"Kenapa budak Aria ni ada sekali?", tanya Adiel. Baru saja haritu dia marah Kavin. Sekarang ni Ariel pula?
"Masalahnya aku pun tak tahu. Aku tengah elok scan cari korang satu bangunan, tiba-tiba budak ni ada.", jawab Ariel. Banyak kali dia cakap yang dia tak tahu. Tak apa lah, tanggungjawab Adiel juga tentang semua benda.
"Ni semua kau punya pasal.", kata Adiel menekan ayatnya sambil memandang tajam kearah Kavin.
"Aku tau la tu silap aku. Tapi jangan la ungkit sampai kat Paris sini. Tu kes Malaysia kan.", balas Kavin.
"Habis tu kita ni elok-elok kat Malaysia macam mana boleh sampai sini? Diorang memang tak boleh alihkan kita negara ke negara ke?"
Nampaknya Adiel agak tertekan. Sudahlah dekat kerja dia tertekan. Kat sini pun ada tertekan. Mana-mana tempat dia tertekan.
Lain pula dengan Julian. Kalau Julian mana-mana tempat dia bodoh.
"Sudah lah. Bertekak kat sini bukan boleh buat apa pun.", celah Arris meredakan keadaan.
"Ye aku tau sekarang ni kerja kita susah. Dulu senang sebab ada...", Arris melepaskan keluhannya. Nak sebut pun sakit hati.
"Dulu senang sebab ada orang jaga belakang kita. Sekarang ni kita kena jaga sendiri. Paling busuk pun jaga circle kita ni.", sambung Arris. Serba salah dia nak bercakap.
"Kalau tak boleh jangan paksa.", kata Dean. Dia sempat menggosok belakang Arris untuk tenangkan jejaka itu.
Mereka yang lain yang dengar ayat Arris hanya diam tidak membalas. Mereka tau siapa yang dimaksudkan Arris tadi.
Selepas beberapa minit mereka mendiamkan diri, Aria yang baring di atas sofa menunjukkan reaksi yang dia sudah sedar.
"Perempuan ni dah sedar ke?", kata Ariel. Mereka pun memandang kearah Aria yang terbaring atas sofa.
Perlahan-lahan Aria membuka matanya. Agak silau kerana lampu berada betul-betul diatas syiling itu.
"Saya kat mana ni?", tanya Aria sejurus semua mata memandang kearahnya.
"Kavin?!", nampak saja Kavin, Aria menekup mulutnya sendiri. Dia nampak Kavin seperti Kavin adalah orang jahat.
Adiel yang melihat keadaan itu hanya perhati. Siapa yang tak betul sekarang ni?
"Kau buat apa Kavin.", tanya Julian.
"Aku buat apa?", tanya Kavin balik.
"Tak, kau buat apa kat perempuan tu?", terang Arris dengan soalan Julian.
"K- Ka- Kavin. Dia tadi culik saya!", kata Aria. Dia masih ingat apa yang jadi dekat hotel tadi.
"Kau culik dia? Tsk. Buruk betul perangai.", kata Arris meremehkan Kavin.
"Aku tak culik dia la. Ariel suruh aku ambil dia pakai style orang cekup mulut tu. Pastu aku pula yang kena.", terang Kavin apa yang terjadi dia dengan Ariel.
Aria berlari mendapatkan Arris. Baju Arris dia tarik dan menggenggam.
"Sir, bawak saya balik! Kenapa saya kat sini! Tolong Sir!", rayu Aria dekat Arris
"Eh perempuan! Jangan sentuh aku! Bukan mahram! Pergi la dekat Julian! Kau nak romen dia pun mana dia kisah! Argh!", Arris terus menolak Aria yang pegang bajunya tadi. Aria pun terlepas pegangannya dari baju Arris. Dia pun terus ke Julian.
"Arghh! Jangan romen aku! Tak nak! Shuhh!", kalini, Julian pula yang menolak Aria ketepi.
Ariel yang duduk dengan tenang tadi terus bangun membantu Aria. Dia menarik Aria untuk duduk di sofa dan menenangkan dia.
YOU ARE READING
Coincidence
Action[ONGOING] Siri 1 -Coincidence Siapa sanggup menaruh harapan tinggi dekat lelaki yang rupa elok sehingga menjadi top 1 global visual. Siapa je tak nak, kan? Aku pun nak. Perempuan mana yang tak cair bila ada lelaki yang kacak, baik dan pandai laya...