Arris melangkah masuk ke bilik Adiel. Matanya tertumpu pada Aidan, Dean dan Adiel. Terutamanya Julian. Dahinya mengerut seribu.
"Sejak bila barua ni rajin buat kerja?", tanya Arris kepada mereka. Silakan siapa yang mahu jawab.
"Dia kata best pula masuk meeting semalam. Semua benda dia faham.", jawab Adiel.
"Tch! Kau punya tekun macam nak hadap espiyem.", perli Arris.
"Ah, bisinglah kau. Kerja sendiri bukan nak buat. Pemalas.", celah Julian. Matanya tekun hadap skrin laptop yang berada pada meja kopi dihadapan.
"Oh kau dah pandai main ah, ah dengan aku. Aku malas ke, rajin ke, sama je hidup aku. Nanti aku yang jadi bos kau.", kata Arris dengan angkuh. Dia melangkah ke kerusi mengurut yang berada disitu.
"Itu kalau aku tak mati lagi la.", celah Adiel yang mendengar angkuh adiknya tadi.
"Tak apa, bila-bila masa di mana jua aku boleh jadi malaikat maut untuk kau. Get ready je lah yang aku boleh pesan dekat kau." kata Arris. Kerusi mengurut yang diduduk olehnya dihudupkan.
"An, meeting kena tangguh.", kata Dean yang dari tadi dia tekun membuat kerja.
"Apa An, An kau. Sebut betul-betul. Nama kau pun An juga.", marah Adiel kerana Dean menyebut ringkas namanya, Lean.
"An, An, An. Tottemo daisuki. Doraemon...", nyanyi Arris sambil menghayati kerusi mengurut itu.
"Sampai bila kena tangguh?", tanya Julian.
"Sampai petang. Malam baru dia buat meeting tu balik.", jawab Dean.
"Meeting yang mana satu ni? Mana ada meeting waktu malam.", kata Adiel dengan dahinya dikerut.
"Meeting pasal kedai yang baru kita buka setahun lepas tu. Katanya nak jadi jual barang dia dekat kedai kita. Supplier lah katanya.", terang Dean.
"LE25 tu ke? Oh, kena pergi sana. Kat Shah Alam kan kalau tak silap aku?"
Dean tidak membalas. Dia hanya mengangguk menandakan 'betul' dengan tekaan Adiel.
Aria melihat telefonnya. Dia baru saja dapat email dari syarikat LE League seperti yang dijanjikan tempoh hari.
"Tahniah! Anda telah terpilih! Kemasukan anda pada 7 Jun 2024. Sila hadirkan diri di syarikat dan laporkan diri di tingkat 10 pada jam 10 pagi." bacanya dengan tekun.
Dia mengukirkan senyuman sebelum menutup telefonnya.
"Uish! Terang betul lampu!", kata Arris sambil menutup matanya. Turun saja dia pada kereta, matanya terus silau dengan lampu kedai itu.
"Dosa kau pun boleh nampak sekali.", balas Julian.
"Ah, diamlah barua."
Meja yang berada pada luar dituju mereka. Mereka tidak masuk ke dalam untuk membeli makanan atau miniman. Hanya tunggu orang untuk meeting malam itu.
Selepas beberapa jam, akhirnya meeting mereka telah tamat. Semuanya berjalan lancar.
"Ada benda yang aku tak tahu ke pasal kau?", tanya Ariel kepada Kavin.
"Ha? Benda apa dekat aku?", soalan dibalas dengan soalan.
"Kebelakangan ni kau diam je. Kenapa? Ada sesuatu ke yang kitorang tak tahu?", tanya Ariel lagi.
"Tak ada apa lah. Aku ok je. Mungkin sebab..."
"Aria? Sebab Aria?", laju Ariel memotong ayat Kavin.
Kavin hanya diam. Tidak membuka mulut langsung untuk membalas ayat Ariel.
"Sejak perempuan tu keluar, kau dah mula senyap. Perempuan tu masuk balik, kau lagi senyap. Cuba kau terus terang. Kita dua je kat sini sekarang. Adiel, Arris dengan Julian dekat dalam.", sambungnya lagi. Cuba memujuk Kavin seperti ada masalah.
