🌻BAB 31🌻

3.5K 210 20
                                    


“MAAF, saya tak dapat hadir ke majlis awak tempoh hari. Saya ada kerja kat Jepun.” ucap Syahiran sebaik saja perbincangan mereka selesai. Wajah wanita yang telah sah menjadi milik orang lain itu ditatap seketika sebelum dia melarikan pandangan. Liur ditelan. Terasa kecewa yang menikam.

“Tak apa, saya faham. Biasalah tu, kerja kan.” balas Liyyan, tidak selesa. Tingkah laku lelaki itu agak jelas di matanya. Hanya senyuman tawar yang mampu diukir.

“Betul, tak dapat dielakkan.” Syahiran ketawa janggal. Menutupi rasa hatinya yang agak jelas ketara.

“Err, saya nak minta maaf sebab rahsiakan identiti saya.” ucap Liyyan, tertunduk sedikit. Terasa bersalah dengan rahsianya.

“Maksud awak?” tanya Syahiran inginkan penjelasan lanjut.

“Sebenarnya saya ni anak Dato Kamal.” beritahu Liyyan dengan debaran. Bibirnya gigit, resah.

Syahiran tertawa kecil.

“Saya tahu.”

“Hah?” Liyyan terkedu. Terpaku dia memandang Syahiran.

“Daddy saya pun tahu siapa awak.” tutur Syahiran. Dari awal lagi dia sudah mengenali siapa wanita itu. Ditambah lagi dengan gerak geri dengan sering tampak resah dan terjaga.

“Oh... saya minta maaf sangat, saya dah menipu.” ucap Liyyan lagi. Makin terasa rasa bersalahnya itu.

“Awak bukan menipu, cuma awak rahsiakan je. Mungkin awak tak nak kami tahu siapa awak yang sebenar. Lagi pula awak arkitek bebas yang tak terikat dengan syarikat keluarga awak. Sejujurnya pada mula tu kami ragu-ragu juga tapi pelan awak lebih menarik perhatian kami sebab ianya unik. Jadi dari situ kami rasa awak tak ada niat lain selain nak memajukan karier awak sendiri.” jelas Syahiran tenang.

Terdiam Liyyan mendengar. Bibirnya mulai tersenyum nipis. Di luar dugaannya.

“Awak jangan risau, kami pun tak ada niat jahat. Tentang sejarah antara Bumi Hijau dengan LK Impian Group tu kita tolak ke tepilah. Persaingan yang tak sihat tu tak membawa makna apa-apa jadi lebih baik kita abaikan saja. Mana tahu lepas ni Bumi Hijau dengan LK Impian Group boleh berbaik semula seperti di awal pertubuhan dulu kan.” Syahiran menyambung kata.

“Mungkin juga, saya pun harap macam tu.” Liyyan mengangguk. Itu juga harapannya. Tiada permusuhan antara mereka.

“Kerjasama kita pun akan berakhir tak lama lagi. Saya nak ucapkan terima kasih sebab awak percayakan Bumi Hijau dan berani berhadapan dengan seteru keluarga awak.” kata Syahiran dengan senyuman.

“Saya pun nak ucap terima kasih kerana memberikan saya peluang.” ucap Liyyan ikhlas. Dia terharu dengan layanan Bumi Hijau yang begitu baik dengannya. Begitu juga Tan Sri Zawawi.

“Peluang yang begitu layak untuk awak dapat.” puji Syahiran juga ikhlas. Bukan kerana dia menyukai wanita itu dia memuji tetapi sememangnya Liyyan layak mendapat pujian.

“Terima kasih sekali lagi.”

Syahiran mengangguk.

“Sama-sama.”

“Saya minta diri dulu.” pamit Liyyan seraya bangun dari duduknya. Beg digalas.

“Saya hantar awak turun.” pelawa Syahiran. Dia turut bangkit dan membetulkan kotnya.

“Tak apa, saya boleh turun sendiri.” Liyyan menolak sopan. Tidak selesa dengan layanan lelaki itu. Lagi pula status dirinya yang sudahpun bergelar isteri orang.

“Tak apa, awak kan tetamu.” Syahiran berdegil. Pintu terus dibuka.

“Untuk kali terakhir.” tutur Liyyan dengan senyuman sebelum dia mengayun langkah keluar dari bilik itu.

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now