Moonlight Part 10
"Eomma,dimana bagasi?"tanya Jihyo dibiliknya.Tentunya suaranya yang sangat kuat dan membingitkan suasana pagi yang indah dan cantik ini.
"Kenapa kau mencarinya Hyo?"tanya Tuan Song.
Jihyo lalu turun keruangan dapur untuk menemui appa dan eommanya.
"Sudah tentulah untuk mengikuti kalian ke Busan selama seminggu"Jawab Jihyo.
Tuan Song memandang Puan Song.Akhirnya Tuan Song berbicara.
"Kau tidak akan mengikuti kami sayang"
Jihyo membulatkan mata,padahal selama ini ibubapanya tidak pernah tinggalkannya duduk seorang diri dirumah.
"Habis?aku akan ditinggalkan seorang diri?"tanya Jihyo dengan suara bergetar.
"Kau tidak akan berseorangan"Jawab ibunya Jihyo.
"Habis tu,aku akan duduk dengan siapa?"tanya Jihyo.
"Kau,appa dan eomma telah arahkan Baekhyun untuk menjaga kamu"kata appa Jihyo.
"Apa?"
"Tiada bantahan Jihyo"kata eommanya.
"Tapi Baekhyun idol eomma,adakah eomma yakin dia dapat menjagaku.Bagaimana kalau aku mati kerana dipukul oleh peminatnya?"hal ini menyebabkan Jihyo mendapat jitakan percuma dari ibunya.
"Auh"Jihyo mengusap kepalanya.
"Appa yakin dia boleh menjagamu"
"Appa,aku baru sekali keluar dengan Baekhyun dan hanya beberapa kali bertemu dengannya.Apakah appa yakin yang dia akan "ucapan Jihyo dipotong eommanya.
"Dia akan menjagamu sesuai dengan apa yang dia janjikan pada kami.Hyo,kau dah 20 tahun.Kau tidak boleh berperangai seperti budak-budak."ibunya memegang pipinya Jihyo."kami sayang kamu,kami tidak akan pernah menyerahkanmu pada orang yang kami tidak pernah yakin dapat menjagamu kan?kata Ibunya Jihyo lembut sambil mengusap rambut anak gadisnya yang satu.
Jihyo ragu-ragu tapi melihat sinar keyakinan dimata ibunya membuatkannya tidak sanggup menolak.
***
ChanBaek Room
"Baek?kau mahu pergi mana sampai perlu berkemas ah?"tanya Chanyeol.
"Aku akan menjadi baby sitter buat masa seminggu"kata Baekhyun yang masih sibuk dengan barangannya.
"Memangnya siapa?"Tanya Chanyeol dengan rasa ingin tahu.
"Jihyo"dan sukses membuatkan mata Chanyeol membulat.
"Baek,apa kau yakin kau sihat atau kau mimpi apa semalam sampai jadi macam ni?"tanya ChanYeol berpura-pura risau.
"Aku telah berjanji dengan keluarganya.Lagi pun,mereka tidak mempercayai siapa-siapa pun untuk menjaga puteri mereka selain aku"jawab Baekhyun.
"Jadilah suami dan menantu yang baik Baekhyun hahaha"dan sukses mendapat death glare dari Baekhyun.
***
Diluar rumah Jihyo.Jihyo sudah mahu mengucapkan selamat tinggal pada Eomma dan Appanya.
"Eomma perlukah aku tinggal disini?"tanya Jihyo yang inginkan kepastian.
"Ne,eomma dan appa pergi dulu Hyo sayang"kata Eommanya Jihyo lalu naik kereta kerana appanya sudah menunggu lama.
Jihyo lalu melihat pemergiaan kedua orang tuanya dengan raut wajah yang sedih.
***
Sudah 1 jam ibu bapanya pergi dan sudah 1 jam Jihyo menunggu BaekHyun diruang tamu sambil menonton cerita kesukaannya "My Love From The Star" lakonan idola kesayangannya Kim SooHyun.Tiba-tiba ada orang yang mengetuk pintu diluar rumahnya.
Ting Tong ... BaekHyun menekan loceng didepan rumahnya Jihyo.Berharap orang yang berada didalam akan segera membukanya kerana diluar sangatlah sejuk.Akhirnya,pintu terbuka.Baekhyun terus masuk tanpa mengucapkan apa-apa.Jihyo hanya membeliakkan mata dengan tingkah laku Baekhyun.
"Bodoh,sudah masuk ke rumah orang tapi tak reti nak ucap hello ke apa"Batin Jihyo.
"Apa Yeoja ini buat,macam ini mahu jadi seorang isteri Baekhyun kalau kerja asyik menonton drama sahaja"batin Baekhyun.
Jihyo menutup pintu dengan keras dan menyebabkan Baekhyun kembali ke alam nyata.
"Jadi,dimana kamarku?"tanya BAekhyun datar.
"Cis,waktu keluar buat kali pertama denganku sikapnya baik.Menyampahnya"batin Jihyo.
Baekhyun lihat Jihyo sedang termenung lalu melambaikan tangannya dihadapan Jihyo dan sukses membuatkan Jihyo tersedar.
"Kau tidur dikamar atas dihadapan bilikku Tuan Byun"jawab Jihyo datar.
Baekhyun mengeluarkan smirknya,Jihyo yang menyedarinya menjitak kepalanya Baekhyun.
"Ouh"ringis Baekhyun sambil memegang kepalanya akibat dipukul Jihyo.
"Kau nak makan cari sendiri didapur dan satu lagi,jangan pernah lakukan macam-macam okey"
Jihyo sambung dengan aktivitinya menonton tv.
"Dasar yeoja aneh,wanita lain bahkan merayu dan menangis kerana aku tidak melayani mereka tapi kau"Batin Baekhyun
"Cis,muka sahaja kacak tapi berlagak"batin Jihyo.