SETIBA di kampung, kelibat kedua orang tuanya terus dicari. Pada waktu petang begini sudah tahu benar di mana dia harus mencari jikalau bukan di ladang belakang rumah. Dari jauh kornea matanya sudah ternampak kelibat Puan Salima yang sedang memberi makan kepada itik-itik di dalam reban.
“Ummi!” Aariz terus menyergah dari belakang.
“Astaghfirullah, budak bertuah ni!” Puan Salima terus mengurut dada. Bahu anaknya terus dipukul, geram. Hampir terlepas bekas makanan yang dipegangnya.
“Anak bertuah ummi balik.” Aariz berkata sambil tersengih, lantas terus mencapai tangan tua itu dan mengucupnya. Lalu tubuh ummi pula dipeluk erat-erat bagi melepaskan rindu. Rindu sungguh dia pada syurganya ini.
“Ya Allah, budak ni! Geram ummi tau. Kenapa balik tak bagitahu? Kelmarin cakap nak settle hal kerja dulu, tak boleh balik minggu ni.” tanya Puan Salima lalu berdecit kecil. Masih berasa geram dengan karenah anaknya ini. Suka sungguh membuat hatinya terkejut. Anak, anak.
“Saja, nak surprise kan ummi.” Aariz tersengih lagi sambil memaut kedua belah tangan umminya itu. Dia genggam kemas.
Puan Salima hanya mampu menggelengkan kepala. Bahu anaknya ditepuk lagi. Gembira hati tuanya tidak terkata dengan kepulangan anaknya setelah beberapa bulan tidak pulang ke kampung.
“Kalau ummi tahu kamu nak balik, ummi dah masak sedap-sedap untuk kamu. Tapi hari ni ummi masak lauk ringkas ajelah.” tutur Puan Salima.
“Sebab tulah Riz tak bagitahu ummi yang Riz nak balik. Ummi masaklah apa pun, Riz makan je. Riz takkan tolak punyalah masakan ummi.” kata Aariz. Perkara itu yang dia sedikit tidak berkenan. Dia tidak mahu menyusahkan ummi yang kian dimamah usia yang sering berbuat demikian setiap kali dia pulang.
“Apa salahnya, bukannya selalu pun... bukannya hari-hari kamu makan masakan ummi. Beberapa bulan sekali aje.” Puan Salima sudah mulai mengomel.
“Yelah, ummi. Bapak mana, ummi?” tanya Aariz. Lehernya dipanjangkan mencari kelibat bapanya pula. Belum melintasi di ruang matanya.
“Ada kat kebun tu tengah petik cili. Pergilah. Latipah pun ada.” beritahu Puan Salima sambil menunjuk ke ladang.
“Aik, Latipah pun ada. Dia tak reti-reti nak balik rumah dia ke, ummi?” tanya Aariz sudah mulai ternampak kelibat bapak dan Latipah dari jauh. Sudah seperti bos dan pekerja lagaknya.
“Hesy, kamu ni... biarlah dia. Yang kamu ni sakit hati dengan dia dah kenapa?” Puan Salima menggeleng kepala. Ada saja yang mahu digaduhkan Aariz dengan Latipah. Sering saja bertelingkah.
“Saja. Okeylah, Riz ke situ kejap.” Derap kaki Aariz terus dibawa ke ladang yang diusahakan oleh bapak bagi menanam sayur-sayuran. Untuk hilangkan bosan kata bapak dengan ummi.
Tatkala semakin hampir, kelibat Latipah juga semakin jelas di pandangannya. Bibirnya tergaris dengan senyuman. Geli hati melihat Latipah yang sedang mengerjakan kerja di ladang. Sebaliknya, derap langkah kaki dibawa ke arah Encik Syakur. Bapaknya harus ditegur terlebih dahulu.
“Bapak! Bapak! Oh, Bapak!” Aariz terus berlari ke arah Encik Syakur sambil melaung girang dan melompat-lompat. Tidak ubah seperti kanak-kanak yang gembira bertemu bapanya.
Encik Syakur yang leka memetik cili terus terperanjat. Kaget dengan laungan anaknya. Seketika kemudian tubuhnya terus dipeluk kuat oleh Aariz. Seketika.
“Kamu ni dah kena kejutan budaya ke? Bapak! Bapak!” tegur Encik Syakur sambil membetulkan cermin matanya. Sampai senget dirempuh anaknya itu.
“Amboi! Bapak tak suka ke anak balik?” tanya Aariz sudah menarik muncung. Sengaja mahu mencuri perhatian si bapak.
YOU ARE READING
Ku Pilih Dia (✓)
Random- KEKASIH IMPIAN - Mencari seorang hero untuk seorang gadis bernama Liyyan Lashira yang keras kepala, tidak menyabar dan suka bertindak sendiri. Entah siapa yang mampu bertahan dengan gadis seperti itu. Namun, dia sering merasakan dia seorang yang...