🌻BAB 10🌻

3.3K 221 44
                                    

SUARA riuh yang bergema di luar rumah menyapa halwa telinganya. Fokus yang tadinya hanya pada kertas lakaran mulai beralih. Dia berasa terganggu sehingga membuatkan tumpuannya melayang. Pensel di tangan terus dicampak dan bingkas bangun dari duduk.

Tirai di belakangnya diselak dan dia mengintip ke luar. Melihat sosok tubuh yang menghiasi ruang matanya terus menghadirkan keluhan yang panjang. Dadanya seperti diasak. Sempit untuk bernafas di ruangan yang kecil.

Tok! Tok! Tok!

Derap kaki terus dibawa ke pintu lantas daun pintunya dibuka. Kini, wajah pembantu rumah pula yang menyapanya. Sudah ditebak apa kemahuan yang bakal disampaikan.

“Datin panggil Cik Liyyan keluar.” Dewi, pembantu rumah warga Indonesia itu menyampaikan pesan.

“Bagitahu mereka saya sibuk.” ujar Liyyan berura-ura mahu menutup pintu. Namun, wanita usia 30an itu mematikan pergerakkan tangannya.

“Datin kata Cik Liyyan kena keluar juga, tiada alasan.” beritahu Dewi lagi seraya menundukkan kepala.

Liyyan pakukan diri seketika. Terkunci mulutnya untuk membalas. Entah mengapa, perasaannya di saat ini kian terasa menghimpit.

“Okey.” Lambat Liyyan memberi jawapan. Daun pintu kembali ditutup dan kembali ke meja. Kerjanya kembali dikemas sebelum menapak keluar dari bilik kerja itu.

Derap kaki diayun perlahan menghampiri dua wanita separa baya dan juga seorang lelaki yang sedang berbual di meja di taman itu. Rancak dan mesra. Entah apa topik yang dibualkan sehingga masing-masing ketawa dengan senang hati.

Danial yang menyedari derapan kaki itu terus menoleh. Tatapan matanya menyapa kelibat Liyyan yang kian hampir. Santai mengenakan seluar pendek paras lutut dan t-shirt putih. Dia tunduk sedikit dan tersenyum sinis. Kepala digeleng perlahan.

“Keluar pun.” Datin Leena tersenyum memandang anaknya.

“Liyyan sihat?” tanya Datin Azita dalam nada mesra. Wajah mulus bakal menantunya menjadi tatapan seketika. Cantik dan menawan biarpun tiada sebarang calitan yang menghiasi wajah.

“Alhamdulillah, sihat.” jawab Liyyan, mendatar saja suaranya. Segaris senyuman nipis dihulurkan. Terasa malas mahu berkeras dengan tetamu mamanya.

“Duduklah. Kami tengah berbincang tema untuk majlis pernikahan kamu dengan Danial nanti.” tutur Datin Leena teruja melihat tema-tema yang dipaparkan dalam galeri di laman sosial itu.

“Tak terlalu cepat ke?” tanya Liyyan mendatar. Kerusi ditarik dan berlabuh. Dia hanya menjenguk sekilas ke skrin iPad milik Datin Leena. Tidak menarik di matanya. Sama sekali dia tidak berkenan.

“Kena siapkan awal-awal lah, nanti kalau last minute kelam kabut. Takut ini tak cukup, itu tak ada.” jawab Datin Leena tanpa memandang Liyyan lagi. Lebih teruja melihat tema dalam galeri.

“Liyyan suka warna apa?” tanya Datin Azita pula. Cuba menarik perhatian bakal menantunya itu yang jelas ketara bersikap dingin.

“Tak ada warna yang spesifik yang saya suka.” jawab Liyyan seadanya. Dirinya tidak mampu menipu. Malahan, dia tidak mampu berpura-pura bahagia dan teruja seperti dua wanita separa baya itu.

Laju tangan Datin Leena mencubit halus paha anaknya. Dikutil geram dan lama. Sempat matanya mencerlung tajam. Mengapalah anaknya ini degil sekali? Sukar benar mahu mendengar kata.

“Malam ni saya ada kerja, kena jumpa klien jadi saya kena bersiap sekarang. Takut nanti terlewat pula. Maaf ya, saya minta diri dulu.” ujar Liyyan lalu mengetap bibir. Menahan rasa pedih yang berasa. Seperti terkena sengat tebuan.

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now