"Kau nak biar budak tu tersidai ke?", kata Ariel kepada Adiel sambil makan.
"Pandai-pandailah dia hidup. Penat aku nak hadap perangai dia.", balas Adiel. Dia meletakkan sudu dan memegang kepalanya tanda stress.
"Stress betul kau ni. Adik kau juga, kan?"
Adiel tidak membalas. Dia melepaskan keluhan dengan berat. Dan mereka terus menyambung makanannya.
"Nak nangis aku. Huaaa!!", selepas beberapa jam mereka diam, akhirnya Julian membuka mulut.
Grrr...
Julian memegang perutnya yang berbunyi itu. Sungguh sangat lapar. Entah berapa lama mereka ditinggalkan.
Arris pula membelek jam tangannya. Sekejap diketuk, sekejap menekan punat ditepi. Tapi jam itu tidak menyala. Telefon mereka bertiga apa entah lagi. Memang tak akan hidup pun.
Krakk!
Kedengaran bunyi aneh itu tidak membuat mereka takut. Malah, mereka hanya berdiam diri saja mengenangkan nasib.
Tongg!
Tongg!
Keceplupp!
Krakk!
Tongg!
Satu benda aneh terkena pada kepala Arris. Kemudian dia mencari sekeliling siapa yang buat.
Tongg!
"Eh barua! Apa yang kau baling-baling kat aku ha?!", jerit Arris.
"Apa la yang kau bising ni. Kitorang duduk sini diam-diam je.", balas Kavin tanpa memandang kearah Arris. Matanya dipejam
buat seketika."Boleh jadi gila aku macam ni.", Arris membuat dirinya tak tentu arah.
"Duduk diam la beruk. Aku ni tak ada tenaga dah. Macam mana la kau boleh practice jadi beruk.", balas Julian pula. Dia dan juga Kavin memang sudah diamkan diri. Tidak apa yang menarik perhatian mereka.
"Ada benda kacau aku dari tadi-"
Tongg!
"Ha! Jangan main-main lah setan! Kang aku eyy!!", Arris meninju angin. Semakin lama dibiarkan, semakin risau ya.
"Bodoh.", kata Dean. Dia yang dari tadi asyik kacau si Arris dari celah lubang dekat atas.
"pfft-", Adiel dan Ariel menahan gelak mereka. Mereka berdua tengok keadaan menggunakan teleskop. Sebelum menyelamatkan mereka bertiga, baik kacau dulu.
Dean pun terus beralih menuju ke van mereka. Komputenya diaktifkan. Kesemua benda yang bersambung dinyalakan juga. Selepas itu, tangannya mula menekan papan kekunci dengan laju.
"Tolong la duduk diam-diam. Aku ni tak tau la sampai bila boleh tahan ni.", kata Julian dengan sayu. Tengok keadaan Arris yang bergerak tu macam dia pula yang bergerak.
Arris tidak menjawab. Tapi, dia membantah. Menghentak kaki macam budak. Tak apa lah. Dah namanya pun Arris, memang la macam tu.
Krakk!!!
Bunyi retakan yang kuat itu membuatkan mereka bertiga memandang ke atas.
Krakk!!!
Krakk!!!
Masing-masing membuat muka pelik. Bumbung balai polis itu perlahan-lahan retak sehingga ia tercabut sepenuhnya.
"Surprise bitch!", kata Ariel selepas dia berjaya mencabut bumbung tersebut menggunakan helikopter miliknya.
"What the hell?", kata Arris dengan tingkahlaku kakaknya.
Tanpa membuang masa, Aidan terus memotong besi lokap itu untuk melepaskan mereka bertiga. Selepas itu, mereka terus berlari menuju ke van. Tidak melengahkan masa, Adiel yang berada di tempat pemandu terus pecut keluar. Ariel yang berada di helikopter pun turut beredar.
"Gila lah. Siapa punya idea ni?", tanya Kavin.
"Tengok orang la.", jawab Adiel dengan sedikit lagaknya.
"Ariel la. Siapa lagi. Abang kau mana boleh buat plan. Dia hadap kerja je.", kata Aidan. Betullah katanya. Kerja di syarikat pun Adiel buat semuanya 100%.
"Padan. Eh tapi serius lah? balai kot.", kata Kavin.
"Mana orang kesah. Balai tu dah tinggal lama kot. Lambat laun nanti orang pecah jugak. Baik kita pecah dulu.", jelas Julian. Dean yang masih bersama komputernya tidak menyampuk. Dia masih tengok lagi video yang dia kacau Arris di dalam lokap tadi.
