40

13 1 0
                                    

Arris berjalan masuk ke dalam bangunan syarikat. Kedua tangannya elok diletakkan ke dalm poket seluar. Mulutnya ralit mengunyah gula-gula getah.

Sedang elok dia kusyuk berjalan, dia tiba-tiba ternampak sosok tubuh yang amat dikenali.

Kakinya menuju kearah itu.

"Aria?", tegur Arris.

Aria yang sedikit terkejut terus memusingkan badannya ke belakang.

"Ya? Ada apa sir?", balas Aria.

"Eh Aria kena tegur dengan sir Lorcan.", kata salah seorang perempuan kepada kawannya disamping.

Aria dan Arris hanya diam melihat gelagat dua orang itu.

"Aku malas nak bertapis. Aku jujur je la ek. Tapi, kau kena ikut aku kejap.", kata Arris.

     "Ha? Pergi mana, sir?", tanya Aria yang Arris tiba-tiba mengajaknya.

     "Ada benda aku nak tanya kau.", jawab Arris.

     "Kejap. Kau tunggu la sini dulu. Aku pergi ambil kunci kereta kejap.", sambung Arris. Dia terus naik lif pergi ke bilik Adiel untuk mengambil kunci.

Aria tidak berkata apa. Matanya hanya mengekor saja tubuh Arris sehingga pintu lif memisahkan.

Selepas beberapa minit, Aria yang bersandar pada dinding itu terus kembali berdiri selepas nampak Arris keluar dari lif.

     "Jom.", kata Arris sepatah selepas dia memandang Aria sesaat.

Aria mengikut Arris dengan terpinga-pinga. Sudah la jalan laju. Berlari Aria di belakang Arris mengikut jejaknya.

     "Arris pergi mana?", tanya Adiel kepada Julian.

     "Entah, mana la aku tau. Tanya aku buat apa.", balas Julian.

     "Kot, kot lah kau tau. Eyy ada aku terajang kang.", kata Adiel sambil menunjuk kakinya.

Dalam perjalanan dalam kereta, Arris masih diam tidak bercakap. Otaknya ligat menyusun ayat untuk bertanya kepada Aria.

Aria juga diam tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Dia masih keliru dengan tingkah laku orang atasannya sorang ni.

"Erm, sir nak bawa saya pergi mana?", tanya Aria selepas beberapa minit keadaan mereka sunyi.

"Aku ada benda nak tanya kau. Tapi aku tak tahu nak bawa kau lepak mana. Bagi rancak la sikit kan bila sembang nanti.", balas Arris. Matanya melilau mencari tempat.

"Kenapa sir tak tanya dekat office tu je?"

"Kalau aku nak tanya kau kat situ, aku tak bawa kau keluar lah. Aiyoo.", jeling Arris sekilas.

"Oh, haah kan. Haha.", gelak Aria hambar.

Selepas habis puas berfikir, akhirnya kafe yang terpencil di bandar itu menjadi tempat persinggahan mereka.

"Jom.", kata Arris sepatah. Dia terus membuka tali pinggang keledar dan mematikan enjin. Lalu, dia terus keluar dari perut kereta itu.

Tempat duduk bahagian tepi dinding yang jauh dari cermin menjadi pilihan si jejaka. Aria hanya mengekor saja dibelakang.

Mereka memesan air selepas pelayan datang kepada mereka. Selepas pelayan itu beredar, suasana mereka kembali sunyi.

"Apa aku nak tanya ek. Tadi rasa macam dah ada ayat.", kata Arris sambil berfikir balik ayat untuk dikatakan.

Aria hanya memandang Arris. Masih menunggu ayat yang ingin dikatakan oleh jejaka dihadapan.

Dalam diam, Arris membuka telefonnya dibawah meja. Jarinya laju menekan nombor kontak Adiel.

"Kau pergi mana?", tanya Adiel dihujung talian. Nasib dia tidak membuat pembesar suara. Boleh la dapat dengar hujung-hujung telinga.

Apabila dia dengar suara Adiel dihujung talian, dia meletakkan telefonnya di atas meja dalam keadaan skrin telefon mencium meja.

