28

10 1 0
                                    

Selepas perbincangan yang lama, akhirnya Kavin menawarkan dirinya untuk menghantar Aria ke rumah. Sebelum malam menjelma, Adiel sudah memastikan yang Aria sudah berada di rumahnya.

Dalam perjalanan Kavin menghantarkan Aria, dia hanya memandang ke depan tanpa membuka mulut. Kavin di tempat pemandu itu sudah beberapa kali pandang kearahnya.

"Tengok lah depan.", kata Aria. Dia akhirnya membuka mulut mengisi ruangan yang sunyi sepi itu.

Kavin tidak membalas. Dia pun kembali tumpu pada pemanduannya. Kecut tetiba. Garang nau.

"Kau betul nak berhenti ke?", Kavin memulakan pertanyaan selepas beberapa minit mereka berdiam.

     "Iya. Saya tak nak kerja dengan penipu.", balas Aria.

     "Macam mana lagi kitorang nak tunjuk sampai kau percaya?"

Aria mengeluh sebelum membalas.

     "Saya memang tak percaya. Mafia tu kisah untuk takutkan budak-budak je. Kalau saya kata saya ni duyung, awak percaya? Tak, kan. Macam tu lah saya.", dia menyilangkan kedua tangannya ke dada.

     "Habis tu kau nak kerja mana lepas ni?", tanya Kavin yang ingin tahu.

     "Tak penting pun untuk awak ambil tahu.", jawab Aria dengan satu nafas.

     "Kau pergi mana, ha?! Berhari-hari tak balik.", jerkah Puan Rania apabila Aria setapak selangkah masuk ke dalam rumah.

Aria diam tidak berjawab.

Sudah beberapa hari Aria tidak balik. Puan Rania yang masih berdendam dengan anaknya sendiri bertambah lagi dendamnya apabila keadaan begini berlaku.

"Aku tanya ni jawab la!", suara Puan Rania naik satu oktaf. Dia gigih mengejar Aria dengan kerusi rodanya.

Encik Arham yang terkejut itu terus keluar dari bilik. Isterinya yang terpekik itu membuat hatinya berdegup.

"Aria!", kata Encik Arham selepas matanya tertumpu pada susuk tubuh anak tunggalnya.

Aria mengukirkan senyuman pada ayah kandungnya.

Kemudian, Encik Arham pun melangkah untuk memeluk anaknya.

"Kamu pergi mana ni, Aria? Risau tau ayah dekat kamu. Lain kali jangan buat macam ni. Ayah call kamu tak dapat.", kata Encik Arham sambil menggelengkan kepalanya.

     "Maaf ayah. Aria janji lepas ni tak buat dah.", balas Aria sambil tersengih.

Encik Arham tersenyum tawar.

     "Layankan lah sangat anak tu. Abang kena ingat, sebab dia saya jadi macam ni.", celah Puan Rania.

     "Awak ni. Dah takdir awak, tak baik cakap macam tu. Nasib awak hidup lagi je.", balas Encik Arham dengan sikit gurauan.

     "Abang memang nak saya mati ke?"

Encik Arham tidak membalas. Dia hanya tergelak kecil. Dia pun menyuruh Aria masuk ke biliknya.

     "Kau dah hantar dia?", tanya Adiel.

Kavin tidak menjawab. Dia memandang kearah Adiel sambil mengangguk beberapa kali.

     "Kavin. Aku ada benda nak tanya kau ni.", celah Ariel yang baru melangkah ke ruang tamu sambil membawa secawan kopi.

     "Nak tanya apa?"

     "Aku tau kau perasan dengan mak Aria tu. Kau diam sebab tak nak ungkit kes lama tu kan.", kata Ariel sambil menghirup air kopinya.

     "Mak Aria? Kenapa dengan mak dia? Ada kena mengena dengan kita ke?", tanya Adiel dengan beberapa soalan di tanya selaki gus.

     "Kes terbesar kita dekat sini.", jawab Ariel ringkas.

Adiel tidak membalas. Dia dapat agak apa yang dikatakan Ariel.

     "Apa plan kau? Kau jangan macam-macam. Zeno memang tak ada. Tapi bayang dia ada.", kata Ariel beralih kembali kepada Kavin.

