Di kediaman marga Kim,Taeyeon melihat2 biliknya.Tiada apa2 perubahan walaupun telah hampir 3 tahun dia tidak menjejakkan kakinya ke Seoul.Tiba2,dia terpandang satu gambar yg berada diatas meja ditepi katilnya.Dia menatap gambar itu.Gambar itu menampakkan detik kebahagiaan yang sedang dia alami pada waktu itu bersama lelaki yang dia cintai.
"Apakah yang sedang kau sedang lakukan sekarang ini Baekki"kata Taeyeon mendayu.Tanpa disedari air mata Taeyeon mengalir,mengalir dengan sangat deras."Seandainya aku boleh memutarkan waktu.Pastinya aku akan pertahankan cinta kita bermati-matian"Esak Taeyeon kesal.
****
"Seandainya aku bisa menggagalkan pernikahan itu,sudah pasti aku lakukan tapi aku tak mampu"Baekhyun sesal.
"Seandainya aku menghalang engkau pergi Taeyeon,pasti sudah engkau menjadi milikku Tae.Aku merinduimu sepenuh hati tapi aku tak mampu utk melukakan hati org disekeliling ku terutama eomma,appa dan Jihyo."Tanpa disedari air mata Baekhyun mengalir dan Baekhyun yang tidak dapat menahan emosi menangis teresak-esak.
****
Akhirnya tibalah malam yang dinantikan dan mungkin hanya Baekhyun sahaja yang tidak berasa bahagia.Tapi terpaksa melontar senyuman terpaksa yang manis bagi menjaga hati kedua orang tua Jihyo.
Dimeja makan,Baekhyun asyik memainkan sudu dan garpunya sahaja.Jihyo tahu bahawa Baekhyun tidak senang akan perjumpaan keluarga seperti ini.
Setelah selesai acara makannya.Biasalah,pasti kedua orang tua Jihyo dan orang tuanya Baekhyun berborak-borak mengenai mereka.Tapi Baekhyun langsung tidak berminat.Tiba-tiba satu mesej masuk,Baekhyun membuka handphonenya.Ternyatanya ia mesej dari Managernya yang menyuruh Baekhyun segera pergi ke sebuah acara untuk Exo membuat persembahan.Baekhyun berasa lega kerana akhirnya ia dapat melepaskan diri dari semua ini.
****