"Kau ada dapat apa-apa?", tanya Aidan kepada Dean yang masih menaip laptopnya.
"Tak...", jawab Dean dengan malas. Sempat dia minum air yang berada di atas meja. Aidan pun mengambil tempat di sebelah Dean.
"Kau tak takut ke kalau Adiel dengan yang lain tau? Lagi-lagi si Arris.", kata Aidan.
"Tak... tapi kalau Arris, ya.", balas Dean. Dia memandang Aidan. Mata mereka bertentang seketika.
"Dia boleh buat lagi teruk dari benda teruk yang dia pernah buat.", sambung Dean. Dia terus menutup laptopnya dan beredar menuju ke bilik. Aidan yang berada di situ dia hanya biarkan sendiri.
"Sampai! Hello, Thailand! Sawadikhrap!", jerit Julian selepas dia turun dari tangga kapal terbang itu. Walaupun ada orang, kisah apa dia.
"Jangan buat malu la, jantan.", kata Adiel. Dia sempat menepuk belakang kepala Julian. Julian dari belakang Adiel pun membuat gaya mahu menumbuk.
"Dah la pantat. Serabut aku.", kata Arris pula. Dan kali kedua Julian kena tepuk belakang kepalanya.
"Kurang asam punya barua! Hey! Jangan sampai aku lenyek korang!", jerit Julian lagi. Dia terus berlari mendapatkan Arris dan Adiel yang sudah dihadapan. Apa lah nasib.
"Arris. Buka location. Kita pergi terus kat tempat tu.", arah Adiel.
"Alah, tak akan nak gerak terus ke sana. Kita santai lah dulu bro.", balas Arris.
"Haa kita santai lah dulu bro! Tak elok stress sangat kat kerja. Nanti tua tak ada siapa nak.", celah Julian. Dia sempat menyelahkan diri di tengah-tengah antara Adiel dan Arris.
"Tak nak aku. Malas aku lama-lama. Banyak lagi kerja aku.", kata Adiel dengan malas.
"Ceh. Dah lah pergi Thailand pun naik flight. Boleh je naik kereta. Tak pun kereta api.", balas Arris. Hujung bibirnya sempat dijongketkan sedikit.
"Kalau ya pun bang. Kita rehat la dulu. Baru je lepas sampai takkan terus perah otak kot. Malam sikit la kita pergi.", kata Julian pula.
"Haa betul tu betul. Kita-"
"Ah. Tak ada. Kita dah rehat dalam flight tadi kan. Habis kerja ni kita balik lah.", potong Adiel dengan ayat Arris tadi.
"Tapi-"
"Aku bos ke kau bos?", potong Adiel kali kedua. Kalini ayat Julian pula di potong. Mereka berdua hanya merengus sedikit. Kemudian, mereka bertiga terus gerak ke lokasi yang diberikan.
Sampai saja di lokasi, Adiel merenung tempat itu dengan muka pelik. Arris yang baru turun dari kereta pun melihat tempat itu kemudian berpaling pada Adiel. Dia hanya menahan gelak.
"Tempat apa ni?", tanya Julian sambil terkaku dengan tempat itu.
"Sawadi khrap. Khea mana phi chay. Rea samarth ptibati to khum hemuen cea hying. (Hai. Silakan masuk. Kami akan layan abang semua macam puteri.)", kata seorang pekerja yang baru keluar dari kedai itu. Lelaki itu dengan tidak berbaju terus menyapa mereka masuk.
"What the hell is this place?", bisik Adiel kepada Arris.
"Kau tak reti baca ke? Tengok tu. Welcome to Fahan Nail Studio! Hahahaha! Sawadikhrap!", balas Arris dengan memperlekehkan Adiel. Kemudian, dia terus bersapa dengan lelaki dari kedai itu.
"Hahahaha!! Boek la Ris! Hey, man. I want to polish my nails. Pedicure and manicure, please.", balas Julian pula selepas melihat kelakuan Arris. Mereka berdua terus masuk ke dalam kedai dan tinggal lah Adiel sorang di luar dengan muka marahnya.
"Fuck.", kata Adiel sepatah.
Selesai sahaja, Arris dan Julian terus keluar dari kedai dengan senyuman. Kuku kaki dan tangan ditunjuk antara satu sama lain. Sangat berkilat dan cantik!
