18

10 0 0
                                    

     "Sir!", jerit Firdaus dari pintu masuk lobi. Adiel dihadapan yang sedang menuju ke lif terus menoleh kebelakang.

Firdaus mula berlari apabila Adiel memandang kearahnya.

     "Kau kenapa?", tanya Adiel sebaik saja Firdaus sampai dihadapan.

     "Huh... kejap. Penat.", jawab Firdaus dengan penat tersisa.

     "Awal kau sampai? Pukul 7 pun belum lagi.", kata Adiel. Dia lah orang pertama yang datang di syarikat. Katanya, malas nak hadap pandangan mata orang. Haha.

     "Tau. Saja datang awal sebab nak jumpa sir.", kata Firdaus selepas penatnya hilang.

     "Ada apa? Boleh kan kalau kau jumpa aku macam biasa."

     "Bukan. Saya nak cakap pasal Aria.", jujur Firdaus.

     "Bincang atas.", balas Adiel ringkas.

Dia kembali melangkah kakinya ke lif. Firdaus pun mengekor Adiel dari belakang.

Punat lif ditekan Adiel. Firdaus hanya menunggu di belakangnya. Kemudian, dia menoleh ke belakang sambil menjongketkan sebelah keningnya.

     "Kenapa sir?", tanya Firdaus sambil senyum. Tak tahu ke buat-buat tak tahu?

     "Pahal tunggu belakang aku? Pergi la naik sana. Mana ada orang pagi buta ni.", kata Adiel.

     "Haah kan. Kenapa eh? Hehe...", Firdaus pun  bergerak ke lif staf sebelah sana. Punat ditekan.

Buka saja pintu lif, Adiel masuk dan menekan tingkatnya yang berada di atas sekali. Begitu juga dengam Firdaus yang berada di lif staf.

Adiel mendahului sebelum Firdaus. Sampai saja dia di bilik, sempat membancuh kopi menggunakan mesin kopi.

Selesai saja, dia kembali ke tempat dimana dia membuat kerja. Sementara itu, sempat dia menunggu Firdaus.

     "Sir.", panggil Firdaus di depan pintu.

     "Apa? Masuk je lah.", balas Adiel.

Firdaus pun terus masuk dan duduk berhadapan Adiel.

     "Kau nak tanya apa?", tanya Adiel apabila Firdaus duduk saja dihadapannya. 

     "Aria. Kenapa haritu dia ikut korang sekali dekat airport tu?", Firdaus mula bertanya.

     "Kenapa tanya aku? Kenapa tak tanya Arris?" soalan dibalas soalan.

     "Tak nak saya! Karang free-free je saya kena maki.", jawab Firdaus. Seram dia dengan Arris. Tak buat apa pun kena maki.

     "Habis tu? Kau rasa sebab apa?"

     "Mana lah saya tahu! Sebab tu saya tanya sir.", kata Firdaus dengan sedikit pasrah. Dia tanya tak dijawab. Adiel tanya dia kena jawab.

     "Dah kalau kau nampak dia dengan kitorang macam tu, takkan kau tak boleh fikir?", kata Adiel.

Frust pula Firdaus. Pagi-pagi dah kena perah otak.

     "Jap. Okey. Aku tau. Tapi apa kena mengena? Dia buat apa?", tanya Firdaus pelik. Harap Adiel jawab lah soalannya kalini.

     "Kavin lah punya pasal. Dia siap pergi rumah budak tu lagi. Buat apa pun tak tau lah aku. Kau faham je lah kalau keadaan macam ni.", jawab Adiel. Akhrinya.

     "Oh... sebab tu lah kan dia tak datang kerja haritu. Faham.", kata Firdaus dengan kefahamannya sendiri. Adiel hanya mengangguk.

     "Lepas tu? Apa jadi?", tanya Firdaus lagi.

Coincidence Where stories live. Discover now