34

4 0 0
                                    

    Ikhmal melangkah masuk ke dalam stor kedainya. Aria yang sedang berdiri untuk punch card itu dia tuju.

     "Aria kejap."

Kemunculan pengurus kedai yang secara tiba-tiba itu membuat Aria terbantut kelakuannya. Dia memandang Ikhmal dengan keningnya ternaik sebelah.

     "Harini awak cuti.", kata Ikhmal.

     "Ha? Harini saya cuti? Saya cuti lusa. Bukan awak ke yang cuti harini? Kenapa saya pula?", tanya Aria dengan beberapa soalan serentak.

     "Sebab lusa ada budak baru masuk kerja. Harini dia interview. Big boss baru bagitahu tadi. Tu yang saya terus datang kedai.", jawab Ikhmal. Dia pula yang membuat punch card untuk dirinya.

     "Awak belum touch lagi kan.", sambungnya.

Aria menggelengkan kepalanya.

     "Tak apa. Awak pergi lah balik.", arah Ikhmal.

Aria pun mengemas barangnya yang dia bawa keluar tadi. Kemudian, dia terus keluar dari kedai selepas mendapat kebenaran.

Dalam perjalanan dia pulang, dia hanya berjalan kaki saja kerana rumahnya tidak lah begitu jauh.

Tiba-tiba, ada satu kereta berwarna hitam berhenti disebelahnya. Dan itu membuatkan dia terhenti seketika.

Cermin tingkap kereta itu dibuka.

     "Hai.", kata Kavin.

Aria melihat wajah Kavin sesaat sebelum riak wajahnya terkejut.

'Budak penipu ni datang lagi?!'

"Hei, jangan lah terkejut sangat. Aku ni bukan hantu. By the way, kau nak pergi mana?", tanya Kavin. Mukanya suka tengok perempuan polos dihadapan.

"Oh. Nak balik rumah. Kenapa?", Aria beriak biasa. Kavin ni boleh tahan handsome. Comel pun ada juga.

"Jom lah, aku hantar kau.", Kavin menepuk tempat duduk disebelahnya.

"Tak apa lah. Rumah saya depan sana tu je. Straight ni don't belok-belok, sampai la.", balas Aria. Apa yang dia cakap ni pun tak tahu la.

Kavin tergelak. Sejak bila pula budak ni pandai nak buat lawak, ha?

"Hahaha. Kalau macam tu, jom la pergi makan.", ajak Kavin.

     "Tak apa lah. Makanan petang tadi tersisa lagi."

     "Eleh. Jom la. Aku ada benda nak bincang dengan kau ni. Serius juga la.", kata Kavin. Riak wajahnya bertukar di ayat terakhirnya.

Riak wajah Aria pun berubah selepas dia perasan riak wajah Kavin.

Dia marah sebab aku tolak atau apa?

     "Erm... okey la kalau macam tu.", kata Aria serba-salah.

     "Naiklah", Kavin menepuk kerusi disebelahnya memberi kebenaran untuk Aria naik bersama.

tanpa berfikir panjang, Aria membuka pintu penumpang dihadapan. Dia pun masuk ke dalam kereta. Selepas dia menutup pintu, kavin terus menekan pedal minyak dan terus meluncur pergi.

Sampai saja di restoran, mereka terus memesan makanan. Sementara menunggu, Kavin membuka mulutnya untuk berbual.

"Kau macam mana? sihat ke?"

"Alhamdulillah, sihat je. Awak pula macam mana?", Aria menanyakan kembali soalan kepada Kavin.

"Aku macam ni je lah. Aku nak tanya ni."

Coincidence Where stories live. Discover now