🌻SPECIAL PART 3🌻

3.3K 188 45
                                    

“ABANG bukan nak tolak rezeki tapi tujuan abang kata tiga tahun tu sebab abang fikirkan keadaan Liy, kesihatan Liy, trauma Liy tapi Liy macam tak endah. Liy dah lupa ke macam mana keadaan Liy masa mengandungkan Aydan? Keluar masuk hospital sebab alahan teruk. Makan sikit aje dah muntah. Minum susu pun muntah. Sampai bau makanan pun tak boleh. Sepanjang Liy mengandung, Liy lebih banyak terbaring disebabkan Liy tak ada tenaga.” Aariz jeda seketika, melihat Liyyan yang berkelip-kelip mata memandangnya.

Liyyan tadah telinga. Inilah padahnya apabila melanggar perjanjian mereka. Bebelan tanpa henti dari sang jantung hatinya.

“Abang sama sekali tak kisah tau kalau setakat nak jaga Liy macam tahun lepas. Tapi keadaan Liy lebih merisaukan abang, mama, baba, ummi, bapak dan semua orang. Kalau boleh abang ni nak bagi Liy betul-betul rehat dulu, sebab abang tahu penat yang dulu pun mungkin masih belum hilang lagi. Tu belum termasuk lagi Liy masuk hospital disebabkan bleeding. Hampir-hampir juga abang kena pilih Liy atau Aydan tapi bersyukur sangat selepas tu Liy dapat bersalin normal.” Jeda lagi.

“Abang buat semua ni demi kebaikan dan kesihatan Liy, sayang. Abang sayang Liy lebih dari abang sayang diri sendiri. Abang cuma nak pentingkan Liy aje, sebab tu abang tak kisah kalau kita anak tak ramai pun. Asalkan Liy sihat dan tak sakit. Abang dah cukup lega dah. Apa yang abang nak, Liy sentiasa ada di sisi abang sampai bila-bila. Abang cuma sayangkan Liy.” Aariz sudahi bebelannya sambil merenung tepat ke arah Liyyan. Tapi, wajah Liyyan tetap kelihatan selamba dan bersahaja. Langsung tidak bergaris riak gusar. Sedangkan dia sedang menahan dari diri meledak.

“Tak pernah Liy tengok Encik Aariz membebel sampai macam ni sekali.” ujar Liyyan lalu ketawa kecil. Tidak terduga olehnya, rupanya Aariz kuat membebel. Hari ini baru terserlah bakat yang terpendam. Bagaimanapun dia terharu dengan bicara suaminya.

“Liyyan, abang tengah serius ni. Abang tak main-main.” Aariz terus mencekak pinggang. Matanya dijengil. Cuba menakutkan Liyyan dengan ketegasannya.

“Ya, Liy tahu abang serius tapi relakslah, abang. Liy okey, alhamdulillah tak ada alahan apa-apa walaupun dah empat minggu.” ujar Liyyan lagi, melembutkan nada suaranya. Risau juga sebenarnya melihat wajah Aariz. Suaminya itu semakin garang.

“Liy suruh abang relaks? Tahu tak, jantung abang ni macam nak terlompat keluar masa Liy makan durian tadi. Lepas tu Liy mengadu memang betul Liy mengandung lagi. Abang risaukan Liy, faham tak sayang?” ujar Aariz, menekan kata. Berharap benar Liyyan memahami perasaan dan kegusaran hatinya.

“Tapi tak melompat keluar pun kan. Kira okeylah tu.” balas Liyyan selamba, masih lagi dengan sisa tawanya. Tidak mahu terlalu terbawa dengan keadaan mereka tika ini.

“Liyyan Lashira...” seru Aariz lalu menghela nafas berat. Wajahnya terus diraup. Runsing benar dengan sikap si isteri.

Liyyan terus ketawa, santai saja bunyinya. Dia terus bangkit dari duduk bersama Aydan dalam dukungan. Sekilas pipi gebu anaknya dikucup sebelum menghampiri Aariz yang masih berdiri. Dia tahu suaminya itu risaukan keadaan dirinya.

Daddy, Aydan pun nak kawan juga. Daddy janganlah marah mommy. Mommy cakap kat Aydan tadi, mommy janji lepas ni mommy akan ikut cakap daddy. Planning tiga tahun.” bicara Liyyan dengan suara kecilnya. Tangan kecil Aydan terus diusap-usap ke pipi Aariz lalu menepuk-nepuknya lagi. Memujuk hati syurganya itu.

Aariz merenung Liyyan tajam, sebelum mengalih ke wajah polos Aydan. Matanya bersambung dengan mata bulat Aydan. Berkelip-kelip mata bulat itu merenung wajahnya lalu bibir mungil itu tersenyum lebar. Tangan kecil itu pula cuba menggapai wajahnya.

“Boleh percaya ke mommy tu, Aydan? Mommy Aydan tu bukannya jenis makan saman daddy. Saman polis trafik pun mommy pernah langgar.” cebik Aariz seraya menyambut tangan anaknya itu. Dia elus-elus lembut tangan kecil Aydan.

Ku Pilih Dia (✓)Where stories live. Discover now