"Kau dengar kan tadi.", kata Arris yang memulakan perbualan selepas dia masuk ke dalam bilik Adiel.
"Aku dengar. Tapi kenapa kau yang bagitahu dia?", balas Adiel. Marah tidak, apa pun tidak.
"Kau nak bagitahu?", Arris menggelengkan kepalanya.
"Hm memang Kavin lah yang sapu dulu.", sambung Arris.
"Memang tak lah dia nak. Banyak main ada lah. Takkan aku nak biar.", kata Adiel.
"Habis tu, kalau tak nak biar, pergi la!", balas Arris. Sakit pula hatinya.
Adiel diam seketika.
"Jangan diam. Kau pergi jumpa dia. Cakap. Kalau tak percaya, tunjuk lah gambar yang kau ada tu. Ingatkan dia balik. Itu pun susah.", Arris membuka mulut apabila Adiel diam untuk saat yang lama.
"Bagi kau senang la. Aku yang hadap ni, haih...", keluh Adiel.
"Jangan sampai aku yang bagitahu ni semua. Sakit pula hati aku menunggu kau ni.", ugut Arris.
Adiel hanya menjeling.
"Tak, yang kau paksa-paksa aku ni kenapa? Aku yang hadap benda ni rilek je. Kau kenapa.", kata Adiel selepas dia menyedari situasi sekarang.
"Kita ni manusia nyah. Perasaan semua sama. Sama ada kau menyesal kedian, atau kau menyesal sekarang. Itu je jalannya." balas Arris. Bukan dia tak tahu yang abangnya sorang ni nampak je macam ni, tapi banyak tersirat.
"Tapi kan, orang kata menyesal kedian memang takkan jadi apa-apa. Kalau menyesal sekarang, kau still ada peluang lagi.", sambungnya lagi.
"Apa kau merepek ni, barua. Tiba-tiba nak jadi doktor cinta. Cringe.", kata Adiel sambil membuat muka.
"Aku bukan merepek dan aku bukan nak jadi doktor cinta. Aku ni cakap dari pandangan yang logik. Kita ni manusia. Perasaan semua sama. Yang lainnya hanya keadaan.", balas Arris. Kini dia bertukar serius.
Arris menggulingkan matanya seketika sebelum dia menyambung ayatnya.
"Aku tak nak kau lambat sebab dia tu in list musuh kita. Bila-bila masa je diorang ambil dia tu. Kalau dia tau kau ni orang penting bagi dia, tak adanya dia kekok dengan kita."
"Maksud kau?", tanya Adiel yang kurang faham dengan ayat Arris.
"Maksud aku, kau sanggup ke tengok Kavin pegang dan sentuh dia? Dengan keadaan lindung dia dalam situasi bahaya. Macam haritu.", jawab Arris dengan keterangannya.
Adiel berfikir sejenak. Teringat situasi Kavin lindungi Aria dengan sentuhan yang kurang diingini.
"At least, kalau kau cepat kau dapat lindung dia dalam jagaan kau. Bukan orang lain. Dapat la dia rasa orang yang lindung dia adalah orang yang dia percaya.", kata Arris tenang.
Walaupun nadanya agak tenang, tetapi hatinya makin membara cakap dengan orang liat ni.
"Aku tau kita ni banyak dosa. Tapi kita ni ada agama. Ada syarat. Ada peraturan."
"Eleh, dan dan la kau nak main agama dengan aku. Habis tu yang perangai kau macam setan sebelum ni apa?", kata Adiel. Tiba-tiba pula ingatkan orang pasal agama.
"Aku tau. Luar perangai aku memang kalah si setan tu. Tapi, aku tak bagitahu sesiapa pun waktu malam aku buat apa."
Ekspresi Adiel yang ingin bergurau kasar dengan Arris bertukar. Dia dapat rasa yang Arris yang dia kenal sebelum ni sangat lain dengan yang sekarang.
"Aku mengaku salah aku. Aku sedar. Aku bangun setiap malam buat solat taubat. Aku naikkan harapan untuk minta ampun dengan Tuhan di sepertiga malam sampai langit ketujuh.", kata Arris.
Adiel yang dengar dengan luahan hati adiknya, terus terdiam tidak berkata apa. Ya, dia memang solat wajib lima waktu setiap hari. Kalau tertinggal, dia ganti.