     "Apa maksud akak 'bayang dia ada'?", tanya Kavin. Keningnya berkerut.

     "Waktu Aria kena culik tu, ada orang bisik kat aku. Tapi keliling aku mana ada orang. Korang je dah ke depan. So, aku tau tu Zeno. Dia je yang boleh bisik dengan bayang dia tu.", jawab Ariel.

Kavin tidak membalas. Otaknya ligat berfikir.

     "Zeno muncul dekat kau sebab dia tau yang kau ni boleh bawa bincang. Tak kecoh.", celah Adiel.

     "Aku pun rasa macam tu. Cuba kalau dia muncul depan Arris, tamat lah riwayat dia.", balas Kavin.

Aidan yang berada di laman rumah, kembali masuk selepas sudah puas dirinya berada di luar. Kakinya melangkah ke ruang tamu apabila melihat Adiel, Ariel dan Kavin disitu.

Tapi, kakinya terhenti apabila...

     "Hm... lelaki macam Zeno tu bukan senang kita nak beragak. Ramal perbuatan dia pun susah.", kata Adiel.

Kakinya terhenti apabila mendengar nama Zeno disebut. Jejaka misteri itu lah yang dia dan Dean cari selama ini.

Dia pun kembali menyorok di dapur. Niat hanya ingin dengar apa yang mereka bual kan.

     "Dia kan vampire. Kau expect apa?", kata Kavin.

     "Tapi kan, nak ke kita mula cari dia? Tapi jangan sampai Arris tau.", kata Ariel memberi cadangan.

     "Aku tak rasa macam tu. Makin kita cari, makin jauh dia pergi dan makin lama masalah kita nak selesai.", balas Adiel.

     "Tambah pula bila kau kata haritu yang Aidan dan Dean cari dia. Dah kalau macam ni dia boleh buat, mesti dia boleh benda ni lagi.", sambungnya lagi.

Aidan yang mendengar namanya dan Dean disebut, terus jantungnya berdegup laju.

     "Aku rasa ada sesuatu antara Dean dengan Aidan ni.", kata Kavin.

Mereka bertiga memandang sesama sendiri. Otak ligat berfikir permainan yang penuh misteri dan teka teki.

     "Selamat petang wahai ahli neraka semua!"

Mereka terkejut dengan jerkahan Arris yang membuka pintu itu. Termasuk lah Aidan yang menyorok di dapur.

     "Saya lah raja segala raja! Tunduk lah wahai rakyatku yang angkuh macam tahi ayam!", sambung Arris lagi dengan laungan suaranya.

Kemudian, muncul la muka Julian dengan tangannya menarik lengan Dean untuk mengikut jejak langkahnya.

Lalu, Julian melutut dihadapan Arris. Lengan Dean ditarik untuk mengikut langkahnya.

Dean buat tak endah. Dia memusingkan badannya dan melangkah ke sofa dan duduk di sebelah Kavin.

     "Cium lah kaki wangi ku ini.", kata Arris sambil menghulurkan kakinya pada Julian.

     "Ni melebih. Sampai nak cium bagai ni. Kaki dah lah berdaki.", balas Julian. Dia pun bangun dari melututnya tadi.

     "Siapa suruh kau buat macam tu. Ingatkan nak ikut jejak langkah aku.", kata Arris sambil melangkah ke arah sofa. Ruang disebelah Ariel menjadi pilihan. Bersama juga dengan Julian, dia duduk bersila di bawah.

Tidak lupa dengan Aidan yang menyorok dirinya di dapur. Dia pun melangkah ke ruang tamu dan duduk di sebelah Adiel.

'Aidan dengar perbualan korang tadi. Dia sorok dekat dapur.'

Ariel memandang Arris. Arris pun memandang kearahnya.

"Apa kau tengok-tengok? Nak ikut jejak langkah berkasih aku ke? Berbumbungkan angkasa kelabu...", kata Arris sambil bernyanyi. Tangannya menari di udara

Ariel tidak membalas. Dia hanya berdiam. Dia dapat meneka siapa yang bisik ditelinga tadi.

Kemudian, Aidan yang berada si sebelah Adiel dia perhati. Jejaka itu nampak tenang. Tiada apa petanda pada wajah itu.

Coincidence Where stories live. Discover now