🌻SPECIAL PART 1🌻

4.2K 189 30
                                    

DENGAN derap kaki yang perlahan-lahan dan penuh berhati-hati, Aariz menghampiri sekujur tubuh yang sedang hanyut dibuai mimpi di atas sofa malas di balkoni. Tersenyum sendiri dia melihat wajah polos yang turut lena di atas dada isterinya itu. Lantas, dia bertinggung dan mengusap pipi gebu si kecil.

“Ni siapa yang tidurkan siapa? Mommy yang tidurkan Aydan ke Aydan yang tidurkan mommy?” gumam Aariz amat perlahan, lalu tergelak sendiri. Gusar menyedarkan Liyyan dari lena.

Dia kembali berdiri. Ubun-ubun si isteri dikucup perlahan dan menatap wajah itu seketika. Jelas ketara wajah itu kepenatan. Inilah pengorbanan seorang isteri setelah bergelar seorang ibu kepada anaknya yang kini sudah berusia tujuh bulan.

“Terima kasih, sayang.” bisik Aariz perlahan bersama sekali lagi kucupan. Namun, sedikitpun tidak menganggu lena diri itu.

Dengan gerakan yang berhati-hati, tangan Liyyan dialih dari terus memeluk si anak. Lalu, tubuh anak kecil itu diangkat dengan perlahan ke dalam dukungannya. Sedikit merengek Aydan dibuatnya. Mungkin kerana lenanya yang terganggu. Pantas Aariz menenangkan kembali seraya melangkah masuk ke dalam bilik.

Setelah meletak Aydan yang kembali pulas ke dalam baby cot, Aariz kembali ke balkoni. Giliran isterinya pula yang perlu diberikan perhatian. Punggungnya dilabuh di birai sofa malas. Tangan mula menyentuh pipi mulus itu dan mengelusnya.

Tak terbalas segala pengorbanan isterinya ini sepanjang tiga tahun perkahwinan mereka. Siapa sangka wanita yang dulunya begitu keras kini sudah berubah menjadi seorang ibu yang sangat penyayang. Betapa luhurnya hati seorang wanita. Kasih sayang dan cinta yang dicurahkan tidak pernah palsu.

“Sayang...” Aariz mulai menyeru. Tidak boleh membiarkan isterinya terus dibuai lena sementelah waktu sudah semakin berganjak ke senja.

Badannya sedikit dibongkok dan berbisik dekat di telinga isterinya pula.

“Sayang... bangun,”

“Hmm... ya, sayang.” sahut Liyyan dengan mata terpejam. Kedua belah tangannya mula melingkari pinggang Aariz dan memeluknya erat. Pipi turut dilekatkan ke dada bidang itu. Mendengar ritma dengupan sang suami. 

“Eh, tak tidur ke?” Terperanjat Aariz dengan balasan Liyyan yang bersahaja. Dia terus membangunkan diri bersama Liyyan yang masih erat memeluknya. Kepala isterinya diusap-usap. Sempat ubun-ubun Liyyan dikucupnya lagi, sedikit lama.

“Orang tidur tapi terjaga masa abang ambil Aydan tadi.” Liyyan membalas dengan suara seraknya. Matanya masih berat mahu dibuka. Masih mahu melayan kantuk yang beraja.

Sorry, abang dah buat Liy terjaga.” ucap Aariz serba salah. Wajah yang terlindung di sebalik dadanya dijenguk sedikit.

“Tak apa, sayang... dah nak maghrib ni. Liy tak sedar bila masa Liy lena tadi.”

“Abang faham Liy penat. Dah, jom masuk dalam.” Pantas Aariz mengajak. Cukup memahami dengan keadaan isterinya sekarang.

“Asyik Aydan je kena dukung dengan daddy, mommy pun nak juga.” tutur Liyyan bernada manja. Leher suaminya terus dirangkul erat dan kemas. Bibirnya menguntum senyuman nakal.

Ketawa Aariz mendengar. Tanpa buang masa, tubuh Liyyan dicempung dan dibawa masuk ke dalam bilik.

“Bukan daddy Aydan yang tak nak dukung mommy Aydan tapi mommy Aydan yang tak nak. Selalu jual mahal.”

“Mana ada. Liy jual murah je.” Liyyan tersengih seraya mencelikkan mata, menatap wajah Aariz.

“Ye ke jual murah?” Aariz mencebik. Tubuh Liyyan diletak ke atas katil. Kedua belah tangan ditongkat ke atasnya sambil matanya terus menatap wajah mulus itu. Sedikit beriak nakal senyumannya. Kening dijungkit.

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now