"Heih, masing-masing tak boleh pakai.", celah Arris sendiri.
"What the hell are you guys doing?!", kata lelaki itu. Dia ialah orang yang menculik Arris, Kavin dan Julian tadi.
"I'm sorry sir.", kata salah seorang orang suruhan lelaki itu.
Tanpa banyak cakap, lelaki itu menyepak kaki orang itu sehingga tersungkur jatuh. Selepas itu, lelaki itu terus menembak orang itu.
Sampai saja di rumah, Ariel terus merawat mereka bertiga selepas mereka semua habis makan malam.
"Hmm.", tahan Julian dengan kesakitannya. Tanpa dia sedar, pada lengan kanannya terdapat luka. Ariel yang jumpa luka tu terus lap dengan minyak sepatutnya.
"Kata jantan. Apa jantan tak tahan sakit.", perli Kavin yang sedang bermain telefon di sofa sebelah.
"Sakit ni tak kisah jantan ke betina. Dah kalau kena tinggal sebab orang lain, just accept the situation.", balas Julian. Mereka yang mendengar ayat Julian terus diam. Terfikir. Ek?
"Tak, sekarang ni siapa yang kena tinggal ni ha? Kau ke? Kena tinggal dengan ladyboy senegara Kavin eh?", usik Arris. Dia melepaskan gelak besarnya. Ariel yang masih dengan luka Julian hanya menggelengkan kepala.
"Suka, suka juga. Kerja jangan lupa. Ambil ni sorang satu.", potong Aidan. Dia memberikan beberapa fail kepada mereka.
"Alahai, kecoh la. Release tension kot.", jawab Arris. Aidan tidak balas. Dia hanya membuat muka menyampah.
"Sudah. Jangan bantah. Kerja kalini serius sikit. Sebab yang ni-", oh, kata-kata Adiel dipotong.
"Apahal aku punya fail tebal? Diorang sikit? Apakah...", potong Arris. Adiel hanya menepuk dahinya.
"Aku sebuk terang, kau pergi potong. Aku siku juga binatang ni karang.", Adiel menunjukkan sikunya ke arah Arris.
"Dengar. Kerja kalini dapat setiap sorang. Tak adanya bagi aku ke, Dean ke atau Aidan. Sebab ni atas kepakaran masing-masing. Salah, orang tu yang kena tanggungjawab. Faham setakat ni?", terang Adiel. Julian, Kavin dan Arris menganggukkan kepala mereka.
"Okay, next. Kau.", Adiel menunjuk Arris. Arris yang terasa dirinya seperti membuat kesalahan besar, laju kepalanya melihat Adiel. Tangannya menunjuk oada diri sendiri.
"Fail kau besar sebab ada syarikat nak collab. Pastu-",
"Eh apahal?! Tu kan kerja kau-"
Pakk!
Aidan memukul belakang Arris dengan kuat. Tertunduk juga jejaka tu dibuatnya.
"Cuba dengar dulu boleh tak.", marah Aidan. Adiel hanya menahan marahnya. Kemudian, Aidan memberi isyarat kepada Adiel untuk sambung.
"Dalam tu ada kertas yang nak collab, kerja kau lah nak approved ke tak. Lepas tu, banyak la jugak kerja kau. Ada setengah kau buat sendiri. Dan setengah lagi kau boleh minta pekerja buatkan. Itu je la yang aku sempat belek tadi.", kata Adiel. Sempat dia menghembus nafas diakhir kata.
Julian dan Kavin dari tadi sudah pergi. Ariel yang bagi tahu mereka sudah tidak ada kena-mengena.
"Hm, Ariel pula. Kau buat dulu yang model RV.AES nak tu, Lepas tu baru balik Amerika. Semua kerja tu aku dah letak dalam fail. Itu saja. Eh, no. Paris. Sorry."
Ariel mengangguk kepalanya. Arris dari tadi hanya termenung setiap helaian kertas kerjanya. Apa yang difikir pun tak tahu.
YOU ARE READING
Coincidence
Action[ONGOING] Siri 1 -Coincidence Siapa sanggup menaruh harapan tinggi dekat lelaki yang rupa elok sehingga menjadi top 1 global visual. Siapa je tak nak, kan? Aku pun nak. Perempuan mana yang tak cair bila ada lelaki yang kacak, baik dan pandai laya...