1

1.3K 45 0
                                    

"Dah siap ke?", tanya Adiel kepada Kavin. Kavin tidak membalas. Jarinya laju menekan papan kekunci dihadapannya.

"Siap.", balas Kavin dengan suara macho.

Mata Adiel terus kembali ke skrin komputernya. Gerak-geri manusia pada skrin itu diperhati. Tidak lupa juga dia merekodkan video itu.

"All set.", kata Adiel pada earpiece yang berada pada telinganya.

Arris yang mendengar kata yang dikatakan oleh Adiel sebentar tadi, terus dia angguk. Aidan yang tidak berada jauh darinya terus dia menghantar isyarat.

Begitu juga pada Aidan, dia menghantar isyarat pada Julian dan Dean.

"Kejap! Kejap! Kau ketepi sikit! Aku tak dapat tembak kalau kau terus dekat dengan diorang!", jerit Julian pada Arris. Sunggih dia sangat keliru dengan Arris yang sangat lincah dengan orang sekeliling di situ sangat ramai.

"Fuck! Jangan jerit sial! Bagi aku masa dua minit.", balas Arris. Julian tidak membalas. Dia hanya menggulingkan matanya keatas. Tanpa dia membuang masa, Julian terus menukar pistolnya dengan pistol lagi satu.

Selepas itu, dia mula melihat gerak-geri menggunakan terowong kecil pada pistolnya.

"Hm, i think i know what you mean 'two minutes'.", kata Julian sendiri. Dia terus fokuskan pada Arris.

Arris dari tadi hanya bermain dengan kecekapannya. Leka tak leka, perkara dia telah lali sejak dirinya kecil. Kalau tak membunuh mungkin dia akan berlawan dengan tangannya sendiri tanpa apa-apa senjata.

Satu minit berlalu. Kini, tersisa lagi satu minit. Dia perlukan lagi lima puluh saat untuk habiskan tindakannya sebelum serahkan pada Julian. Aidan dan Dean telah keluar selepas Arris memberikan isyarat 'dua minit'. Dia tahu, selepas saja habis masa, semua sekali tanggungjawab seratus peratus dalam tangan Julian.

"Lima, empat, tiga, dua, satu. Now!"

Trrrrtttt!!!

Trrrrtttt!!!

Trrrrtttt!!!

Shiuuuu....

Habis tembakan ketiga, Julian terus melemparkan bomnya yang paling kuat itu ke tengah. Sebelum ia meletup, Julian cepat-cepat melarikan diri. Arris yang berada di tingkap mencapai tangan Julian untuk sekali terjun.

"Eh, kau ingat aku ni awek kau ke nak pegang-pegang tangan?", tegur Julian selepas Arris menghulurkan tangannya.

"Eh barua, kau ingat aku sangap sangat ke dengan kau. Aku nak barang kau tu. Aidan kat bawah minta barang kau.", balas Arris dengan sedikit bebelannya.

"hm k.", dengan jawapan tidak munasabah, Julian terus terjun dulu tanpa fikirkan apa-apa. Aidan dekat bawah terus berganjak selepas nampak badan Aidan.

Bukk!

"Aduh!", dah macam buah nangka jatuh.

Belum sempat dia bangun, jatuh lagi buah nangka.

Bukk!

"Sakit babi!", Julian menolak Arris yang baru jatuh tadi.

"Kau yang tak dengar-"

"Masuk cepat!", jerit Adiel dari dalam van. Bom yang dibaling Julian tadi hanya tinggal beberapa saat. Kemudian, mereka berdua terus berlari masuk ke dalam van sebelum...

BOOMMM!!!!

Habis hancur bangunan besar yang terbengkalai itu selepas dibomkan. Mereka sempat bertolak sebelum dengan mereka sekali terkena tempiasnya sekali.

"Kau ni memang dah puas hidup ke?", Arris menumbuk lengan Julian.

"Ni semua salah kau!"

"Apa aku pulak?!"

Adiel hanya menggelengkan kepala. Dia sudah lali dengan perangai Arris dan Julian tu. Setiap kali habis kerja, tu lah benda wajib antara mereka.

Malam itu, mereka habiskan masa mereka di kolam besar sebelah ruang tamu mereka. Tidak lupa juga dengan barbeku kesukaan mereka semua.

"Bang, kau tak bosan ke dari tadi asyik hadap komputer tu. Aku pulak yang saki hati tengok.", kata Arris kepada abangnya, Adiel.

"Kalau sakit hati jangan tengok.", balas Adiel tanpa memandang Arris. Arris hanya menjongketkan bibir kanannya tanda menjengkelkan si Adiel tu. Kemudian dia bangun dan mengambil makanan yang digoreng oleh Dean.

"It's okay baby. We can meet next time. I've got to go. Bye.", Kavin memutuskan panggilannya. Dia ialah Kavin. Jejaka berasal Thailand yang paling hensem dan salah satu jejaka buaya darat yang paling top antara mereka. Sudah banyak wanita yang dia telah mainkan. Tapi, tiada satu pun keadaan yang berat menimpanya seperti paparazzi, psycho atau sebagainya.

"Fuh, penat aku tengok si Kavin tu layan perempuan.", kata Julian. Dari tadi dia menyuping telinga ke Kavin. Sungguh berbakat orang Thai ni.

Julian meletakkan kedua kakinya dalam air kolam. Nafasnya dihembus sambil memejamkan mata.

Splashhh!!

Julian yang dari tadi elok bersenang-lenang tiba-tiba dia terjatuh dalam air kolam itu.

"Woi! Siapa sial?!"

"HAHAHAHA!", gelak Arris terbahak-bahak. Dia yang menendang Julian jatuh ke dalam air kolam itu.

Dean yang sedang memanggang makanan hanya tengok tanpa berkata walaupun sedikit air merecik kearahnya.

"Rasakan kau. Dah lama aku geram dengan kau ni.", Arris melangkah ke arah Julian. Kepala dipegang olehnya.

"Apa kau nak dari aku, barua.", kata Julian selepas rambutnya ditarik naik atas.

"Tak ada. Saja."

Belum sempat Julian menarik nafas, Arris terus menarik hidung Julian dengan jarinya.

"Haih, sudah...", celah Aidan perlahan.

"Arghh sakitlah anjing! Hidung aku! Argh!!", jerit Julian dengan kesakitannya. Arris tidak peduli, dia terus tarik hidung Julian seperti tiada apa berlaku.

Dalam diam Aidan melangkah kearah belakang Arris sebelum...

Splashhh!!!

Ya. Aidan menolak Arris jatuh ke dalam kolam itu.

"Shit! Kau kenapa ha?!", Arris terus marah Aidan selepas kepala dia timbul dari kolam.

"Serabut aku dengan dua budak barua ni.", kata Aidan sambil kedua tangannya elok terletak dalam poket seluarnya. Dia elok berdiri di hadapan kedua jejaka itu. Julian dari tadi menggosok hidungnya yang sakit itu. Tiada ubat sakitnya.

Terkumat-kamit bibir Arris menyumpah Aidan. Dia ni bukan boleh dikira. Ada saja perangai dia yang tak matang ni.

Coincidence Where stories live. Discover now