7

4 0 0
                                    

Sampai saja di mall, Aria terus turun dari kereta dan kaki berjalan menuju ke pintu masuk. Troli yang disediakan dia terus capai.

Kedai perabot dituju. Katanya mahu tukar almari baju. Biasalah, baju makin banyak. Ruang makin sikit.

Terdapat banyak almari yang menarik perhatian Aria. Baju-baju yang berada di dalam almari tu semua hanyalah untuk paparan saja.

"Dah lama ke kat sini?", tegur satu suara dari belakang Aria. Aria pun memusingkan badannya untuk melihat siapa.

"Eh, awak! Anh Nam kan? Lama tak jumpa. saya baru je sampai tadi. Kenapa?", balas Aria selepas melihat Anh Nam yang menegurnya.

"Hahaha kan. Lama kita tak jumpa. Last kita jumpa time kolej dulu kan?", kata Anh Nam. Mereka adalah kawan rapat waktu di Universiti dulu. Dan pertemuan ini membuat mereka berjumpa sekali lagi.

"Haah. UM kan?", jawab Aria. Mereka berdua pun tergelak sama. Di sisi lain, ada mata yang memerhati.

Kavin dan Julian hanya berdiam diri melihat Aria yang sedang berborak dengan seorang lelaki. Baru saja tadi Kavin mahu menegur Aria, tapi orang lain pula yang menyusul.

"Siapa dia tu?", tanya Kavin.

"Kau tanya aku memang aku tak tahu lah labu.", balas Julian.

"Jom kita ikut dia.", kata Kavin. Dia terus menarik lengan Julian. Lengan Julian yang tertarik itu hanya ikut saja kerenah Kavin.

"Awak kerja kat mana sekarang?", tanya Anh Nam. Kini, dia dengan Aria teruskan jalan bersama di dalam mall itu.

"Saya kerja dekat L.E LEAGUE tu. Lama jugak la saya dah kerja situ.", balas Aria. Tiba-tiba Anh Nam memberhentikan langkahnya.

"Tu kan syarikat besar kat sini. Tak silap aku dekat luar negara pun ada dekat certain juga kan? Wah...", kagum Anh Nam. Syarikat tu juga salah satu impian dia. Bukan dia sorang saja. Haha. Aria yang dengar pun hanya mengangguk dan tergelak kecil.

"Lepas tu ada sorang ni dia top global visual kan? Budak Thailand kalau tak silap aku.", tanya Anh Nam yang masih kagum tu.

"Haah. Kavin nama dia. Dia orang atasan juga tu.", jawab Aria. Anh Nam pun mengangguk tanda faham.

"Awak dah makan ke? Kalau belum jom lah sekali.", kata Anh Nam dengan pelawanya. Aria tidak balas, dia hanya mengikut saja ajakan Anh Nam.

Kavin dan Julian masih mengekor Aria dan Anh Nam dibelakang. Sampai ke kedai makan pun mereka ikut juga.

Tempat di tepi dinding menjadi pilihan Aria dan Anh Nam. Kemudian, datang seorang pelayan untuk memberi menu kepada mereka.

Sama juga seperti Kavin dan Julian. Tempat duduk mereka bersebelahan dengan meja diduduk Aria. Seorang pelayan pun datang kepada mereka untuk memberikan menu.

"Uishh... aku ikut je kau pergi mana. Sekali dapat belanja makan la sia. Kedai steak pula tu.", kata Julian suka. Kavin hanya pasrahkan saja nasibnya.

"Awak makan la apa yang awak nak makan.", kata Anh Nam kepada Aria dihadapannya.

"Iwik mikin li ipi ying iwik nik mikin.", ajuk Kavin dengan ayat Anh Nam.

"Hahahahahahahaha! Apahal kau ajuk sia! Kelakar bodoh! Hahahaha!"

Tonkk!!

Tengah sedap Julian gelakkan Kavin, kakinya tersepak kaki meja. Bunyi itu membuatkan mengganggu orang lain. Termasuk lah Aria dan Anh Nam disebelahnya.

