5

7 1 0
                                    

Seminggu sudah berlalu. Masing-masing ikut kerja yang ditetapkan oleh Adiel. Dari rumah ke pejabat. Dari pejabat ke rumah, mereka ikut haluan sendiri. Tiada percakapan. Tiada gurauan.

Arris memandu santai. Dari rumah menuju ke syarikat Adiel. Parking saja kereta dihadapan pintu masuk tu, dia terus mencapai fail dikerusi sebelah dan terus mematikan enjin kereta.

Elok saja dia berjalan, tapi ada mata-mata yang tak elok. Tengok dia dari masuk sehingga pintu lif memisahkan.

Pakk!

Sebelum sempat pintu lif itu tutup dengan penuh, ada seorang perempuan yang menahan pintu itu. Kemudian, perempuan itu terus masuk ke dalam lif dan terus menekan punat '8'.

"Huh... nasib sempat.", keluh Aria sejurus lif itu mula menaik. Arris yang berada di situ hanya pandang atas bawah. Sis, tak nampak ke tanda lif ni?

Aria memandang ke arah Arris. Dia pun menunduk sedikit kepalanya kepada Arris. Hormat la sikit kan. Keadaan kembali sunyi sehingga lif itu tiba di tingkat 8.

"Eh!", sejurus saja dia keluar, ada seorang menariknya dengan kuat.

"Kenapa kau tarik aku?!", kata Aria.

"Kau sedar tak kau masuk lif apa?", jawab Dayah kawan kepada Aria.

Aria tidak menjawab. Dia terus menutup mulutnya.

"Exactly ! Kau masuk lif orang atasan, beb!", terang Dayah.

"Tapi kan, bukan aku sorang. Ada sorang lagi dalam tu." Aria menafikan rasa takutnya. Rasa lega lah sikit rasa takut tadi

"Beb, tu bukan orang biasa. Itu adik sir Lean! Lorcan nama dia. Sir Lorcan."

Arris masuk ke dalam pejabat Adiel dengan muka peliknya. Kaca mata hitam yang dipakai terus dibuka dan meletakkan atas meja yang berada di tengah sofa.

"Kau kenapa muka macam tu.", tegur Adiel dengan muka Arris.

"Staf kita ni dah buta eh? Sampai lif pun tak tau mana yang tak boleh naik. Pelik aku.", kata Arris dengan situasinya di dalam lif tadi.

"Asal?"

"Tak... tadi ada sorang masuk sekali dengan aku. Dia macam lambat. Entah la aku. Malas nak fikir. Nah ambil.", Arris mencampakkan failnya ke Adiel, kemudian dia terus menghempas badannya pada sofa.

"Bodoh sial dia ni. Dean, tolong tengok jap CCTV yang Arris cakap tadi.", Adiel terus memberi arahan kepada Dean. Dia tahu yang Dean sentiasa memasang telinganya. Tak perlu lah dia terang balik.

"Oi. Apahal kat sini?", tegur Kavin selepas dia membuka pintu.

"Entah la aku pun tak tahu kenapa aku kat sini. Kenapa ek Dean? Kenapa aku kat sini ek?", perli Arris. Dean yang dengar namanya disebut, tidak melayan.

"Aku tanya je. Jangan la serius sangat. Seminggu dah mat kita tak cakap.", kata Kavin.

"Itu lah tu. Nak buat macam mana? Hadap je lah. Sinilah kau sekali rehat.", ajak Arris dengan kesenangannya.

"Kho tôt ná khráp (maaf). Banyak kerja. Next time eh.", balas Kavin sambil mengusap rambut Arris dengan lembut.

"Apakah yang dia cuba buat ni??", kata Arris dengan membuat muka geli. Kavin hanya gelak. Apa? Ingat aku gay ke?

Siang sudah bertukar malam. Jam menunjukkan sudah pukul 21:30. Di dalam bangunan yang gah itu hanya tersisa lima orang saja, Adiel, Dean, Arris, Kavin dan Julian. Aidan sudah balik selepas dia berjumpa dengan client petang tadi.

Coincidence Where stories live. Discover now