SAAT kakinya menapak ke dalam rumah, aroma masakan terus menusuk ke hidung. Dia menyedut dengan perut yang serta-merta berkeroncong. Sebaik saja daun pintu ditutup, derap kaki terus diayun ke dapur. Kelihatan suaminya itu sedang mengacau sesuatu di dalam periuk dengan pakaian yang masih belum bertukar.Perlahan-lahan dia menapak menghampiri dan memeluk tubuh bidang itu dari belakang. Wajah itu dijenguk dari sisi dengan sengihan lebar. Matanya dikelip-kelip.
“Cak!”
Aariz menoleh seraya tergelak. Hidung Liyyan dipicit sehingga berkerut wajah itu.
“Hmm...” Liyyan menarik muka lalu tergelak. Hidungnya diusap.
“Lama-lama I selalu tarik hidung you nanti jadi panjang.” tutur Aariz nada mengusik.
“Kalau hidung I panjang, I takkan lepaskan you.” Liyyan memicing mata seraya melepaskan pelukan. Pinggangnya dicekak.
“Lagi bagus, memang tu niat I pun.” kata Aariz betul-betul di hadapan muka Liyyan. Mengejek.
“Eiii!” Liyyan menolak muka Aariz menjauh sehingga lelaki itu ketawa besar.
“Padan muka.” kutuk Aariz seraya ketawa sambil memerhati tingkah isterinya itu.
Liyyan mencebik. Periuk yang bertenggek di atas dapur dipandang dan menyedut aroma itu dengan penuh nikmat. Masakan Aariz memang tak pernah mengecewakan. Kalah air tangannya. Aariz betul-betul laksanakan tugas seperti dijanjikan dulu.
“Abang masak apa ni?” Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu itulah Liyyan Lashira. Masih sengaja mahu bertanya. Tangannya mencapai senduk yang diletak Aariz dan kembali mengacaunya. Kari ayam.
“Abang?” Aariz pandang kaget. Tangannya ditongkat di tepi singki. Keningnya diangkat. Tak percaya telinganya mendengar.
Liyyan ketawa. Sengaja dia memanggil Aariz begitu. Mahu melihat reaksi lelaki itu bagaimana.
“Sebab you kan tua daripada I sepuluh bulan.” jawab Liyyan sambil menunjuk sepuluh jarinya. Keningnya diangkat berkali-kali.
“Oh, macam tu?” Aariz mengangguk-angguk dengan senyuman. Wajah isterinya dipandang dengan cebikan.
“Iya. Ops, lupa pula. Salam,” Liyyan tersengih. Aariz terus didekati dan tangan itu dikucup hormat. Ini suaminya. Seringkali dia mengingatkan ayat itu pada dirinya.
Aariz membalas dengan kucupan di ubun-ubun Liyyan. Kepala isterinya diusap.
“You dah solat asar?” tanya Aariz, lembut nadanya.
Liyyan sedikit terkedu biarpun Aariz sering bertanya perkara itu kepadanya.
“Dah.” jawabnya gugup.
Aariz tersenyum sambil merenung sepasang mata coklat cair itu yang sudah melarikan pandangan ke arah lain.
“Pergilah mandi dulu, dah nak dekat pukul 7 ni. Nanti maghrib kita jemaah ya.” tutur Aariz. Anak rambut Liyyan dirapikan sedikit di ubun-ubun itu.
“Okey. I naik dulu eh.” Liyyan mengukir senyuman seraya berlalu ke atas.
Aariz ukir senyuman lebar sambil memerhati derap langkah kaki itu sehingga menghilang dari tatapannya.
Keluhan berat dilepaskan sebaik saja dia berlabuh di birai katil. Matanya dipejam dan tangan meraup wajah. Jam di dinding dipandang, sudah angka 6.50 petang. Tanpa membuang masa, dia terus membersihkan diri dan menunai solat asar yang kian hampir di penghujung waktu. Betapa berdosanya dia kerana menipu.
Sebaik saja sejadah disimpan bersama telekung, kelibat Aariz mulai memasuki ke dalam bilik. Liyyan yang kelihatan sedikit kaku di hadapan almari diperhati dan terus didekati.
YOU ARE READING
Ku Pilih Dia (✓)
Random- KEKASIH IMPIAN - Mencari seorang hero untuk seorang gadis bernama Liyyan Lashira yang keras kepala, tidak menyabar dan suka bertindak sendiri. Entah siapa yang mampu bertahan dengan gadis seperti itu. Namun, dia sering merasakan dia seorang yang...