Kavin melepaskan keluhan beratnya sebelum berkata.
"Aku rasa tu bukan Aria."
"Woi! Bertuah punya budak! Kau ingat kedai ni kau punya ke?", jerit Adiel dengan perangai adiknya sorang itu.
Arris membuat kecoh di dalam kedai LE25 tu selepas mereka habis meeting tadi. Adiel sebagai orang atasan, dia masuk ke dalam untuk mengecek barang, aktiviti dan sebagainya.
"Memang kedai ni aku punya pun!", balas Arris. Dia sempat mengambil air tin di dalam peti ais dan menyimbah ke Julian.
"Hang memang fuck!", jerit Julian pada Arris.
Adiel yang melihat hanya mampu menahan sabar. Dahinya diurut seketika.
"Mana budak baru tu? Dia cuti ke hari ni?", tanya Adiel kepada sorang pekerja lelaki yang sedang bekerja di situ.
"Tak lah. Dia tak dapat datang. Katanya ada hal.", balas Ikhmal. Pekerja tetap di kedai itu.
Adiel hanya mengangguk.
"Yang sepah ni tolong kemas lah. Nanti aku naik gaji kau. Untuk sebab ni je lah tapi. Tak dapat nak tolong sebab kitorang ada kerja lain.", pinta Adiel.
"Tak apa sir. Sebab sir kata nak naikkan gaji saya untuk hari je, saya okey.", balas Ikhmal dengan senyuman sampai ketelinga. Dengar double payer untuk hari ni lah tu.
Adiel pun menarik telinga Arris dan Julian sampai ke kereta. Walaupun mereka meronta, tapi Adiel tetap pegang dengan kemas.
"Jom balik.", kata Adiel kepada Ariel dan Kavin yang duduk di luar.
Sampai di kereta, Adiel mencampak dua jejaka itu ke dalam kereta. Habis dua jejaka itu bertindih sesama sendiri.
"Aduh!", kata Arris dan Julian serentak.
"Malu aku ada orang macam korang ni. Perangai macam cibai.", balas Adiel. Kemudian, dia menghembas pintu itu.
Kereta yang dipandu Adiel itu pun meluncur pergi. Hari-hari penat dengan kerja. Tambah pula manusia yang menguji kesabaran. Memang baran lah jawabnya.
Keesokan harinya...
"Aria!"
Aria yang sedang berjalan menuju ke lif tiba-tiba dia memberhentikan langkahnya. Terus dia menoleh kebelakang melihat gerangan yang memanggil namanya.
"Jenuh aku nak kejar kau. Jalan slow sikit.", kata Dayah apabila dia tiba dihadapan Aria.
"Hahaha sorry lah. Pagi-pagi ni roh tak masuk penuh. Ha, kenapa kau panggil aku?", tanya Aria.
"Nak masuk office sekali dengan kau lah. Tak boleh?"
"Mengada! Jom lah.", Aria menarik lengan sahabatnya, Dayah. Mereka pun jalan bersama sehingga tiba di pejabat.
"Kenapa kau berhenti sebelum ni?", tanya Dayah selepas mereka duduk di tempat sendiri.
"Kenapa kau tanya?"
"Lah, aku tanya pun tak boleh ke sekarang ni? Nak tahu lah keadaan kau kenapa. Boleh lah aku tolong sikit.", kata Dayah.
"Oh, tak apa. Dah settle dah. Ada lah hal family aku. Kau tahu kan mak aku macam mana.", balas Aria. Sedikit kesal dengan mak kandungnya sendiri.
"Tak apa. Aku faham. Jangan lah sedih. Lama-lama nanti okey lah tu.", kata Dayah memujuk Aria.
YOU ARE READING
Coincidence
Action[ONGOING] Siri 1 -Coincidence Siapa sanggup menaruh harapan tinggi dekat lelaki yang rupa elok sehingga menjadi top 1 global visual. Siapa je tak nak, kan? Aku pun nak. Perempuan mana yang tak cair bila ada lelaki yang kacak, baik dan pandai laya...