🌻BAB - 19🌻

3.1K 201 34
                                    

LARIAN yang sudah hampir setengah jam dilakukan mulai perlahan. Derap kakinya menghampiri bangku yang kosong berhadapan dengan tasik. Keluhan berat dilepaskan sebaik saja dia berlabuh. Seketika kornea matanya dijamu dengan ketenangan air tasik.

Suasana pagi itu amat mendamaikan mindanya. Benar-benar membuatkan dia bertenaga, sekaligus menenangkan fikirannya yang begitu padat sejak kebelakangan ini. Mana tidaknya, pelbagai tekanan yang terpaksa dia hadapi. Dihentam bertubi-tubi tanpa henti.

Danial Rafai. Sebaris nama yang benar-benar membuatkan ketenangannya berkocak. Dia tidak pernah menyangka kedua ibu bapa mereka rupanya berteman baik. Malahan, tanpa dia duga sama sekali mereka dijodohkan sedangkan tanpa pengetahuan sesiapa episod kisah mereka sudah lama berakhir. Sudah lebih lapan tahun.

Itulah pertemuan semula mereka setelah beberapa tahun ketika makan malam secara rasmi di rumah keluarganya untuk sesi perkenalan beberapa bulan lalu. Kejutan malam itu membuatkan hatinya berubah keras dan sinis sedangkan sebelum itu tiada sedikitpun rasa dendam di hatinya terhadap Danial. Namun, entah mengapa hatinya terasa begitu sakit.

“Saya sayang awak tau, Liy... hanya awak seorang di hati saya. Tiada yang kedua, tiada yang ketiga mahupun yang keempat. Hanya awak seorang.”

Kata-kata Danial beberapa tahun kembali terngiang-ngiang. Dia senyum sendiri. Sinis. Terasa lucu dengan ucapan manis dari jejaka yang pernah mendapat tempat di hatinya. Dia sangat sayangkan Danial, tetapi itu semua dulu sebelum lelaki itu membuat ulah.

. . .

“Mana ada saya curang. Awak salah orang kut. Pelanduk dua serupa tu. Masa kejadian yang awak tengok tu, saya ada study group dengan kawan-kawan saya.”

“Oh ya? Habis tu tahi lalat di dagu awak tu pun satu contengan ke?” tanya Liyyan cuba merasionalkan emosinya. Dia tidak mahu marah ataupun melenting.

“Eh? Lelaki yang awak tengok tu ada tanda macam saya ni ke? Menarik!” ujar Danial tanpa sebarang riak bersalah. Malahan, tertawa dengan bicaranya sendiri. Mungkin dia berasa lucu.

“Oh, terlupa pula saya. Maker pen berlambak kat kedai jadi bila-bila pun boleh beli kan.” Liyyan menyindir lalu memeluk tubuh. Beberapa orang pelajar yang sedang memandang aneh ke arah mereka sedikitpun tidak mampu menenangkan keadaan.

“Liyyan, saya tak curang. Sungguh!” Danial mengangkat tangan seperti berikrar. Sementara sebelah lagi cuba mencapai tangan Liyyan namun terlebih dulu gadis itu melarikan tangannya ke belakang.

“Tak payahlah nak yakinkan saya lagi, Danial. Kata-kata awak sangat bercanggah dengan apa yang awak dah buat di belakang saya. Kalau orang lain mungkin awak boleh tipu tapi bukan saya.” tutur Liyyan. Telefon pintarnya terus dikeluarkan dari kocek dan jarinya menggeser skrin.

“Awak dah tak sayang saya ke? Saya sayang awak tau. Mustahil saya curang. Saya berani bersumpah.” Danial masih cuba menyakinkan gadis itu.

‘You have a new massage.’ Nada suara yang digunakan Danial terus menyedarkan lelaki itu dari terus merayu buat seketika. Telefon pintarnya dibuka. Melihat mesej yang dikirim membuatkan dia telan liur.

“Awak nak nafikan apa lagi?” tanya Liyyan ingin mendengar jawapan Danial. Kejujuran yang dicari.

“Mana awak dapat semua gambar ni?” tanya Danial hampir tergagap. Wajah Liyyan dipandang minta jawapan.

“Tak perlu awak tahu tapi tu awak kan.” Liyyan masih menuntut sebuah kebenaran.

“Okey, ya... saya mengaku ni saya. Tapi kami hanya kawan sekelas. Kami keluar sebab ada study group.” Danial masih mereka jawapan. Senyuman yakin dihadiahkan.

Ku Pilih Dia (✓)Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang