Ternyata...
Kavin pulang dengan keadaan mabuk. Dinding kaca yang pecah itu dia yang pukul menggunakan helmet milik Arris.
Adiel yang mendahului di tempat kejadian, ternampak Aria yang berada di belakang Kavin. Dia memandang Aria dengan penuh tanda tanya.
"What the hell? Dendam apa sampai helmet aku jadi mangsa?", kata Arris selepas dia sedar helmetnya menjadi mangsa.
"Kau bodoh sangat tu bro.", balas Julian.
"Tolong angkat budak ni letak kat bilik dia.", arah Adiel untuk mengalihkan Kavin yang sudah terbaring diatas lantai.
Tanpa banyak bunyi, Aidan menawarkan dirinya untuk mengangkat jejaka yang mabuk itu.
"Aria?", kata Ariel selepas dia berlari ke ruang tamu dan ternampak Aria juga berada di situ.
Aria hanya senyum tawar.
Ariel memandang Adiel untuk memberi Aria masuk.
Adiel yang mengerti pandangan Ariel itu, dia hanya mengangguk.
"Masuklah dulu.", pelawa Ariel selepas Adiel mengizinkan.
Aria pun masuk dengan pelawaan Ariel. Dia mengekor mereka ke sofa ruang tamu.
"Apa jadi? Kenapa awak ada dengan Kavin?", tanya Adiel dengan nada lembut.
"Saya keluar tadi. Lepas tu nampak Kavin jalan tak tentu arah.", jawab Aria mengenai keadaannya bersama Kavin.
"Kavin ada buat apa-apa dekat kau ke?", tanya Ariel pula.
Aria menggeleng dengan sedikit senyuman. Niatnya hanya menghantar Kavin saja daripada benda buruk terjadi. Sama ada Kavin atau orang awam.
Arris, Julian dan Dean hanya perhati tanpa kata. Aidan yang sudah letak Kavin di biliknya, terus turun ke ruang tamu bersama mereka.
"Kalau tak ada apa-apa lagi saya minta diri dulu.", kata Aria selepas keadaan senyap beberapa minit.
"Awak nak balik macam mana? Dah malam ni.", balas Adiel sambil tengok jam dinding.
"Tak apa. Belum pukul 12 lagi.", kata Aria dengan senyuman tawar.
"Awak punya kereta tu serupa aquarium. Sesiapa je boleh tahu yang awak drive malam-malam.", balas Adiel. Risau sangat dia dengan Aria tu.
"Pfft- kereta aquarium.", gelak Arris dan Julian selepas dengar ayat Adiel mengatakan kereta Aria seperti aquarium ikan.
Aria hanya menunduk kepalanya kebawah. Terasa dianaya oleh kereta sendiri. Kenapalah tak buat tinted awal-awal.
Adiel hanya menjeling Arris dan Julian. Tak habis-habis nak ejek orang.
"Tak apa lah. Awak bermalam lah kat sini untuk sehari.", kata Adiel.
Ariel, Arris, Julian, Dean dan Aidan serentak memandang Adiel. Dengar ayat Adiel yang menyuruh Aria bermalam disitu terus terbuntang mata mereka.
"Oh. Tak apa. Boleh je. Kau sebilik dengan aku. Sebab bilik dah penuh.", kata Ariel menafikan perasaannya selepas dapat pandangan dari Adiel.
"Ada lah bilik lebih. Bilik bibik dekat belakang dapur tu.", celah Arris.
Ariel mencampak bantal sofa kearah Arris. Mulutnya terkumat-kamit memaki adiknya tanpa suara.
Arris pun membalas seakan mahu membaling bantal itu kembali.
YOU ARE READING
Coincidence
Action[ONGOING] Siri 1 -Coincidence Siapa sanggup menaruh harapan tinggi dekat lelaki yang rupa elok sehingga menjadi top 1 global visual. Siapa je tak nak, kan? Aku pun nak. Perempuan mana yang tak cair bila ada lelaki yang kacak, baik dan pandai laya...