Tapi, adakah niatnya betul atau hanya sekadar mengikut perintah wajib itu?
"Tapi kenapa kau tak bagitahu pun?", kata Adiel.
"Aku? Bagitahu? Aku takut kalau aku bagitahu, aku jatuh riak. Aku tak nak. Biarlah dunia kenal aku yang aku ni perangai kalahkan setan. Daripada aku riak dengan ibadah aku."
Adiel terdiam sekali lagi. Ada betulnya juga apa yang Arris cakapkan. Tak semua orang dapat buat.
Tak kisah la dapat ke tidak. Yang penting usaha, yakin dan niat yang betul.
"Tapi kau tak penat ke do. Takkan setiap malam kau buat?", Adiel bertanya lagi. Ingin tahu apa yang jadi.
"Penat tu memang la penat. Tapi belakang cerita. Bayangkan banyak dosa kau buat tapi kau tak taubat. Tuhan pun cakap kat malaikat maut. 'Tarik lah nyawa hambaKu ini. Sudah banyak dosa yang dia buat. Aku tak nak lagi dosanya bertambah'. kata Arris.
"Itu kalau pilihan macam tu. Pilihan yang lain, kau taubat semua perbuatan keji kau lepastu Tuhan cakap macam ni pula. 'Tarik lah nyawa hambaKu ini. Sudah banyak kali meminta ampun kepada Ku. Sudah penat aku ampunkan dia. Dan pastinya dia penat meminta ampun kepadaKu. Jikalau dia bertaubat malam ni, tarik kah nyawanya dalam keadaan tenang." ceramah Arris dalam keadaan tenang.
Orang yang tak bijak ni memang bodoh. Tapi kalau sekali dia tunjuk dia punya bijak, fuh! Kalah teruk Albert Einstein.
"Bukan tadi kita sebut cerita pasal lain ke? Kenapa tiba bertukar ni. Ingat ni transaction TikTok?", kata Adiel selepas dia tersedar topik awal tadi.
"Tau. Saja nak bagi ceramah. Sebelum ni aku bagi ceramah tak ada orang nak dengar.", balas Arris.
"Kau bagi ceramah kat mana?", tanya Adiel denga dahi berkerut.
"Aku ceramah dalam hati waktu kita meeting.", jawab Arris.
"Innalillah...", Adiel mengurut sedikit dahinya sambil memejamkan mata.
"Haa tak baik tau. Mulut mengucap, tapi hati mencarut.", kata Arris sambil jari telunjuknya bergerak kira kanan.
Adiel hanya melepaskan nafas beratnya. Penat dah dia dengan dunia.
Alang-alang dah dengar ceramah tu, pergi la bertaubat sekejap.
"Okey, masalahnya sekarang kenapa kau tiba-tiba ni. Apa yang kau fikir sebenarnya?",kata Adiel selepas beberapa saat suasana merek senyap.
"Tak ada apa. Biasa la nyah, aku ni kadang rasa nak bunuh diri pun ada.", balas Arris.
"Kenapa kau terdetik macam tu pula?", tanya Adiel.
"Entah lah, kadang aku rasa aku ni tak berguna. Beban kan orang je. Mesti kalau aku mati nanti aku dah tak beban kan kau.", jawab Arris. Hatinya sayu merasakan perasaan itu.
"Shh.. bukannya selalu kau macam ni. Ni mesti kau ada problem kan? Apa pula kalini?", kata Adiel.
Adiel yang seakan faham dengan rasa yang dirasakan Arris, terus dia menyusun ayat dengan memperbetulkan nada.
Orang yang ada rasa macam ni, tak boleh buat main.
"Hm, tak apa lah. Aku cau dulu. Tetiba rasa nak terjun bangunan.", Arris bangun dari duduknya. Tangannya dimasukkan ke dalam poket sambil melangkah keluar.
"Kau jangan macam-macam Arris.", kata Adiel memberi amaran kepada Arris.
Arris buat tak endah. Ayat Adiel seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Pintu dibuka dan dihempas.
YOU ARE READING
Coincidence
Action[ONGOING] Siri 1 -Coincidence Siapa sanggup menaruh harapan tinggi dekat lelaki yang rupa elok sehingga menjadi top 1 global visual. Siapa je tak nak, kan? Aku pun nak. Perempuan mana yang tak cair bila ada lelaki yang kacak, baik dan pandai laya...