🌻BAB 42🌻

4K 224 30
                                    


SETIAP sorotan sepasang mata itu seolah-olah tiada deria rasa dan perasaan. Pandangan hanya dihala ke satu arah sahaja. Malahan, mulut itu terkunci rapat dari sebarang bicara sejak sedar dari koma dan dibenar pulang ke rumah setelah keadaan Liyyan semakin membaik.

Namun, Liyyan seperti berada di dalam dunianya sendiri. Tiada sepatah butir bicara. Tiada senyuman yang terukir. Tiada lirikan mata seperti kebiasaan. Tiada lagi Liyyan seperti sebelumnya. Diri itu lebih banyak memerhati dan mengelamun.

“Sayang,” Datin Leena menghampiri anaknya yang sedang mengelamun merenung ke luar jendela. Tidak berkalih dari tadi.

“Mama masakkan bubur ayam kesukaan Liy. Makan sikit ya.” ujar Datin Leena seraya menarik kerusi dan duduk bersebelahan anaknya itu.

Liyyan kalih pandangan ke wajah Datin Leena yang tidak lekang dengan senyuman. Wajah yang masih anggun itu ditatapi dengan renungan redupnya. Perasaannya dirasakan berbaur.

“Mama suap ya, bismillah...” Datin Leena menyuap sesudu bubur ke mulut Liyyan dengan berhati-hati.

Perlahan-lahan Liyyan menerima suapan itu dan mengunyahnya juga perlahan. Matanya masih setia melekat pada wajah Datin Leena. Diamatinya wajah yang kian dimamah usia itu.

“Kenapa? Ada yang tak kena dengan muka mama ke?” tanya Datin Leena, tertawa kecil. Begitulah renungan anaknya setiap hari. Rambut Liyyan yang sudah dipotong pendek, diselit ke belakang telinga. Dirapikan agar lebih kemas.

Hanya gelengan lemah tanda jawapan Liyyan. Matanya memandang ke arah mangkuk. Datin Leena yang memahami terus menyuap lagi, terselit dengan senyuman bahagia. Bahasa tubuh anaknya jelas biarpun tiada bicara yang ditutur secara lisan.

“Mama rindu nak dengar suara kamu tapi mama takkan paksa. Mungkin kamu masih perlukan masa untuk suaikan diri dengan kami semua. Walau apa pun yang terjadi ataupun kamu takkan ingat semula, mama tetap sayangkan kamu. Kasih sayang mama tak pernah berubah walaupun sikit. Begitu juga yang lain. Kami sangat sayangkan kamu.” tutur Datin Leena, tersenyum. Kepala anaknya diusap-usap.

Liyyan hanya mendengar setiap tutur kata yang dibicarakan Datin Leena. Lembut dan menyentuh hingga ke dasar hatinya. Terasa sebak yang mulai menyapa. Sangat halus rasa yang menusuk.

“Kadang-kadang mama perlu keluar jadi Aariz yang uruskan kamu. Kamu jangan takut dengan dia ya, dia suami kamu. Aariz sangat baik. Dia sangat menjaga kamu. Itu yang mama bersyukur kamu dikurniakan seorang suami yang bertanggungjawab macam Aariz.” ujar Datin Leena. Terkenang tingkah laku menantu lelakinya itu. Penuh dengan sopan dan santun terhadapnya. Sangat menghormatinya persis seperti ibu kandung anak itu.

Sepasang mata Datin Leena yang sedang bertutur, ditatap dalam-dalam oleh kornea mata Liyyan. Cuba mencari sebuah kejujuran dan keikhlasan dari biasan sepasang mata itu. Dia perlukan keyakinan untuk menyakinkan diri.

“Nah, makan sikit lagi.” Sesudu lagi bubur ayam disuap oleh Datin Leena.

Liyyan tunduk menerimanya.

“Mama masih ingat, malam kamu nak keluar dengan Aariz. Dia minta izin mama dengan baba. Mama pesan jaga Liy. Mama pesan jangan sakiti Liy sebab malam tu dia beritahu mama, dia ada hajat dengan Liy.” Datin Leena tersenyum lagi. Teringat semula hajat menantunya itu dulu sebelum menyunting anaknya dijadikan isteri.

Liyyan terus mendengar sambil menanti bicara itu disambung lagi.

“Sebenarnya dari beberapa hari sebelum tu, dia dah datang jumpa baba dekat luar. Dia minta izin baba nak berkawan dengan kamu dengan lebih serius. Baba tak yakin dengan dia tapi dia agak berjaya juga yakinkan baba kamu. Baba nak tengok bukti, bukan sekadar kata-kata saja. Walaupun baba restu tapi baba kamu masih berat lepaskan kamu pada dia. Jadi sekarang baba kamu kata, pilihan kamu sangat tepat.” Datin Leena mengusap pipi anaknya. Sinar mata itu masih kelihatan kosong, namun firasat hati tuanya yakin bahawa anaknya ini sedang mencari sesuatu.

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now