam samar cahaya yang terbias dari lampu jalan, dia memandang Aariz yang sedang memandu.

You tu yang berlagak baik depan keluarga I. Minta izin bagai.” Liyyan berkata sinis. Dah buang tebiat agaknya Aariz ni. Sudahlah mengajaknya keluar pergi majlis kahwin orang. Adelia tidak pula diajaknya. Alasan, Adelia sibuk. Dah tu, dia tak sibuk ke?

“Hello, cakap tu baik-baik sikit. I sangat jarang ajak you keluar waktu malam tau. Mestilah kena minta izin sebab I nak mama you tahu you keluar dengan siapa. At least mama you percayakan I dan berharap.” Dengan pantas Aariz menepis dakwaan Liyyan. Sesedap rasa saja mengatakan dia berpura-pura.

“Baguslah mama percayakan you.” kata Liyyan. Tidak tahu mengapa dia terasa hati. Kerana mama atau Aariz?

“Kenapa? You rasa mama you tak percayakan you ke?” Aariz menyoal.

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now