Adiel memakirkan Porsche nya betul-betul dihadapan pintu masuk syarikatnya. Tanpa membuang masa, dia bersama Aidan terus keluar dan mula memasuki bangunan gah itu.
Tidak lama selepas itu, muncul pula satu motor Suzuki Hayabusa dari arah belakang. Dia memakirkan motor itu dibelakang kereta Porsche. Helmet dibuka dan terpampang lah muka kekacakan Dean. Jaket dan sarung tangan dibuka. Helmet pula diletakkan saja pada motor itu sebelum kakinya mula melangkah masuk.
"Okey. Sedia eh. Satu..."
"Dua..."
"Tiga!"
Dua buah kereta Plasma kini berlumba-lumba. Dua jejaka kacak yang bernama Arris dan Julian berusaha memusingkan stereng kereta itu ke kanan dan kiri. Meluncur sangat laju dua buah kereta itu dengan jalan yang sangat menjunam.
Streettt!!
"Berasap sial!", kata Julian kepada kereta dipandu Arris dihadapan.
"Makan la asap tu bro!"
Orang lain elok berlumba masa sampai di tempat kerja. Mereka?
"Kavin mana?" tanya Adiel.
Aidan memerhati sekeliling bilik. Hanya mereka bertiga saja yang berada di dalam itu.
"Tidur.", kata Dean sepatah. Lalu, dia menunjukkan kamera CCTV yang berada di ruang tamu. Penampakan susuk tubuh Kavin sedang lena tidur di sofa ruang tamu.
Adiel menepuk dahinya.
"Haih... Aku ni nak cepat. Dia boleh pulak tidur. Dean tolong contact Ariel.", kata Adiel. Dean tidak membantah. Dia terus melakukan apa yang disuruh Adiel.
Arris sampai di pagar halaman rumahnya. Jalan diantara pagar itu dan rumah mengambil lima meter jaraknya. Jalan itu juga dibuat selekoh untuk sebab tertentu. Salah satu sebabnya adalah mereka.
"Loser!", kata Arris kepada Julian selepas dia turun dari kereta itu.
"Excuse me, sir? Elok sikit eh bahasa tu.", balas Julian dengan gediknya. Arris melepaskan gelak besar.
"Eh, tadi kau perasan Kavin tengah tidur lagi kan dekat sofa ruang tamu?", tanya Arris.
"Rasanya la.", balas Julian dengan sedikit ragu.
Mereka seakan mengingat kembali. Kemudian, mereka menatap sesama sendiri sebelum melepaskan gelak lagi.
"Kau fikir apa aku fikir?", tanya Arris dengan jahatnya.
"Jom!"
Mereka berdua terus berlari naik ke atas menuju ke rumah. Kereta yang mereka main tadi dibiarkan bersepah. Pintu utama dibuka perlahan. Kelihatan Kavin masih tidur nyenyak.
Julian mendahului masuk. Dia terus menuju ke dapur mengambil satu besen air. Arris pula mencapai bulu ayam yang terletak di bawah meja sebelah pintu. Kemudian dia pergi menolong Julian mengangkat besen.
Tiba di sofa keberadaan Kavin, besen diletakkan di atas kepala sofa. Arris mencabut beberapa helai bulu ayam itu. Perlahan-lahan dia masukkan ke dalam lubang hidung Kavin.
"Hm."
Julian terus tergelak angin dengan tindakan Kavin.
"Eh pantat. Jangan gelak macam tu.", Arris berbisik. Dia juga tergelak kerana gelakan Julian.
Arris meletakkan bulu ayam dibawah. Kemudian dia meletakkan tangannya di peha kanan Kavin. Dan...
Pap!
YOU ARE READING
Coincidence
Action[ONGOING] Siri 1 -Coincidence Siapa sanggup menaruh harapan tinggi dekat lelaki yang rupa elok sehingga menjadi top 1 global visual. Siapa je tak nak, kan? Aku pun nak. Perempuan mana yang tak cair bila ada lelaki yang kacak, baik dan pandai laya...