     "Okey. Haritu ada orang bagitahu aku yang kau sebenarnya ada benda yang kau tak ingat, betul?", kata Arris.

Aria diam seketika sebelum dia mengangguk perlahan.

"Kau ingat tak benda yang kau tak ingat tu?"

Ha?

Aria mengerutkan dahinya.

"Ha?"

Selang beberapa saat, Arris sedar dengan ayatnya.

"Hahaha sorry, sorry. Kau ingat tak pasal apa yang kau tak ingat tu. Maksud aku situasi atau perkara yang kau tak ingat tu.", kata Arris memperbaiki ayatnya.

Aria mengingat sejenak. Dalam masa yang sama otaknya ligat menanyakan soalan kepada Arris.

'Kenapa dia tanya. Dia ada kaitan ke? Dia terjebak juga ke dengan kemalangan tu? Atau...? Dia ke lelaki tu?!'

kata hatinya.

     "Ada. Ingat je. Kenapa sir tanya?"

     "Kenapa? Tak boleh ke aku tanya?", kata Arris beriak biasa.

     "Tak ada lah, cuma pelik. Saya tahu mungkin Kavin yang bagitahu sir dan dia yang suruh sir ingatkan saya balik. Tapi tu lah, saya pun dah cakap kat dia memang saya tak boleh nak ingat.", balas Aria panjang.

     "Hm, faham. Tapi aku ada satu je cara.", kata Arris serius. Dia memandang telefonnya sekilas.

     "Cara apa tu sir?", tanya Aria yang rasa ingin tahu.

Siapa je tak nak ingat balik ingatan, kan? Dah lah yang dia lupa tu lelaki yang penting bagi dia. Orang kata, kalau macam ni jadinya, sama ada lelaki tu membebankan dia atau sebaliknya.

     "Cara tu aku tak rasa sesuai sekarang aku nak buat. Tapi, balik nanti aku try. Sebab proses yang aku jangka macam lama. Tapi kalau kejap je, alhamdulillah lah kan.", jawab Arris.

Aria hanya mengangguk. Harap lah bukan benda merepek yang sir dia buat.

     "Okey lah. Jom balik. Kau punya bos tu dah la cerewet.", kata Arris sambil dia bangun dari duduknya.

     "Bukan ke yang cerewet tu abang sir?", balas Arris dengan sedikit gelak kecilnya.

     "Kalau santai aku tak kisah. Ini pok pek, pok pek. Bernanah telinga aku.", kata Arris.

Aria hanya gelak dengan ayat Arris. Takkan nak diam. Kekok pula nanti.

     Adiel yang dengar perbualan antara Arris dan Aria hanya diam tidak berkata. Selepas saja dia jawab panggilan Arris tadi, dan Arris tidak menjawab, hatinya rasa nak marah.

Aku cakap dengan kau, kau buat bodoh je.

Dia yang call, tapi dia diam. Apa cer?

Tapi, selepas dia dengar suara Aria, hatinya mengepam dengan lebih laju. Kalah laju waktu sertai lumba lari.

Hatinya tidak tenteram jikalau Arris memberitahu Aria tentang perkara ini.

Baginya, memang susah nak beritahu dan jujur. Sekurang-kurangnya, biarlah orang tu dengar kejujuran dia dari mulutnya sendiri. Bukan dari mulut orang lain.

Tak lama lepas tu, panggilannya mati.

Dia pasti, yang Arris akan balik kalau dia sudah mematikan penggilan itu.

Ting!

Aku otw balik. Ada benda nak
bincang dengan kau ni.

Hm
Tahu

Telefon Adiel berbunyi menandakan ada satu notifikasi masuk. Dia baca dulu apa yang dikatakan Arris sebelum dia balas mesej itu.

Selesai saja dia balas, telefonnya itu dia tutup dan simpan di dalam poket seluar.

Dia pun terus pergi entah kemana yang terlintas di kepala sementara menunggu kepulangan Arris.

Coincidence Where stories live. Discover now