23

4 0 0
                                    

     Firdaus melabuhkan punggungnya di kerusi kafe berdekatan lobi. Dia sengaja datang awal untuk sarapan walaupun rumahnya ke tempat kerja hanya 15 minit.

Komputer di dalam beg dikeluarkan dan meletakkan di atas meja. Satu per satu email dia semak.

Tidak sampai 10 minit, ada seorang yang tidak dikenali duduk dihadapannya.

Firdaus memandang pelik. Kerjanya terhenti seketika.

     "Kau siapa?", tanya Firdaus kepada lelaki bertopi dihadapannya.

     "Hai. Erm... saja nak bagitahu. Jaga budak tu elok-elok.", kata lelaki bertopi tu. Dia menunjuk kearah Aria yang baru menjejakkan kakinya masuk.

     "Kau siapa?", tanya Firdaus tegas. Keningnya jelas berkerut kerana marah.

Lelaki dihadapannya itu tidak balas. Dia mengukirkan senyuman sinis yang separuh mukanya tertutup oleh topi dipakai.

Kemudian, dia pun membuka topinya sendiri bagi melihat Firdaus dihadapannya.

Firdaus tidak memberi sebarang reaksi. Dia hanya melihat wajah lelaki itu.

Selepas beberapa saat, lelaki itu menyarungkan kembali topinya dan terus bangun beredar. Firdaus hanya mengekor susuk tubuh itu dengan mata sehingga hilang dari pandangan.

     "Siapa dia ni?", tanya Adiel. Dia melihat wajah lelaki yang Firdaus jumpa tadi.

Dean sudah dapat CCTV yang Firdaus minta tadi. Dan muka lelaki tadi sudah pun dapat.

     "Masalahnya aku pun tak tahu. Dia tetiba datang duduk depan aku, pastu cakap 'Jaga budak tu elok-elok'.", balas Firdaus.

"Siapa budak tu?", tanya Adiel lagi.

"Aria.", jawab Firdaus ringkas.

Adiel terus memandang Firdaus. Otaknya mula memproses.

"Jom gerak markas. Kau tolong panggil 3 ekor kat rumah tu sekali.", arah Adiel kepada Aidan. Aidan tidak membantah. Dia pun terus melakukan kerjanya.

     Sampai saja mereka di markas, Adiel mengarahkan semua untuk berkumpul. Hanya mereka saja. Tidak termasuk dengan anak buah yang lain.

     "Ada apa ni? Aku baru nak rilek tadi.", kata Julian yang mencuba menceriakan situasi dengan kebodohan sendiri.

Kavin disebelah menepuk bahunya. Apabila mereka bertentangan mata, Kavin meletakkan jari telunjuk dibibirnya tanda suruh diam.

     "Lelaki ni.", Adiel menunjukkan gambar.

     "Eh!", jerit Julian dan Kavin kuat selepas melihat gambar yang ditunjuk Adiel.

Adiel, Dean, Aidan dan Firdaus memandang Julian dan Kavin bersilih-ganti.

"Korang kenal ke?", tanya Firdaus.

"Tak kenal. Tapi aku tau dia siapa. Anh Nam. Nama dia Anh Nam. Dia kawan satu kolej dengan Aria.", jawab Kavin.

"Haah. Dia lah haritu yang kita jumpa kat restoran. Dia makan dengan Aria. Kau tak ingat ke?", kata Julian.

Adiel mengerutkan dahi. Cuba mengingat sesuatu.

     "Dia ke yang bercakap dengan Kavin tu?", tanya Adiel untuk kepastian.

     "Haah!", jawab Julian dan Kavin serentak.

     "Oh. Hm, Dean. Cuba kau try cari maklumat diri dia.", arah Adiel. Dean hanya mengangguk akur.

     "Kau pula, pergi inform dekat yang lain pasal ni. Get ready je. Apa-apa nanti aku bagitahu balik.", arah Adiel kepada Firdaus pula.

Coincidence Where stories live. Discover now