39

11 1 0
                                    

Arris mengikut Adiel masuk ke dalam biliknya. Dia mula duduk di atas kerusi manakala, Adiel ke arah meja kecil bersebelahan katilnya. Satu kotak diambil.

Adiel pun duduk berhadapan Arris bersama kotak yang diambilnya tadi.

"Tengok lah.", kata Adiel.

Tanpa sepatah kata, Arris mengambil kotak itu dan membuka. Sekeping gambar di atas yang mengkuburi isi lain dibawah menjadi perhatian matanya.

Gambar itu diambil olehnya.

"Kau dengan Aria dah lama ke bersama?", tanya Arris. Matanya tidak beralih pada gambar yang dipegang.

"Hm. Cukup lama sampai mak dengan ayah dia percaya aku.", balas Adiel.

"Tapi, kenapa time dia jumpa kau haritu, dia macam tak kenal kau? Macam orang asing.", kata Arris. Gambar dipegang diletakkan atas meja.

"Sebab dia dah tak ingat aku."

Beberapa tahun lepas...

     "Puas hati ke?", tanya Adiel yang sedang memandu.

"Hm? Kenapa?", soalan dibalas soalan.

"Ye lah, puas tak hati dapat shopping? Tambah pula saya yang temankan awak.", balas Adiel. Dia tergelak kecil.

"Hahaha, terima kasih awak.", kata Aria riang. Suka betul dia.

Adiel tergelak lagi dengan keriangan yang tercetus pada Aria. Dia hanya menggelengkan kepalanya dengan sedikit senyuman terukir.

Selang beberapa minit memandu diatas jalan raya dengan kelajuan biasa, tiba-tiba keretanya semakin perlahan. Ramai orang disitu mencari sesuatu.

     "Kenapa, awak? Ada apa yang tak kena ke?", tanya Aria. Dia melihat sekeliling kawasan yang dipandu Adiel itu.

     "Ada accident.", jawab Adiel ringkas. Matanya melilau mencari kenderaan itu kerana serpihan dari kereta itu berterabur diatas jalan raya.

Aria hanya melihat keadaan itu sambil Adiel memandu keretanya dengan kelajuan minimum.

"Eh, awak! Itu... itu... itu macam kereta ayah!", kata Aria apabila dia nampak sebuah kereta yang sangat familiar baginya.

Adiel pun mengecilkan matanya untuk mengecam kereta tersebut.

"Haah lah...", Adiel terus memakirkan keretanya dipinggir jalan. Tali pinggang keledar dibuka serta-merta.

Sama juga seperti Aria. Selepas dia membuka taki pinggang keledar itu, dia cuba membuka pintu untuk keluar sebelum Adiel menarik lengannya.

"Jangan, sayang. Bahaya kat luar tu.", kata Adiel lembut. Dia tahu perasaan Aria. Dan dia cuba untuk berlembut habis.

"Saya risau lah awak. Mak dengan ayah tu...", air mata Aria berjurai membasahi pipi mulusnya.

"Ya, saya tahu. Tapi bahaya. Itu, tengok. Ada sorang perempuan datang kat situ. Mungkin dia nak tolong?", kata Adiel. Ada seorang perempuan yang melangkah ke kereta yang terbelah dua.

Adiel dan Aria hanya melihat gelagat perempuan itu. Perempuan itu hanya berdiri dihadapan kereta yang sudah hilang separuh badannya.

"Kenapa dia tercegat. Tolong la...", rayu Aria.

Perempuan itu hanya membelek ringan kereta dan orang di dalam. Keadaan sangat lah teruk. Dan perempuan itu langsung tiada hati perut. Dia boleh je tengok macam tu.

Beberapa saat kemudian, perempuan tu pergi meninggalkan mangsa disitu.

"Dia nak pergi mana? Kenapa tak tolong mak dengan ayah..?", Aria terus membuka pintu dan berlari kearah kereta.

"Aria!", jerit Adiel memanggil kekasihnya. Dia juga turut keluar dari kereta mengikut jejak Aria.

Tiba-tiba...

BOOMM!!

Kereta itu tiba-tiba meletup dengan sendiri. Aria yang hanya tinggal beberapa inchi dari kereta itu terus terpelanting kebelakang sehingga kepalanya terhantuk kuat pada jalan tar.

Adiel menghalang mukanya apabila satu letupan kuat itu mula meletup. Riak wajahnya bertukar apabila dia melihat keadaan Aria dengan mata kepalanya sendiri.

"Aria!", jerit Adiel sebelum dia berlari kearah Aria yang sudah terbaring.

Adiel mengangkat kepala Aria dan letakkan di atas ribanya. Darah yang deras mengalir dari kepala Aria turut membasahi peha Adiel.

Dan, air mata jantan Adiel Lean Emillian gugur dari takungan kelopak bawah matanya dan membasahi pipi.

Sekarang...

"Lepas aku puas nangis and tak tahu nak buat apa, aku terus call ambulan. Dia sedar je dari koma, dia dah tak ingat aku.", kata Adiel.

Arris masih kusyuk mendengar cerita dari abangnya. Sungguh dia terkejut yang baru sekarang dia tahu Adiel ada hubungan dengan seorang perempuan.

Sebelum ni, dia hanya anggap yang Adiel ni adalah manusia paling bosan dia pernah jumpa. Dan juga manusia yang mementingkan kerja daripada bersosial.

     "Oh, kau tak cuba cari jalan ke nak bagitahu dia balik?", kata Arris memberi cadangan.

     "Entah. Biar lah dulu. Aku tak nak la rushing sangat.", balas Adiel.

     "Rushing apa kau ni. Bertahun dah weh. Bukan berminggu ke berbulan ke apa. Tahun nyah!"

Adiel tidak membalas. Otaknya ligat memikirkan cara.

     "Tapi, dia tu dah macam syok dekat Kavin."

     "Haah. Memang. Kau menang kan budak tak bertauliah tu. Bagus.", keluh Arris.

     "Kau dengar sini ek. Dia tu, kaki perempuan. Dia layan tak layan ikut nafsu je. Kalau nak, nak. Kalau tak nak, pergi mampus.", sambung Arris lagi.

     "Aku tau. Tapi-"

     "Pastu kalau kau dah tau?", potong Arris. Tak sempat Adiel menghabiskan ayatnya.

     "Tapi, sekarang ni kalau kau buat vote aku dengan si kuman tu, dah sah-sah dia yang menang."

     "Ye, sebab dia pakai muka bro. Face card dia laku keras. Cuba kalau diorang tahu apa yang kau ada. Patah balik la brader.", balas Arris dengan sinis.

     "Entah lah. Aku buntu sekarang ni."

     "Dah bertahun-tahun pun buntu lagi. Aku senang je, kalau kau tak boleh buat biar aku yang tolong. Settle. Meluat aku lambat laun macam ni."

Arris menggelengkan kepalanya. Dia pula yang serabut fikir masalah abang sorangnya ni. Masalah sendiri pun terbengkalai. Ini pula nak settle masalah orang.

Not my style lah brader, sistah!

Coincidence Where stories live. Discover now