“SUDI tak you jadi makmum I?”Liyyan gigit jari sambil kornea matanya tidak berkalih dari mengamati wajah serius Aariz. Biarpun dalam samar cahaya yang terbias dari lampu di tempat parking resort itu tetapi raut wajah itu masih jelas di matanya. Aariz sememangnya kelihatan serius tetapi hatinya pula tidak merasa yakin.
“You serius ke ni, Riz?” Liyyan masih menyoal soalan yang sama.
Aariz terus menghentak kepalanya ke kusyen kereta. Ternyata begitu susah mahu menyakinkan gadis itu walhal dia benar-benar serius.
“I serius ni, Liy. I tak main-main dengan apa yang I cakap.”
“You dah fikir panjang ke? Ni kahwin tau, Riz... bukannya main pondok-pondok macam atas pokok tu.” tutur Liyyan turut bernada serius. Hatinya turut mahu diyakinkan. Kepercayaan itu penting untuk dirinya dan sebuah hubungan.
“Ya, I dah fikir panjang sejak you kat kampung lagi. I memang berniat nak sunting you jadi makmum sah I.” akui Aariz lalu tunduk, malu pula rasanya. Tafsiran ummi tidak pernah salah. Tetapi dia juga tidak menipu tentang sebuah anganan. Liyyan enggang, sementara dia hanyalah pipit. Darjat itu kadangkala membuatkan dia merasa rendah diri.
“You nak kahwin sebab apa? Adakah sebab Adelia dah kahwin, you rasa tercabar dan nak saing dia?” Liyyan menyoal lagi. Dia mulai berpeluk tubuh. Lamaran lelaki itu begitu drastik dan mengejutkan sementelah mereka berdua bukanlah pasangan kekasih. Mereka hanya sahabat yang jauh dari perkataan cinta. Dia tidak pernah membayangkan kejadian malam ini akan berlaku.
“Tak ada kena mengena dengan Adelia mahupun sesiapa. I memang suka you dah lama sejak kat kolej lagi tapi I selalu kena friendzone dengan you.” ujar Aariz lalu ketawa sendiri. Entah mengapa dia menggeleng kepala.
“Yelah sebab I anggap you kawan je, sama macam Hazwan dan Naura.”
“Ya, disebabkan itulah I buka hati untuk Adelia tapi jodoh kami tak panjang. I cuma mampu rancang tapi segalanya dah Allah aturkan. I sendiri tak jangka semua ni.” tutur Aariz menjelaskan keadaan dan perasaannya. Dia mahu Liyyan mengerti walaupun hanya sedikit.
“Jadi you suka I balik lepas you putuslah?” Tidak jemu Liyyan menyoal.
“Betul, I tersuka you balik lepas I dengar you hilang hari tu. I risaukan you... jujur I gelabah jugalah masa dengar you hilang tiba-tiba. Tak senang hari I tanpa you.” Aariz tersengih dan menekup muka. Malu.
“Peliklah hati you tu, kenapa tak betul-betul move on tapi I tunang orang tau.” kata Liyyan menduga jawapan Aariz.
“Tapi you dah rasmi putus kan? Kalau you masih tunang orang, memang I kena undur dirilah.” akui Aariz lagi. Bukan sikapnya yang akan merebut hak orang.
“Cepat sangat putus asa.” Liyyan tergelak mengekek.
“Bukannya putus asa tapi I takkan paksa you. You ada pilihan untuk tolak. Hmm... Syahiran tengah menunggu you.” kata Aariz seraya bersandar di dada kusyen. Sejadah yang tidak disambut, diriba.
Seketika sorotan mata Liyyan memerhati tingkah laku Aariz. Sekuntum senyuman terbit dari bibirnya. Tersenyum sambil menggeleng kepala. Aduhai... Aariz.
“Sungguh I tak sangka I akan bincang hal ni dengan you. Kat parking pula tu, dalam kereta... bergelap. I expect orang yang melamar I tu kat tempat yang romantik ke, candle light dinner ke... tapi you kat parking lot majlis orang kahwin.” ujar Liyyan masih lagi tergelak. Tak tercerna dek akalnya sekarang apa yang sedang berlaku. Seorang Liyyan sedang dilamar untuk dijadikan isteri.
YOU ARE READING
Ku Pilih Dia (✓)
Random- KEKASIH IMPIAN - Mencari seorang hero untuk seorang gadis bernama Liyyan Lashira yang keras kepala, tidak menyabar dan suka bertindak sendiri. Entah siapa yang mampu bertahan dengan gadis seperti itu. Namun, dia sering merasakan dia seorang yang...