Kavin menutup mukanya kerana malu. Dia sorok-sorokkan tangannya dan tunjuk jari tengah kepada Julian. Julian hanya tersengih kerang busuk.

"Eh. Macam kenal. Tu bukan Kavin yang kita cakap tadi ke?", kata Anh Nam selepas Kavin terpandang ke arahnya. Selepas saja Anh Nam cakap, Aria terus memandang ke meja sebelah. Dia membuat muka terkejut dan alihkan pandangan. Sudah lah dia tak datang kerja tak ada sebab. Dua hari pulak tu!

"Maaf ganggu. Tapi ni Kavin kan? Top global visual.", kata Anh Nam. Dia terus ke meja Kavin selepas menyedari jejaka kacak tu di situ.

"Ya, hahaha.", balas Kavin. Dia menyambut tangan Anh Nam yang mahu bersapa dengannya.

"Miif ginggi. Tipi ni Kivin kin. Tip glibil visiil.", ajuk Julian dalam bisikan.

"Sorry?", tegur Anh Nam apabila dia sedari yang Julian berkata sesuatu.

"Ha? Oh! Tak ada. Keluar dengan awek ke bang?", tanya Julian yang tengah kekok. Matanya terkebil-kebil.

"Tak lah. Kawan je. Kebetulan jumpa kat sini.", jawab Anh Nam. Aria yang dari tadi mengalihkan pandangan terus memandang balik ke Kavin. Dia pun memberikan senyuman kekok kepada Kavin.

"Bukan budak ni ke yang tak datang kerja dua hari yang tak ada sebab tu.", bisik Julian sendiri.

"Baa!!"

"Baa baa black sheep!!", melatah Julian selepas ada orang datang terkejutkan dia.

"Hahahaha!", gelak Arris dan Adiel yang baru sampai.

Aria yang sudah panik tadi kini bertambah panik. Bos besar pulak muncul. Esok masuk kerja mesti kena habis.

"Tu bukan budak-"

"Ya. Budak dua hari tak datang tu.", bisik Julian kepada Arris. Arris hanya diam tak berkata.

"Tak apa lah, saya makan dulu ya.", kata Anh Nam selepas dia menyedari Arris dan Adiel datang. Kavin hanya senyum dan mengangguk.

Selepas beberapa minit, makanan pun sampai di kedua meja dengan serentak. Makanan Arris dan Adiel sedikit lambat kerana mereka datang lewat.

Kavin yang tengah sedap mengunyah makanannya, tiba-tiba dia berhenti. Memandang ke arah Arris yang sedang memandang ke arahnya.

"Diam. Aku bagitahu nanti."

"Dean. Mana yang lain?", tanya Aidan yang menyedari hanya Dean saja di dalam rumah.

"Keluar.", jawab Dean sepatah.

"Mana?", tanya Aidan lagi. Dean hanya mengangkat bahu tanda dia tak tahu. Kemudian, Aidan terus duduk disebelah Dean.

"Zeno ada datang?", bisik Aidan.

"Tak payah bisik. Nanti aku delete scene kita ni kat CCTV.", kata Dean. Dia membuka laptopnya dan terpampar rakaman video CCTV mereka. Tambahan pula, CCTV mereka dapat kesan suara. Sebab itulah Aidan bisik dekat Dean.

"Aku tak tahu dia buat apa sekarang. Sejak accident parents Aria tu, dia terus hilang tak ada jejak.", sambung Dean. Aidan disebelah hanya dengar

"Aku ada cuba cari dia. Tapi memang tak ada. Tak ada tanda-tanda dari dia. Makhluk sama dengan dia pun aku tak jumpa."

Aidan hanya mengeluh perlahan. Jejaka bernama Zeno tu sudah lama dia cari dari dulu selepas kemalangan suatu ketika. Hanya mereka berdua saja yang masih mencari.

Disebabkan amukan Arris, dia tidak lagi mahu bertemu dengan Zeno. Satu insiden membuatkan mereka regang. Dengan itu, tiada siapa yang berani mencari Zeno selepas arahan Arris. Kecuali mereka berdua. Dean dan Aidan.

Coincidence Where stories live. Discover now