Dean, Julian, Aidan dan Kavin merempuh pintu. Mereka berempat terus bergerak ke markas milik Adiel selepas diberitahu olehnya sendiri.
Adiel hanya menongkat kepala di atas meja. Tidak hirau mereka yang baru datang itu. Ariel yang berada di atas sofa hanya diperhati.
"Apa dah jadi?", tanya Kavin selepas dia memerhati sekeliling.
Adiel memandang Kavin sebelum dia membalas.
"Arris."
Serentak, mereka berempat memandang Adiel.
"Kenapa dengan Arris?", tanya Dean pula.
"Dia dapat tahu yang Ariel jumpa Zeno.", balas Adiel. Dia pun bangun dari duduknya.
Aidan dan Dean memandang antara satu sama lain.
"Jap! Jap! Bukan dia larang kita cakap pasal pontianak tu ke?", celah Julian.
"Memang la. Tapi, entahlah.", kata Adiel buntu.
"Kau tak nak cerita ke apa yang jadi, kak?", kata Dean pula kepada Ariel.
"Masalahnya, aku pun tak tahu macam mana dia boleh tahu.", balas Ariel. Dia meraup wajahnya.
"Kalau kau tak tahu yang dia boleh tahu, macam mana dia tahu?", tanya Julian.
"Cuba spesifik.", arah Aidan yang berkerut itu. Dia pun keliru dengan ayat masing-masing.
"Okay, fine. Aku balik rumah waktu korang semua kat office. Aku nak ambil barang. Pastu, si Zeno pun muncul. Tiba-tiba. Lepas tu, kitorang cakap sikit je. And then, Arris muncul.", Ariel memulakan ceritanya.
"Kau nak ambil barang apa?", tanya Adiel.
"Handbag la macam biasa.", jawab Ariel ringkas sambil menjelingkan matanya.
"Memang rumah tu tempat simpanan handbag kau pun.", ajuk Julian.
"Lepas tu, dia ada cakap yang Dean dengan Aidan ada cari dia.", kata Ariel. Dia memandang Dean dan Aidan silih berganti.
"Hm. Kitorang nak betul kan keadaan.", balas Aidan apabila namanya disebut.
"Ayat kau macam nak sindir group kita je. Memang lah dia tu serba-serbi tahu, tapi kita buat dia macam kita ni lemah. Tak boleh nak buat sendiri.", celah Adiel.
"Bukan. Memang la dia ada kebolehan tu. Tapi, kita tak guna seratus peratus, kan? Dia je buat kita macam main find and seek.", kata Dean. Dia seakan mempertahankan pihak lain.
"Aku setuju!", balas Julian. Akhirnya dia bersuara selepas mendiamkan diri.
"Aku pun setuju. Aku bukan nak merendahkan kau. Tak. Cuma aku nak buat mission kita jadi best. Kita buat kerja sambil berteka-teki. Tak sendu macam orang lain. Asyik serius je.", balas Kavin pula.
"Kenapa ayat kau macam nak main-main dalam mission kita?", kata Adiel mendatar.
"Bukan...", kata Julian dan Kavin serentak. Dean dan Aidan menepuk dahinya.
"Okey, aku bagi kau satu situasi. Kita terperangkap dalam bangunan gelap. Kita tak ada goggles. Tapi diorang ada. So, diorang lagi power dari kita lah kan. Pastu si Zeno tu kan boleh halimunan. Contoh dia bisik kat aku. 'Musuh kau ada kat bahagian jam 1'. Pastu dia bagitahu kat korang. Dia set masa, kita tembak serentak! Gempak siot.", terang Julian dengan imaginasinya.
Adiel, Ariel, Aidan, Kavin dan Dean hanya mengerutkan dahinya. Senang betul kau punya ending.
"Andai misi kita seindah imaginasi kau.", kata Kavin.
"Dah nama pun imaginasi. Memang lah senang. Realitinya entah-entah kau yang mati dulu.", kata Ariel kepada Kavin.
"Apahal aku pula? Julian tu la yang mati dulu. Dia je penakut.", balas Kavin mempersalahkan orang lain. Jarinya sempat menunjuk pada Julian.
"Eh kau. Jangan nak pandai-pandai fitnah aku. Aku ni orang Korea tau. Netizen kitorang kalau dah tak suka dengan orang tu, auto black list tau. Apa kau tahu.", kata Julian dengan riak bersama bongkak.
Mereka hanya menggelengkan kepala.
"Eleh, setakat black list. Kat Malaysia ni paling kuat cyber bully. Nanti aku letak je muka engkau dekat FB tu. Ha... boleh murung kau, brader.", balas Ariel dengan statement Julian. Sempat Ariel mengukirkan senyuman sinis.
"Whatever.", kata Julian sambil menjeling.
Ariel hanya tergelak.
"Okey. Back to the topic. Sekarang ni Arris kat mana?", tanya Dean selepas dia mendiamkan diri dari tadi.
Arris menarik beg bagasinya keluar. Selepas pergelutan dia dengan Ariel, terus dia keluar tempah tiket ke Australia.
Ya, Australia. Dia sudah pun berada di Australia.
Dia berjalan keluar sambil tangan kanannya di dalam poket hoodie. Tangan kiri pula menarik beg.
"Kecik-kecik tak nak mati. Besar-besar menyusahkan orang.", katanya sendiri.
"Bapak cepat betul gerak!", kata Julian. Dia agak terkejut dengan tindakan Arris.
"Iya lah. Dah nama kena sebut penuh. Tapi, bukan nama keluarga Emillian tau. Nama asal dia.", balas Ariel.
Julian menekup mulutnya. Khabar cerita itu macam haram pula kalau nak ungkit balik.
"Hell, dude...", kata Julian.
"Mana tak baran manusia tu. Keluarga sendiri pun tak tau. Tau-tau surat beranak melintang.", kata Kavin pula. Mulutnya dikemam menahan gelak.
"Ha kau gelak la. Dari kau, surat beranak pun tak ada.", balas Adiel. Tempias dia pada Kavin.
"Eh... tu kan ada cara. Dari Aidan? Arris je cakap dia lahir dari buah melon. Hahaha!", gelak Kavin dengan ayatnya salahkan orang lain.
Aidan yang mendengar namanya disebut, hanya pandang menikam. Tu lah orang kata. Mulut orang tak boleh tutup. Tapi kita tutup badan dia. Dengan tanah.
Tak cakap. Kau yang cakap.
Haha.
YOU ARE READING
Coincidence
Action[ONGOING] Siri 1 -Coincidence Siapa sanggup menaruh harapan tinggi dekat lelaki yang rupa elok sehingga menjadi top 1 global visual. Siapa je tak nak, kan? Aku pun nak. Perempuan mana yang tak cair bila ada lelaki yang kacak, baik dan pandai laya...