"Tak pernah sia aku buat macam ni. Argh!", kata Arris gembira.
"Kan... nampak bersih tho. Sebelum ni penuh daki dengan taik kuku. Hmph!", balas Julian.
"Hahaha. Adiel mana eh? Aku call dia jap.", Arris mahu mengeluarkan telefonnya dari poket. Tapi dia langsung tak nak kuku barunya itu rosak. Jadi, dia membuat jarinya lentok.
"Apa jadah kau buat ni labu? Boleh je kau ambil macam biasa.", kata Julian dengan tengok cara Arris itu.
"Tak boleh weh. Sayang lah...", balas Arris sayu.
"Ish kau ni. Lama-lama nanti hilang jugak."
"Yeah, but not now. I want to enjoy this stuff first." kata Arris. Dia langsung tak hiraukan kata Julian.
Adiel masih menunggu mereka di dalam kereta. Tunggu masa saja dia nak meletup dengan perangai adiknya tu. Tanpa berfikir panjang, dia terus keluar dari kereta dan menuju ke Arris dan Julian yang masih di hadapan kedai.
"Lama mana kau nak stay sini.", kata Adiel mendatar apabila tiba disitu.
"Aku baru nak call kau. Tetiba dah sampai.", balas Arris.
"Dah jom terus balik Malaysia. Jangan nak bazir masa.", Adiel terus berjalan meninggalkan mereka dibelakang.
"Cepat betul kau-"
"Arris Emillian. Julian Han.", panggil Adiel mendatar. Mereka berdua yang dari tadi terkekek memperbodohkan Adiel, terus terdiam. Nama dah kena panggil. Nasib pendek bukan panjang.
Selepas beberapa jam, mereka bertiga pun sampai di rumah. Adiel mencari kelibat Aidan, Dean dan Kavin kerana dia terasa kosong rumah itu.
Tapp Tapp Tapp
Terdengar seperti ada orang memotong, Adiel terus ke dapur. Kelihatan Dean di dapur yang sedang memotong lobak merah bersama bahan yang lain di dalam mangkuk.
"Kau buat apa?", tanya Adiel.
"Nak masak.", jawab Dean ringkas.
"Untuk?",
Dean tidak menjawab, malah dia menunjukkan sesuatu di luar dengan cara muncungkan bibirnya. Tanpa fikir apa-apa, Adiel terus ke laman belakang yang ditunjuk Dean tadi.
"Whiskey meow meow...", kata Kavin dengan mamai. Dengan cara kedudukannya menyangkung melihat wajah Aidan yang sedang baring. Siap usap Aidan seperti kucing.
"Apakah...", kata Adeil sepatah melihat kelakuan Kavin dan Aidan.
"Seriously? Aidan pun sama?", kata Julian yang baru menjejakkan kakinya di dapur melihat situasi yang sedang berlaku itu.
"Barua tu nama je melayu. Tapi sama macam Kavin. Nama betul Dan apa tah. Belakang dia Dan Dan juga.", celah Arris. Dia juga baru datang dari ruang tamu tadi.
"Dandan hang nak tau. Baru nak rehat hang tak dandan, pasaipa. Dan tak dan dandan ikut dan.", balas Julian dengan loghat utara. Tercengang jugalah Arris mendengar.
"Meron Ka Dan. Budak Rome.", celah Dean yang tengah masak tu. Dari tadi telinganya pasang mendengar kata-kata mereka.
"Haa, Meron Ka Dan!", kata Julian dan Arris serentak.
"Bukannya macam kau. Dan tak dandan apa benda dan lah kau sebut tadi.", balas Adiel sambil menepuk belakang Julian. Julian hanya menahan sakit tanpa membalas.
"Nama dah lah susah nak sebut. Nasib aku bagi nama elok. Melayu pun melayu lah mat.", kata Arris sambil dia tengok balik keadaan Aidan dan Kavin tengah mabuk tu. Menggeleng kepala dia.
YOU ARE READING
Coincidence
Action[ONGOING] Siri 1 -Coincidence Siapa sanggup menaruh harapan tinggi dekat lelaki yang rupa elok sehingga menjadi top 1 global visual. Siapa je tak nak, kan? Aku pun nak. Perempuan mana yang tak cair bila ada lelaki yang kacak, baik dan pandai laya...